Apr 29, 2012

Bersih 3 Gagal dan kotor

Ambiga dan bersih 3 gagal dalam misi mereka ke dataran merderka, kawalan yang baik oleh anggota polis yang bertugas berjaya menghalang para anggota demo dari Bersih 3 masuk ke dataran. Dataran Merderka di tutup 4 hari untuk orang ramai. Imej PR dan Bersih semakin kotor, ini kerana sikap degil mereka yang tak mau ikut arahan Kerajaan.

Pihak DBKL menawar tempat alternantif, tapi mereka nak ikut kepala otak mereka sahaja, tanpa mengikut arahan pihak berkuasa. Imej degil dan tak hormati undang-undang menjadikan mereka kotor dan degil. Mereka menggunakan kata kata kesat dan kotor dan memanggil Polis sebagai 'amjing'.

Saya nak tanya, jika PR memerintah Polis mana mereka nak guna, apakah mereka nak berhenti semua anggota polis di Malaysia kerana anggap Polis sebagai anjing kerajaan. Apakah mereka nak panggil orang luar jadi polis Malaysia. Pada masa itu apakah mereka nak  panggil anjing pada polis ?

Tahniah pada Polis Malaysia.

Apr 28, 2012

Bersih 3 Gagal ke Dataran Merdeka 28 apr 2012

7.53 pagi: Keadaan lengang di Jalan Tunku Abdul Rahman dan peserta bersih 3.0 mula kelihatan
Bersih 3 Gagal ke Dataran Merdeka 28 apr 2012, sumber facebook polis melaporkan dan memberi gambar terkini sekitar pukul 7 pagi 28 apr 2012. Bersih 3 gagal masuk ke kawasan dataran merdeka. Polis menambah dan meningkat kawalan di kawasan berkenaan.

Keadaan di Dataran Merdeka pada jam 7 pagi.
Keadaan di Dataran Merdeka pada jam 7 pagi.
7.47 pagi: Pekedai di Pertama Kompleks, Jalan Tuanku Abdul Rahman mula berniaga

Sebahagian daripada peserta perhimpunan yang berkumpul di Dataran Merdeka. 1 pagi
7.36 pagi - LRT masjid jamek (interchange ke klcc)Peserta perhimpunan dengan baju kuning mula berkumpul dan bersorak

Apr 17, 2012

Proton preve di lancarkan

Proton preve di lancarkan
Proton preve di lancarkan dan hari ini 17 Apr 2012 boleh lihat di showroom proton preve di seluruh negara, kalau nak pi, jauh, apa kata anda lihat video di bawah dan alami pengalaman memandu bersama team proton preve.



Harga antara RM56 ribu hingga RM72 ribu. Detail lihat sini

Apr 15, 2012

Merokok Haram Dan Berdosa


Merokok Dari Pandangan Islam, Keputusan telah di buat, tapi ramai yang membuat dosa tiap hari dengan hisap rokok. Lihat keputusan merokok haram dan berdosa.

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keputusan (English):
Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.

Keterangan/Hujah:

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Apr 11, 2012

Gempa bumi di sumatera, gegar barat semenanjung

Gempa bumi di sumatera, gegar barat semenanjung
Gempa bumi di sumatera, gegar barat semenanjung, antara negeri terlibat, Perlis, Kedah, Penang, Perak, KL dan kawasan berhampiran. Rakan FB saya melaporkan mereka merasa gegaran. Saya di Perlis juga merasa gegaran sebentar tadi, belaku dalam pukul 4.38 petang dan gegaran belaku hingga 4.50 petang 11 apr 2012.

Sumber melaporkan bahawa M8.7 - off the west coast of northern Sumatra 2012-04-11 08:38:38 UTC

Masa berlaku

  1. 2012-04-11 08:38:38 UTC
  2. 2012-04-11 14:38:38 UTC+06:00 at epicenter
  3. 2012-04-11 16:38:38 UTC+08:00 system time

Bandar terdekat

  1. 368km (228mi) W from Sinabang, Indonesia
  2. 392km (243mi) WSW from Meulaboh, Indonesia
  3. 433km (269mi) SW from Banda Aceh, Indonesia
  4. 464km (288mi) SSW from Sabang, Indonesia
  5. 961km (597mi) W from Kuala Lumpur, Malaysia


Sumber : http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/eventpage/usc000905e#summary

Apr 10, 2012

Kelebihan Tranformasi Kedai Runcit


Penyertaan dalam program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) merupakan keputusan yang tidak mengecewakan bagi 519 pemilik kedai di seluruh Malaysia. Ini termasuk Cik Jessica Wong, seorang ibu tunggal berusia 42 tahun yang menguruskan sebuah kedai runcit di Bandar Bukit Puchong.

Pada April 2011, beliau menyertai program perintis tersebut dan menyaksikan peningkatan hasil mingguan daripada RM20,000 kepada RM29,000 beberapa minggu kemudian. Program TUKAR dilancarkan pada bulan Januari 2011 untuk membantu pekedai-pekedai runcit meningkatkan daya saing melalui penggunaan teknologi moden dan proses perniagaan yang efisien.

Dengan bimbingan dan bantuan En. Mohamad Harith De Souza Abdullah, pengurus projek komersial Tesco, kedai tersebut telah berubah daripada kedai yang suram kepada sebuah kedai runcit yang menarik dan diterangi cahaya. Kedai yang asalnya tidak teratur menjadi lebih moden dan sistematik, dalam hanya tempoh 10 hari selepas mendapat khidmat nasihat daripada Harith.

"Kedai ini seperti bertenaga semula. Dahulu, saya hanya mempunyai lantai konkrit yang berdebu dan rak berkarat. Sekarang, lantai sudah berjubin dan saya mempunyai rak baru serta alat penghawa dingin. Ini menjadikan pengalaman membelibelah di sini lebih selesa untuk pelanggan-pelanggan saya," jelasnya.

Jessica juga menerima khidmat nasihat tentang cara-cara menjadikan kedai tersebut lebih efisien dengan mengubah susun atur barangan untuk dijual dan sistem operasi, menyediakan struktur planogram dan yang penting sekali, penyusunan semula cara pengurusan stok di kedai tersebut.

TUKAR juga merupakan satu pengalaman yang mengubah hidup Puan Francisca Jeyanthan yang mewarisi kedai Pasar Mini Bandar Baru Merlimau daripada bapanya. Beliau hampir-hampir berputus asa memandangkan pendapatan yang diterima agak rendah, membuatkan beliau kurang pasti untuk menguruskan perniagaan itu.

"Sebelum ini, jualan seharian hanya RM1,000 hingga RM1,900. Dengan bimbingan Mydin, ia kini sebuah kedai serbaneka yang efisien dan teratur dengan peningkatan jualan sehingga RM3,000 sehari," kata Francisca.

"Kedai kini telah digantikan dengan jubin, pendawaian elektrik baru dan selamat, rak baru yang berkilat, perkakasan baru serta produkproduk telah disusun semula menjadikan ianya lebih menarik. Saya amat berterima kasih kepada program ini," kata Francisca.

Pada tahun 2011, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk program ini. Peruncit ditawarkan pinjaman mudah antara RM20,000 dan RM60,000 dengan tempoh pembayaran semula selama 15 tahun.

TUKAR bermatlamat untuk mentransformasi dan memodenkan 5,000 kedai di seluruh negara menjelang tahun 2020.

Sumber : ETP annual report 2011

Apr 8, 2012

TIPS PANDUAN UBAHSUAI RUMAH

Tips dan renovasi Rumah yang berkesan
TIPS PANDUAN UBAHSUAI RUMAH ATAU RENOVASI RUMAH yang berkesan. Ramai antara kita membuat renovasi rumah ikut sedap hati sahaja, asal ada duit, mereka buat, harga ikut harga tukang atau harga yang di beri subcon atau kontraktor. Apa mereka cakap kita ikut sahaja. Sedar tak sedar duit habis atau pinjaman yang di buat tak cukup. Lepas tu rumah yang di ubahsuai tak siap.

80% dari pembeli rumah akan melakukan kerja renovasi. Namun tidak sampai 20% sahaja yang bepuashati dengan hasil renovasio tersebut.

Rakan baik saya
Yasir Puad seorang graduan didalam jurusan arkitek di ITM, saya telah berkecimpung didalam bidang rekabentuk dan pengubahsuaian rumah ini selama 20 tahun dari peringkat rekabentuk hinggalah pengawasan projek semasa pembinaan.Beliau berjaya hasilkan Panduan dalam ubahsuai Rumah.

Yasir Puad memulakan firma sendiri sejak tahun 2004, saya telah berkhidmat didalam bidang sama dengan firma arkitek di Kuala Lumpur.

Sememangnya
Yasir Puad berhasrat untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman yang ada untuk menolong pemilik rumah yang mempunyai impian bagi memiliki renovasi idaman tetapi tiada pengetahuan didalam bidang ini.

Ilmu yang bakal akan miliki nanti dapat mengelakkan :

  • Pemilik rumah seperti anda dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  • Melancarkan segala proses yang perlu anda lalui bagi melakukan renovasi rumah anda.

  • Memastikan bahawa bajet yang dikeluarkan adalah bajet yang paling optimum. Dengan kata lain wang yang anda keluarkan sememangnya berbaloi.

Dengan ilmu serta pengalaman yang Yasir Puad ada terutamanya yang berkaitan dengan renovasi rumah telah Yasir Puad kumpulkan dalam satu ebook yang Yasir Puad namakan :TIP RENOVASI IMPIAN.

Pelbagai masalah akan timbul dalam usaha anda untuk kerja-kerja renovasi rumah anda. Oleh itu anda perlu miliki Ebook Tip Renovasi supaya anda dapat mengelakkan dari melakukan segala kesilapan, masalah serta bajet diluar jangkaan. Oleh itu miliki Tip Renovasi anda sekarang.

Cepat bertindak dengan memiliki ebook Tip Renovasi anda sebelum jualan ebook ini ditutup. KLIK 'Dapatkan Sekarang' TIPS RENOVASI IMPIAN



Apr 6, 2012

Hassan Ali Dedah Video Murtad

Hassan Ali dalam sidang medianya telah menayangkan beberapa Video gerakan Murtad ke atas orang Islam di Malaysia. Saya sedang mencari video itu. Kalau siapa jumpa sila bagi tahu.

Ikuti sidang media Dr Hassan Ali



Salah satu Video Aktiviti Murtad Di Malaysia

Apr 1, 2012

Garismasa Hidup Rasulullah


Garismasa Hidup Rasulullah saw. Klik pada gambar untuk membaca dengan jelas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...