Jan 29, 2012

SARA 1MALAYSIA SYARAT DAN PULANGAN

SARA 1MALAYSIA SYARAT DAN PULANGANSkim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan pada 12 Jan 2012 akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun. Syarat utama pendapatan bawah RM3000.

Jika anda guna duit sendiri anda akan dapat RM13,000 selepas 5 tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik.

“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.

Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.

SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup.

Bank yang ambil bahagian, Maybank, CIMB, BSN dan RHB, anda boleh pergi salah satu bank ini mulai 30 Jan 2012 hingga habis dijual tahun ini, siapa cepat dia dapat

Jan 26, 2012

Video Cara Buat Bonsai

Video Cara Buat Bonsai
Video di bawah mampu mengajar anda cara buat bonsai. Secara ringkas cara dan persiapan membuat bonsai ialah seperti berikut:

Langkah pertama yang perlu dilakukan peminat bonsai ialah cari dan pungut pokok biasa (jangan pokok tauge!) yang dianggap sesuai untuk dikatikkan. Pokok yang menonjolkan keindahahan pertumbuhan seperti di alam semulajadi perlu diberikan keutamaan. Misalnya pokok cemara, jeliti, kesinai, dan sebagainya.

Peralatan yang diperlukan ialah sudip, cangkul, gergaji, pemangkas, gunting Jepun, karung plastik atau guni, dawai, benang, bekas semburan air dan tali, (bergantung, mungkin kurang atau lebih) Kelengkapan ini digunakan semasa menggali dan membawanya pulang.

Pasu juga menjadi salah satu faktor yang menyerlahkan pokok yang dikatikkan. Lantaran dengan itu, pastikan pasu memiliki sekurang-kurangnya satu lubang pengaliran air supaya tanah tidak mengekalkan kelembapan berterusan. Air yang bertakung menyebabkan akar pokok mudah diserang penyakit dan mengalami pereputan.

Secara jujurnya mempelajari kemahiran menanam dan menjaga bonsai memerlukan minat yang mendalam sebabnya kita harus tahu keperluan bonsai seperti udara, air dan cahaya matahari.


Cara membuat bonsai,


Video 2


Video 3

Jan 25, 2012

Cinta Muka Buku



Cinta Muka Buku adalah lagu yang menarik. Ia patut di beri perhargaan. Ia masuk AJL . Lagu yang dipertandingkan iaitu Cinta Muka Buku diragui kekuatannya dengan melihat kepada lagu serta liriknya yang mudah, ringan dan biasa saja berbanding 11 lagu lain seperti Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan, Anna Rafali & Altimet), Beribu Sesalan dan lain-lain.

Lagu Cinta muka buku, amat popular di youtube dengan lebih 5,463,431 juta menonton di Youtube. wow wow hebat.

Berita Harian melaporkan, Najwa Latif sedikit pun tidak goyah dengan kritikan seperti itu kerana baginya, setiap pendengar mempunyai pendapat masing-masing untuk menilai sesebuah karya seni itu.

“Saya terima semua komen itu sebagai positif dan pada masa sama juga memperbaiki diri serta karya saya. Saya percaya setiap individu mempunyai pendapat berbeza. Perihal mempersoalkan lagu itu, ia tidak membuatkan saya patah semangat.

“Saya pun tak sangka lagu Cinta Muka Buku dipilih layak ke final. Sebalik itu, pengalaman ini adalah satu yang seronok bagi saya kerana dapat berkongsi pentas dengan barisan penyanyi yang hebat-hebat belaka. Dengan usia saya yang baru 17 tahun ini, saya sudah ada pengalaman untuk berkongsi pentas dengan penyanyi senior dan ini membuatkan saya sangat gembira,” katanya.
Najwa berpendapat kekuatan lagu Cinta Muka Buku pada lirik yang mudah difahami dan senang dihafal walaupun hanya sekali dengar.

Penulis lirik lagu itu iaitu kakaknya, Ika turut berbangga dengan kejayaan adiknya serta lagu ciptaan mereka itu. Bagi Ika, mereka sama sekali tidak sedih serta patah semangat dengan kritikan orang ramai, malah lebih bersyukur dengan peluang yang diterima untuk beraksi di atas pentas yang berprestij itu nanti.

Baby Pandai Baca sejak umur 1 tahun



Baby Pandai Baca sejak umur 1 tahun. Anda boleh lakukan jika anda tahu caranya. Nak tahu caranya, klik sini

TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH MESRA ALAM

PENYEDIAAN TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH MESRA ALAM . Dengan kemajuan pengetahuan sains kini, ahli geosains boleh membantu menyediakan tapak pembuangan sampah yang dapat meminimumkan kesan pencemaran terahadap air bawah tanah. Tapak penimbusan sampah moden dibuat dengan menyediakan sistem pelapik (barrier system) yang bertujuan untuk memisahkan bahan-bahan pencemar dalam sampah sarap daripada tanah di tapak penimbusan sampah tersebut.

Pelapik boleh dibina dari pelbagai jenis bahan, antaranya ialah tanah (natural clay), bentonit (Na-montmorillonite atau Ca-montmorillonite), dan bahan geosintetik. Pelapik tanah adalah merupakan jenis yang termurah dan paling popular jika mendapati terdapat bahan tanah yang mempunyai ketertelapan yang sesuai di kawasan tapak pembuangan sampah atau kawasan berhampiran. Ianya boleh digunakan sendirian membentuk satu lapisan pelapik
(single liner system) atau boleh bergabung dengan bahan-bahan lain membentuk sistem pelapik komposit, dwi lapis atau berganda (composite, double, or multiple liner system).

Jika tanah di kawasan tersebut tidak mempunyai kandungan bahan liat (clay) yang cukup untuk mencapai ketertelapan yang sesuai, maka bahan bahan lain seperti bentonite boleh digunakan sebagai tambahan untuk meningkatkan sifat ketertelapan tanah. Pelapik dari bahan bentonite boleh menganti pelapik tanah. Manakala itu, bahan geotextiles juga boleh digunakan bersama dengan bentonite membentuk pelapik liat geosintetik (Geosynthetic clay liner)

Penulis hanya akan membincangkan pelapik jenis tanah kerana pelapik jenis ini adalah yang paling popular, paling murah, tidak mudah rosak dan paling senang diperolehi. Kajian lanjut pelapik jenis tanah terutama kajian yang berkaitan dengan sifat fizikal dan kimia tanah serta interaksi komponen tanah dengan unsur-unsur pencemar perlu dijalankan untuk mengenalpasti kesesuaian bahan tersebut bagi tujuan pelapik kejuruteraan tapak pembuangan sisa.

PELAPIK TANAH

Pelapik tanah di bawah tapak pelupusan sampah mempunyai kebaikan yang tersendiri berbanding dengan bahan pelapik lain. Tanah terbentuk akibat dari proses luluhawa atau uraian fizikal dan kimia ke atas sesuatu jasad batuan. Oleh itu, tanah boleh diperolehi dengan mudah dan murah di kawasan tapak itu sendiri. Dalam hal ini, tanah boleh dipadatkan untuk mendapatkan nilai ketertelapan (permeability) rendah yang disyaratkan oleh Jabatan Alam Sekitar (kurang dari 1x10-9 m/saat). Pelapik tanah juga mempunyai keupayaan untuk bertindak secara fizikal dengan cara menyekat pengaliran keluar bahan pencemar dan juga secara kimia dengan menjerap unsur-unsur kimia dalam cecair sampah.

Dari segi geologinya, tidak semua tanah mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan bahan pelapik tapak penimbusan sampah. Ini adalah kerana tanah mempunyai variasi tersendiri dari segi komponen pepejal seperti mineral lempung, bahan organik, bahan amophous, bahan berkapur, pH dan sebagainya. Di United Kingdom, teknik pembuangan sampah secara penimbusan banyak dijalankan kerana tapaknya yang sesuai dari segi geologi dan hidrogeologi.

Dengan kata lain, sebelum pembukaan sesuatu tapak penimbusan sampah sarap dibuat, kajian terperinci berkaitan dengan geologi dan hidrogeologi sesuatu kawasan hendaklah dilakukan. Kajian ini penting bagi menjamin tapak yang dipilih benar-benar sesuai dan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menghalang unsur-unsur kimia bahan pencemar dari mencemari alam sekitar.

Salah satu contoh kawasan pembuangan sampah secara timbusan yang menggunakan pelapik tanah ialah di Cardiff, United Kingdom. Di tapak ini, pelapik asli yang terdiri dari tanah alluvium berketebalan 6.95 meter hingga 9.30 meter telah bertindak secara semulajadi dan berjaya menahan unsur kimia pencemar daripada meresap masuk ke dalam air bawah tanah di kawasan sekitarnya. Secara teorinya, semakin tebal bahan pelapik, maka semakin baik fungsinya sebagai penahan semulajadi bahan pencemar. Tetapi perlu diingat, bahawa tidak semua jenis tanah berupaya untuk menjerap dan menahan unsur-unsur pencemar tersebut.

sumber : http://www.ukm.my/geologi/geopena/mag%20bumi_landfill.pdf

Jan 24, 2012

Minuman Kopi 3 In 1 banyak gula

Minuman Kopi 3 In 1 banyak gula
Minuman Kopi 3 In 1 banyak gula, kajian telah dibuat oleh makmal Kementarian Kesihatan, mendapati banyak gula dalam minuman berkenaan.

Jan 22, 2012

myMetroSel kulit mati tidak sekata


myMetroSel kulit mati tidak sekata
“Psoriasis ialah penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang mampu mengawal penyakit ini. Adakala ia wujud dan sebaliknya. Ia berlaku disebabkan faktor keturunan, misalnya jika ibu bapa menghidap penyakit sama, kebarangkalian anak mendapat penyakit itu mencecah 70 peratus.

Penyakit ini suatu yang misteri, dikatakan tiada ubat. Hakikatnya: Psoriasis, terutama dalam bentuk sederhana atau teruk, mudah kelihatan di permukaan kulit. Disebabkan pertumbuhan abnormal sel kulit, tompok merah bersisik di kulit akan kelihatan.

Bagaimanapun, psoriasis tidak berjangkit. Anda tidak boleh dijangkiti penyakit ini daripada orang lain dan tidak boleh memindahkannya kepada orang lain hanya dengan menyentuh mereka atau dekat dengan mereka.

Bagi saya setiap penyakit ada ubat, cuba rawatan Islam. Jangan putus asa

Jan 17, 2012

Senarai cuti Perlis 2012

Senarai cuti Perlis 2012
23 - 24 Januari 2012
Tahun Baru Cina
5 Februari 2012
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
1 Mei 2012
Hari Pekerja

5 Mei 2012

Hari Wesak
17 Mei 2012
Hari Keputeraan D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis
2 Jun 2012
Hari Keputraan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
17 Jun 2012
Israk dan Mijraj
6 Ogos 2012
Hari Nuzul Al-Quran
19-20 Ogos 2012
Hari Raya Puasa
31 Ogos 2012
Hari Kebangsaan
16 September 2012Hari Malaysia
26 - 27 Oktober 2012Hari Raya Qurban
13 November 2012Hari Deepavali
15 November 2012Awal Muharram (MAAL HIJRAH)

25 Disember 2012

Hari Krismas

Konsep Hotel Bajet

Konsep Hotel Bajet
Konsep Hotel Bajet
Konsep Hotel Bajet di Malaysia banyak ciri-cirinya, paling penting maksud hotel bajet ialah murah berbanding hotel 5 bintang. Prinsip utama ialah memberi kemudahan penginapan pada harga mampu bayar dengan kemudahan yang sesuai.

DiKuala lumpur terdapat banyak hotel bajet yang menawarkan kemudahan selesa kepada pelancong luar, antara hotel bajet KL ialah 98 Inn Hotel, City Inn Hotel, Adamson Inn Hotel. Harga antara RM50 hingga RM100.00,

Kemudahan Hotel bajet, Bilik, katil kecil berkembar, katil besar berkembar, kemudahan bilik air, atau bilik air yang di kongsi, ruang solat, sejadah dan kedai kecil. Bagi setengah hotel bajet, mereka memberi kemudahan bilik air dalam bilik. Bagi setengah tempat bilik air di buat secara awam.

Seperti Jepun, permintaan terhadap percutian ringkas yang menjimatkan semakin menjadi pilihan sehingga membawa kepada kewujudan hotel bajet. Jadi di Malaysia pelancong akan singgah dan bermalam sekejap, kadang ada keluarga ramai, maka hotel bajet memang sesuai.

Jan 15, 2012

Restoren dan hotel halal di Hatyai Thailand

Nak cari restoren dan hotel halal di Hatyai Thailand, jom lihat. List Halal Food at Thailand. Dibawah saya senaraikan restoren dan hotel halal di Hatyai Thailand.

Sebelum tu kena lihat juga latarbelakang Hatyai Thailand ni. Nama Hat Yai diambil sempena sebatang pokok. Populasinya menjangkau seramai 157,316 orang dan 80 peratus penduduknya adalah beragama Islam.Hatyai terletak dalam wilayah songhkla, Thailand.

Backpackers lazimnya suka singgah di wilayah ini kerana banyak hotel bajet yang menawarkan harga semurah RM50 semalam.

Antara kawasan popular dengan makanan halal ialah di lokasi di bawah:

Lokasi membeli belah ialah kawasan , Expo Department Store, Lee Garden Plaza, Central Department Store, Kompleks Pink Lady, Robinson Department Store termasuklah kedai-kedai jalanan di Jalan Niphat Uthit 2, Jalan Niphat Uthit 3 dan Jalan Sanehanuson.

HALAL KITCHEN HATYAI PARADISE HOTEL & RESORT
99 Soi Lean Anusorn, Raj-U-Thid Rd., Hatyai, Songkhla 90110
Tel: 074-362-222
Fax: 074-255-999
Contact Person: Mr.Thanawat Madsaman (086-959-5270)
Email: hatyaiparadise2008@hotmail.com

KOSIT HOTEL

199 Niphat Utit 2 Rd., Hatyai, Songkhla 90110
Tel: 074-234-366
Fax: 074-232-365
Contact Person: Ms.Srisuda Areerak (081-541-9202)
Email: kosithotel@anet.net.th
Website: www.kosithotel.com

NOVOTEL CENTARA HAT YAI

3 Sanehanusorn Rd., Hat Yai, Songkhla 90110
Tel: 074-352-222
Fax: 074-352-240
Contact Person: Mr.Noppadol Pongtun (086-267-3522)
Email: eamnch@chr.co.th, nch@chr.co.th
Website: www.centarahotelsresort.com

SALUPPETH RESTAURANT HATYAI RAMA HOTEL

9/5 Sripuvanarod Rd., Hat yai, Songkhla 90110
Tel: 074-355-200
Fax: 074-234-560
Contact Person: Mr.Suphat Pethklong (081-277-1989)

DAIICHI HOTEL

29 Chaiyakul Uthit4 Rd., Hatyai, Songkhla 90110
Tel: 074-230-730
Fax: 074-357-800
Contact Person: Ms.Yuvadee Jermparangsri (083-191-3901)
Email: bug-kai@hotmail.com

SALMA RESTAURANT

85/3 Prachatipat Rd., Hatyai, Songkhla 90110
Tel: 074-225-181
Contact Person: Ms.Uma Niyomdacha (085-894-2543)

HAMID RESTAURANT HATYAI

73-75 Prachatipat Rd., Hattyai, Songkhla 90110
Tel: 074-243-008
Fax: 074-243-008
Contact Person: Mr.Adul Ratpitak (089-464-8896)

Selamat bercuti

Makanan Halal Hatyai

Saya cadang bulan Feb 2011, nak pi Hatyai. Jadi kena buat kajian makanan halal dan pusat membeli belah di Hatyai. List Halal Food at Thailand. Dibawah saya senaraikan restoren dan hotel halal di Hatyai Thailand.

Sebelum tu kena lihat juga latarbelakang Hatyai Thailand ni. Nama Hat Yai diambil sempena sebatang pokok. Populasinya menjangkau seramai 157,316 orang dan 80 peratus penduduknya adalah beragama Islam.

Backpackers lazimnya suka singgah di wilayah ini kerana banyak hotel bajet yang menawarkan harga semurah RM50 semalam.

Antara kawasan popular dengan makanan halal ialah di lokasi di bawah:

Lokasi membeli belah ialah kawasan , Expo Department Store, Lee Garden Plaza, Central Department Store, Kompleks Pink Lady, Robinson Department Store termasuklah kedai-kedai jalanan di Jalan Niphat Uthit 2, Jalan Niphat Uthit 3 dan Jalan Sanehanuson.

HALAL KITCHEN HATYAI PARADISE HOTEL & RESORT
99 Soi Lean Anusorn, Raj-U-Thid Rd., Hatyai, Songkhla 90110
Tel: 074-362-222
Fax: 074-255-999
Contact Person: Mr.Thanawat Madsaman (086-959-5270)
Email: hatyaiparadise2008@hotmail.com

KOSIT HOTEL

199 Niphat Utit 2 Rd., Hatyai, Songkhla 90110
Tel: 074-234-366
Fax: 074-232-365
Contact Person: Ms.Srisuda Areerak (081-541-9202)
Email: kosithotel@anet.net.th
Website: www.kosithotel.com

NOVOTEL CENTARA HAT YAI

3 Sanehanusorn Rd., Hat Yai, Songkhla 90110
Tel: 074-352-222
Fax: 074-352-240
Contact Person: Mr.Noppadol Pongtun (086-267-3522)
Email: eamnch@chr.co.th, nch@chr.co.th
Website: www.centarahotelsresort.com

SALUPPETH RESTAURANT HATYAI RAMA HOTEL

9/5 Sripuvanarod Rd., Hat yai, Songkhla 90110
Tel: 074-355-200
Fax: 074-234-560
Contact Person: Mr.Suphat Pethklong (081-277-1989)

DAIICHI HOTEL

29 Chaiyakul Uthit4 Rd., Hatyai, Songkhla 90110
Tel: 074-230-730
Fax: 074-357-800
Contact Person: Ms.Yuvadee Jermparangsri (083-191-3901)
Email: bug-kai@hotmail.com

SALMA RESTAURANT

85/3 Prachatipat Rd., Hatyai, Songkhla 90110
Tel: 074-225-181
Contact Person: Ms.Uma Niyomdacha (085-894-2543)

HAMID RESTAURANT HATYAI

73-75 Prachatipat Rd., Hattyai, Songkhla 90110
Tel: 074-243-008
Fax: 074-243-008
Contact Person: Mr.Adul Ratpitak (089-464-8896)

Selamat bercuti

Jan 10, 2012

AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL

AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL (sesuai juga utk org yg rapat dgn kita spt isteri @ suami)

1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.


*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.



Diambil dari Portal Muslimah:

Jan 4, 2012

Video demo di hadapan UPSI

Video demo di hadapan UPSI yang di upload oleh PDRMsia.

VIDEO 1


VIDEO 2


VIDEO 3


VIDEO 4


nak ambil tindakan selepas kena ?


Isu sekarang, mengapa Pelajar melayu saja nak berjuang, mana pelajar cina, india, dimana pintu rundingan, kenapa cepat melatah. Teruk sangat ke UPSI sehingga tiada ruang untuk rundingan.

Bila dah cedera, jadi kes polis pula, masing masing nak salah menyalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...