Jul 26, 2011

Puting beliung apa puncanya

Puting beliung satu peringatan ALLAH
Puting beliung  , kenapa jadi Puting beliung , apa sebab Puting beliung . Puting beliung  ialah Pembentukan: Angin kencang ribut petir yang berputar secara ganas dari udara dan mencecah daratan. Ia terbentuk apabila angin panas, lembap bertembung dengan udara sejuk dan kering.

Musim : Bermula pada awal musim bunga di kawasan sepanjang Teluk Mexico.
Tempoh: Puting beliung yang turut diiringi ribut taufan, angin kencang dan hujan batu boleh berlanjutan beberapa saat hingga lebih sejam. Kebanyakannya tidak sampai 10 minit.

Fizikal : Purata ukuran puting beliung adalah lebar kira-kira 200 meter
Kekerapan: Kira-kira 1,300 puting beliung menyerang Amerika setiap tahun. Statistik Agensi Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika (NOAA), sudah 1,200 puting beliung melanda setakat tahun ini saja.

Laluan: Kebanyakan puting beliung bergerak dari barat daya ke timur laut, atau barat ke timur. Sebahagiannya menukar arah atau berpatah balik
Ramalan: Satu atau dua hari sebelum, pakar kaji cuaca melihat suhu dan aliran tiupan angin yang boleh menyebabkan kelembapan mencukupi, ketidakstabilan untuk menentukan kehadiran puting beliung.

Peralatan kesan : Pusat Kaji Cuaca Kebangsaan Amerika guna radar, satelit, belon cuaca dan komputer bagi memantau langit.


Sebahagian bandar Joplin yang musnah teruk akibat puting beliung, pada mei 2011

Pusat kejadian: Di sekitar Missouri, Arkansas dan Illinois dan bergerak ke arah Indiana, Ohio, Kentucky, Tennessee dan utara Mississippi, Amerika. Malah kawasan laluan utamanya Tornado Alley yang mrentasi Texas ke Nebraska serta kawasan Colorado, Iowa, Indiana, Illinois, Kansas, Missouri dan Arkansas.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...