Jul 15, 2013

syarat mohon Pas Sempadan Malaysia Thailand

syarat mohon Pas Sempadan Malaysia Thailand
syarat mohon Pas Sempadan Malaysia Thailand atau border pass,
 
1. Tujuan
 
Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak.
 
2. Tempoh Sahlaku
 
Enam (6) bulan dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.
 
3. Syarat-Syarat Am
 
a. Dua (2) keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
 
b. Maklumat kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun, namanya hendaklah dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu atau Bapa
 
c. Bukti menetap di negeri yang dinyatakan
Pemohon
Syarat-Syarat
Berumur 15 tahun ke atas
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Kad Pengenalan [MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
c. Kad Pengenalan Penduduk Tetap (hanya untuk Penduduk Tetap keturunan Thai sahaja)
d. Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 18 tahun ke bawah
Berumur di bawah 15 tahun
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Sijil Kelahiran
c. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
d. Kad Pengenalan bapa / ibu / penjaga yang sah
Jika pemohon diiringi oleh isteri
a. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
b. Kad Pengenalan Isteri [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
c. Sijil lahir anak dan Kad Pengenalan anak jika berumur 15 tahun kebawah
d. Dua (2) keping gambar berukuran 3.2 sm x 5.0 sm setiap orang
e. Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan
4. Bayaran - RM 10.00

5 comments:

  1. border pass leh sampai mana yer..hatyai atau lebih sampai krabi

    ReplyDelete
  2. Haiyai tu tiada masalah, krabi tu dah tak boleh, tapi ada juga yang pi juga, lebih baik guna passport kalau nak krabi

    ReplyDelete
  3. KALAU LAHIR JE KT KELANTAN..DDK SELANGOR BLY MOHOM BODER PASS KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamat kelantan, rasanya boleh, cuba tengok IC alamat KL atau Kelantan, KL tak leh la

      Delete
  4. kalau ic alamat jb mmg x bole la kan?

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...