Showing posts with label Shopping And Travel. Show all posts
Showing posts with label Shopping And Travel. Show all posts

Feb 7, 2012

Pengalaman Pertama Masuk Hat Yai Thailand

Pengalaman kali pertama masuk tahiland, hat yai, songhla
Pintu masuk bukit ke Thailand, Bukit  kayu hitam, dihadapan cop passport malaysia dan Thailand
Pengalaman kali pertama masuk thailand dengan kereta sendiri, adalah topik yang saya ingin kongsi dengan saudara saudari semua hari ini. Bertolak 4 Feb 2012 dari Perlis ke Bukit kayu hitam jam 8.30 pagi. Sampai di Bukit Kayu Hitam jam 9.15 pagi. Kami pi dengan kereta sendiri sebanyak 3 buah buah. Cadang nak ke Hat yai dan Songhla. sebelum nak masuk siap dulu border pass - lihat syarat pass sempadan malaysia thailand

Membeli Insuran di Cangloon Kedah

Kami bawa kereta sendiri, jadi kena beli insuran thailand, kami ambil 9 hari dengan harga RM15.00. Nak pi 2 hari sahaja. Geran Original kami bawa sekali, cuma semasa beli insuran bagi yang photostat sahaja.Agen insuran ada kat travel atau kat duty free. mereka akan pasang papan tanda jual insuran, salah satunya  Naluri Aman Duty Free, kat sini ada agen jual insuran kereta ke thailand

Sampai di Bukit Kayu Hitam

Bila memasuki Border Thailand, kami pi cari parking, 3 orang di tugaskan cop pas sempadan. (Pas Sempadan untuk negeri yang sempadan dengan Thailand sahaja). Waktu cuti sabtu dan hari cuti lain memang ramai masuk Thailand. Hari kami masuk, hampir 80 buah bas beratur di pintu masuk sempadan. Kereta sendiri memang banyaklah. Imigresen thailand di serbu rakyat Malysia. Penuh sesak. hampir 2 jam kami menunggu.

Lepas Cop Border Pass, kami pi lapor kenderaan di Kastam Thailand, bawa geran kereta dan insuran Thailand yang di beli tadi. Puak kastam siam, biasa mereka minta duit kopi antara 10 baht dan 20 baht (kira-kira RM1.00 dan RM2.00 duit kita). Hari cuti memang sesak pintu sempadan

Denda RM200 oleh Kastam Thailand

Ni padahnya bila beli kereta 2nd. Kita tak tahu rekod kereta kita oleh pembeli awal atau tuan awal kereta itu. Nak jadi cerita sepupu saya yang dok KL, balik dan join kami sekali ke Hat Yai pada hari tu. Kereta dia kena tahan oleh kastam siam, bila pemilik awal tak lapur bila keluar dari Thailand. Jadi bila kami masuk semula kereta kena tahan. Puak kastam kata kena kena bayar RM200. kalau tidak, tak boleh masuk.

Dalam surat kastam siam memang ada cop merah, sila lapor atau serak surat kastam bila nak keluar dari thailand. Tuan kereta kena sign dalam buku rekod kastam. Jadi bila nak bawa kereta sendiri tuan kereta sepatutnya pergi.

HP tiada line bila di Thailand

Maxis ke Celcom ka, semua tiada line. Jadi kami terpaksa guna prepaid thailand, no bermula 075 xxxxxxx . mengikut lokasi. saya lupa aktif perayauan antarabangsa untuk maxis.

Dalam perjalanan ke Hatyai
Pukul 11.30 pagi baru bertolak ke Hatyai, Jalan 2 lorong kiri dan kanan, kira selesa, kiri kanan suasana macam di kedah dan perlis, Penunggang motorsikal mereka pakai topi kaledar, pembonceng tak pakai topi, kadang kadang kedua-dua tak pakai. itu suasana pemamdu motor di Thailand. Sepanjang perjalanan pergi dan balik dan semasa 2 hari disana hanya 2 kemalangan sahaja yang kami lihat.

Di Hatyai
Pengalaman kali pertama masuk tahiland, hat yai, songhla
Bandar Hatyai, hotel di hadapan, sistem jalan kebanyakan one way
Kami ambil hotel Yong Dee, terletak di pusat bandar Hat Yai. Sewa 1 malam RM65.00 untuk satu bilik, kami tempah 4 bilik. Bilik ok, bersih, ada TV, 2 katil besar, bilik air pun bersih. Harga pun ok. Kebetulan kami tempah awal melalui kawan kami yang sudah ada di sana sejak awal lagi. Musim cuti memang ramai orang Malaysia masuk.

Lepas Qasar Zohor, Jamak dan Qasar Asar, kami bertolak ke Songhla, perjalanan dalam 40 minit. Singgah beli makanan ringgan dan baru ke songhla. Cantik pemandangan bila melalui jambatan di songhla. Lepas pusing pusing, kami cari gerai makanan Islam. Gerai pertama penuh dengan pelanggan, gerai kedua ok tak ada orang. Lihat tuan kedai pakai kepiah putih, saya bagi salam, dia jawap sambil tersenyum. Tak tau cakap Melayu, pelayan dia bolehlah sikit-sikit cakap Melayu. Tukang masak pakai tudung.Pengalaman kali pertama masuk tahiland, hat yai, songhla

Kami order Kem Som siakap (masak asam pedas), kerabu mempelam, Tomyam, kerabu belangkas, sayur campur, nasi putih, untuk 14 orang makan. Makanan ok sedap, cuma kem som pedas sangat. Harga RM240.00 (boleh tahan juga harga). sederhana lah.

PENULIS MAKAN NASI, DAN KEMSOM DI SONGHLA, KEDAI ORANG ISLAM, KENA PILIH KEDAI

Di Songhla dan Hatyai ramai juga orang Melayu Islam yang berniaga, cuma bahasa mereka. Ada juga yang pandai cakap melayu.

Malam di Pasar Terapung Hatyai (Floating Market Hatyai)

Pasar Terapung Hatyai (Floating Market Hatyai), makanan akan di masuk dalam bekas unik di atas, bekas tu boleh bawa balik
Ini lokasi perniagaan yang agak unik. Wanita Islam berniaga atas perahu, konsep macam pasar terapung di bangkok, tapi di hatyai Perahu cuma tak bergerak. Peniaga berada dalam perahu kayu dan pelanggan berada atas pelantar kayu sepanjang sungai. Pembeli akan order, penjual akan memberi makanan yang di tempah guna bakul yang di letak hujung galah buluh. Pembeli ambil makanan dan letak duit dalam bakul.

Kalau nak pi cari,  Pasar Terapung Klong Hae Market yang dibuka dari pukoi 2 petang hingga 10 mlm dari hari Jumaat hingga Ahad.

Makanan perbagai jenis dan unik serta sedap. Ais kacang dalam mangkok ayam, mangkok siput, mangkok itek dan juga buluh. Bekas tadi boleh bawa balik sebagai cenderamata. Makanan sedap. Misalnya pegat pisang salai, ubi salai di letak dalam daun pisang yang di bentuk macam kapal. Memang unik makanan di sana. Minuman dalam buluh, straw pun buluh. wow unik.

Dibuka pada hari Jumaat, sabtu dan Ahad. Kalau sampai hatyai, selepas letak bag di hotol, kalau tak tahu jalan, boleh ambil kereta awam di panggil tut tut.

Malam di hatyai

Malam saya dan kawan-kawan lepak di salah satu jalan di bandar hatyai. Makan Lai Chee Kang, hoi sedap, 10 bahan dimasukan, anak dara manis melayan kami, Pakai tudung, sikit sikit boleh cakap melayu. Malam tu orang Malaysia hampir 50%, ramai yang jumpa speaking melayu, kira ok juga. makanan unik, tapi kena lihat siapa yang jual, kebanyakan wanita yang niaga. Kami pilih gerai bergerak yang peniaga orang melayu.

Malam suasana meriah macam pesta, ramai pelancong Malaysia beli belah. Makanan lain, macam malaysia juga, ayam goreng, udang goreng, pulut durian, teh tarik, kacang, ais kacang, dan sebagainya.

12 malam waktu Malaysia kami balik hotel berehat, waktu thailand lewat 1 jam, maknanya kalau kita 12 malam, mereka 11 malam.

Jan 17, 2012

Konsep Hotel Bajet

Konsep Hotel Bajet
Konsep Hotel Bajet
Konsep Hotel Bajet di Malaysia banyak ciri-cirinya, paling penting maksud hotel bajet ialah murah berbanding hotel 5 bintang. Prinsip utama ialah memberi kemudahan penginapan pada harga mampu bayar dengan kemudahan yang sesuai.

DiKuala lumpur terdapat banyak hotel bajet yang menawarkan kemudahan selesa kepada pelancong luar, antara hotel bajet KL ialah 98 Inn Hotel, City Inn Hotel, Adamson Inn Hotel. Harga antara RM50 hingga RM100.00,

Kemudahan Hotel bajet, Bilik, katil kecil berkembar, katil besar berkembar, kemudahan bilik air, atau bilik air yang di kongsi, ruang solat, sejadah dan kedai kecil. Bagi setengah hotel bajet, mereka memberi kemudahan bilik air dalam bilik. Bagi setengah tempat bilik air di buat secara awam.

Seperti Jepun, permintaan terhadap percutian ringkas yang menjimatkan semakin menjadi pilihan sehingga membawa kepada kewujudan hotel bajet. Jadi di Malaysia pelancong akan singgah dan bermalam sekejap, kadang ada keluarga ramai, maka hotel bajet memang sesuai.

Aug 6, 2011

PELUANG NIAGA ONLINE DENGAN SMARTHERBS

Saya ingin memperkenalkan peluang peniagaan baru secara online, anda boleh daftar di sini percuma. Produk menarik dan mudah dijual. Antara produk SmartHerbs ialah Kopi Barli, Susu Kambing, Kopi Tongkat Ali, Kopi Kacip Fatimah, Losyen Pati Halia. Lihat Gambar Produk: Siapa smartherbs, sila baca di bawah.
SUSU KAMBING

Smart Herbs memulakan perniagaannya sebagai agen pemasaran bermula dari bulan Mei 2007. Smart Herbs telah menubuhkan Smart Herbs Manufacturing (NS0034545-V) untuk mengeluarkan produk sendiri pada bulan Disember, 2007.
KOPI BARLI BERKHASIAT

Di atas sambutan yang baik dari pengedar dan pengguna produk Smart Herbs, maka Smart Herbs Sdn Bhd ( 802450 A) telah ditubuhkan dengan tujuan khas ia itu untuk bergerak di dalam bidang PEMASARAN BERBILANG TINGKAT. Smart Herbs Sdn Bhd kini dalam rangka memperhebat perkembangan syarikat untuk menjadi sebuah syarikat MLM yang berdaya saing bukan sekadar di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

Keahlian Smart Herbs adalah untuk se umur hidup. Setiap pengiraan Bonus tidak menggunakan nilai PV atau BV tetapi dikira terus dari harga jualan. Ini memudahkan ahli untuk memahami pelan pemasaran dan mengelakkan dari sebarang kekeliruan.

Target jualan ( maintain ) yang rendah iaitu RM 44.00 sebulan membolehkan ahli terus aktif tanpa sebarang tekanan. Ahli yang gagal mengekalkan Target jualan bulanan tidak akan mendapat Bonus Rangkaian atau Bonus Pangkat akan tetapi ianya tidak akan kehilangan status keahliannya. Bonus-bonus tersebut akan di bayar kembali sekiranya ahli tersebut kembali mengekalkan prestasi jualan bulanan.

Kami ada PLAN MUDAH & MENARIK untuk anda, PLAN USAHAWAN & MLM, anda join awal-awal... Lebih pendapatan jika anda memperkenalkan kawan-kawan kepada peluang hebat iniLihat plan pemasaran

Sistem Secara Online
Kini anda mampu menarik nafas lega kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk bersemuka dengan prospek anda lagi kerana di SmartHerb2u.Com kami telah menjalankan bisnes ini secara online sepenuhnya. Dengan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa & kos anda! Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah komputer/laptop & capaian internet (seperti yang anda telah ada sekarang!!

24 Jam Sehari & 7 Hari Seminggu

Kami akan menjamin kestabilan program ini akan tetap diakses pada setiap masa sepanjang 24 jam sehari dan 7 hari seminggu (walaupun ketika itu anda sedang tidur!)

JANGAN RISAU, kami berikan anda laman web promosi PERCUMA, cuma minta kawan-kawan anda buka laman web anda. Senang kan...? Boleh SMS atau email kepada mereka. Kami bantu dengan system auto-downline yang hebat. Maknanya anda akan dapat limpahan downline dengan cepat dari tajaan upline anda. Anda akan mempunyai URL sendiri contoh seperti URL penaja anda hari ini http://www.smartherb2u.com/?id=fauzi anda boleh buat promosi gunakan URL anda sendiri secara percuma.

Ok Jangan Tunggu lagi DAFTAR DI SINI


 



 

May 25, 2011

DANOK THAILAND - TEMPAT MEMBELI BELAH POPULAR DI SEMPADAN

Membeli belah di Danok Selatan Thailand
SINTOK, 20 Mei (Bernama) -- Ia sebuah pekan kecil yang kurang dikenali ramai di sempadan Malaysia dan Thailand.

Namun sebenarnya ia adalah syurga membeli-belah kerana barang-barang yang dijual boleh dianggap lebih murah daripada yang terdapat di Petaling Street.

Itulah Danok, sebuah pekan kecil di Thailand setelah melepasi Bukit Kayu Hitam di Kedah.

Cakap apa sahaja yang dikehendaki, mahu baju, mahu seluar ataupun mahu beg daripada pelbagai jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Coach, Parada semuanya ada di sini.

Harga? Usah dicakap, malah lebih murah berbanding di butik terkenal Kuala Lumpur dan Petaling Street (PS).

Selain daripada pusat membeli-belah, Danok, pekan kecil ala-ala pekan koboi ini juga adalah syurga makanan bagi penggemarnya.

MAI MAKAN PULUT AYAM?

Pulut Ayam sangat popular di Thailand

"Kalau ke Danok, mesti cuba makan pulut ayam," kata seorang kenalan. Sudah tentu, ini akan menarik minat penggemar pulut.

Masakan tidaknya, selalunya masyarakat kita lebih sinonim dengan pulut durian, pulut kuning (itu pun dimakan dengan rendang ayam) dan pulut mangga.

Tetapi, pernahkah kita mendengar ayam goreng dimakan dengan pulut? Pelik bukan, tetapi itulah makanan unik yang rasanya begitu enak sekali dan paling popular di pekan Danok.

"Setiap hujung minggu, saya dan keluarga akan berkunjung ke Danok semata-mata untuk makan pulut ayam. Rasanya sungguh sedap dan tidak terdapat di tempat lain," kata seorang pelancong yang hanya mahu dikenali sebagai Kamarul kepada Bernama.

Memang menarik kerana sepanjang laluan di pekan Danok, dapat dilihat senario wanita genit sibuk menjual pulut ayam hanya dengan bersandarkan sebuah gerai kecil.

Dijual mengikut saiz ayam, paling mahal pun hidangan itu ialah RM6 termasuk pulut.

"Ayam ini digoreng dengan rempah tertentu dan disebabkan itulah warnanya merah. Tetapi, ia tidak pedas dan rasanya bukan seperti ayam goreng mamak.

"Pulutnya tidak sama dengan pulut durian atau mangga. Ini kerana pulutnya keras sikit dan dimakan pula dengan sos seperti keropok tetapi sos pulut ayam ini lagi sedap," kata penjual pulut ayam, Aminah yang enggan berkongsi resepi sos tersebut.

TIDAK SAH KALAU TIDAK MAKAN KEMSOM


Mungkin "kemsom" bukanlah sesuatu yang asing di sini kerana boleh didapati di mana-mana gerai masakan Thai di sini atau malahan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Namun, ada kebarangkalian masih terdapat segelintir yang tidak tahu apa sebenarnya "kemsom". Ia adalah sejenis gulai persis masakan popular Melaka, asam pedas, namun rasanya lebih pedas, warna kekuningan dan ada rebung.

Dan menariknya "kemsom" di pekan Danok ia menggunakan ikan puyu. Berbanding masyarakat di sini, ikan puyu sama ada dijadikan sebagai ikan pekasam ataupun untuk tujuan perhiasan dan penghalang kuasa jahat (mitos).

Menurut pemandu pelancong Sulai Tour, Anwar, sudah menjadi satu kemestian membawa pelancong yang menggunakan khidmat agensinya untuk merasai nikmat masakan itu.

"Paling popular ialah kemsom yang dimasak menggunakan ikan puyu sebesar ikan tilapia. Selalunya, pelancong pada awalnya tidak lalu makan kerana rupanya yang kurang menarik.

"Tetapi, selepas merasainya mereka terus memuji bahawa isinya sedap dan lembut," katanya yang telah bekerja selama enam tahun dengan Sulai Tour.

Kata Anwar, daging bakar, pulut mangga, pulut durian, tomyam juga adalah antara makanan yang meraih sambutan hangat di kalangan pelancong tatkala berkunjung ke pekan Danok.

JOM CUBA SPA!

Selain dikenali sebagai syurga membeli-belah dan makanan, pekan Danok tidak terkecuali menawarkan tempat untuk wanita yang ingin memanjakan diri sendiri di spa.

"Perkhidmatan yang ditawarkan sangat murah," kata Anwar.

"Ia sangat murah kerana dengan hanya RM70, anda boleh mendapatkan perkhidmatan urut, scrub badan, mandi sauna dan mandi susu. Kalau di Sintok (Kedah), perkhidmatan macam itu saja sudah mencecah ratusan ringgit," katanya.

Bagaimanapun, sesetengah pelancong agak ragu-ragu dengan tawaran sedemikian tambahan pula Danok dikenali sebagai tempat yang menawarkan perkhidmatan 'seks'.

Anwar berkata terdapat beberapa spa yang menawarkan perkhidmatan yang sebenarnya.

"Terdapat dua jenis spa di sini iaitu mereka yang benar-benar menawarkan perkhidmatan seperti urut, scrub badan, mandi sauna, mandi susu, manicure. Satu lagi spa ialah yang menawarkan semua perkhidmatan tersebut dan tambahan perkhidmatan seks.

"Bagi mereka yang ingin cuba, elakkan mencari spa yang dilakukan oleh wanita muda. Cari mereka yang agak berumur, kerana spa begitu tidak menawarkan perkhidmatan seks.

PEKAN DANOK SATU KEMESTIAN

Bagi mereka yang berkunjung ke Sintok, Kedah, mengunjungi pekan Danok adalah satu kemestian.

Ia bagaikan satu perkara yang janggal kedengarannya, jika anda tidak mengunjungi pekan Danok.

Sama ada menggunakan pengangkutan sendiri, mahupun menaiki bas dari Alor Setar ke Changlun dan seterusnya menaiki teksi ke sana, pekan Danok tidak pernah sunyi daripada kedatangan pelancong.

Seorang pelancong dari Melaka, Fatimah Wahab berkata beliau akan berkunjung ke pekan Danok setiap kali melawat anaknya yang belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

"Dari Sintok ke Pekan Danok hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Kalau dari Alor Setar pula, mengambil masa 45 minit.Ia adalah satu tempat menarik sebenarnya.

"Lupakan sebentar mengenai kegiatan pelacuran yang ada di sana kerana ia sebenarnya adalah satu pusat yang menawarkan semua benda yang kita inginkan.

"Malah, saya suka datang ke sana kerana dapat melihat pemandangan gajah di atas jalan raya," katanya.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...