Sistem Biometrik dalam peringkat kajian, semua pihak perlu sabar menunggu demo sistem biometrik ini. Ini sistem terbaru dalam pilihanraya bagi atasi pertindihan 2 nama di lokasi berbeza dan undian berulang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini di peringkat akhir melakukan kajian terperinci berhubung pelaksanaan sistem biometrik iaitu sistem menggunakan imbasan ibu jari tangan untuk mengesahkan identiti pengundi dalam pilihan raya.
Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, selari perkembangan teknologi, tiba masa sistem pilihan raya di negara ini menggunakan sistem biometrik untuk membuat semakan pengesahan identiti 12 juta pemilih berdaftar.
“Setakat ini, sistem biometrik adalah yang terbaik dalam memadankan identiti daftar pengundi melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam membersihkan 12 juta pemilih berdaftar ini.
“Daftar pemilih SPR ini kita ada sejak 1959. Kita perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada JPN untuk kita memadan dan melakukan pembersihan daftar pengundi di mana ada yang membuat pendaftaran dua kali menggunakan nombor kad pengenalan lama dan baru,” katanya.
Beliau menyifatkan sistem biometrik ini adalah sistem terbaik bagi mengelakkan pengundi hantu dan pengundi dua kali dalam pilihan raya.
“Apabila aplikasi ini siap, kita dengan rekod biometrik di JPN boleh padankan dengan daftar pemilih kita,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.