Jun 28, 2011

Cara Pro Tarik Trafik Ke Blog

Cara dan bagaimana tarik trafik ke blog anda, panduan seo, tips seo,

Saya search dalam google, terdapat perbagai kaedah tarik trafik ke blog anda. Bagaimana nak melakukannya?. Pendapat saya bukan mudah nak cepat dapat trafik atau pelawat keblog. Antara faktor yang anda perlu buat ialah meningkatkan mutu kandungan blog anda. Guna tajuk yang selalu orang cari. Secara umum anda perlu baiki dulu blog anda dari perkara-perkara yang tak mesra seo atau trafik.

Baiki blog anda dari segi:
  1. Tukar Theme lambat loading
  2. Tajuk artikel yang tak mesra seo
  3. Kandungan blog yang tak bermutu
  4. Iklan yang terlalu banyak hingga menganggu pelawat membaca artikel anda
  5. Bahasa kurang mesra pelawat. Guna bahasa yang mudah di fahami
  6. Bagi saya background gelap tak sesuai dan kurang mesra pengguna
Kemudian baru anda lakukan aktiviti promosi secara terus melalui kaedah:

Ping ke blog tempatan:
  • pingomatic.com
  • gengblogger.com
  • kelantanbloggers.com
  • selangorbloggers.com
  • johoreanbloggers.com
  • imcurtain.com
  • blogged.my
  • petalingstreet.org
  • storyanda.com
  • innit.nuffnang.com
  • undi.me
Pingkan blog anda secara peringkat demi peringkat dan jangan buat serentak. Ini boleh menjamin trafik berterusan. Masuk dan daftar di laman di atas dan lakukan ping artikel anda cara terhormat. Ikut peraturan di blog berkenaan.

Guna Twitter Feed

Sila guna twitter feed. Macam mana untuk meningkatkan trafik dengan Twitter? Mudah banget. Firstly, korang cuma perlu register di twitterfeed.com. Then, create new feed, isi blog url, yang lain pihak Twitter Feed akan uruskan.

Komen pada blog kawan kawan

Google suka kalau anda tinggal link di blog orang lain. Jadi komen di blog kawan anda dan tinggalkan link blog anda. JANGAN LUPA KOMEN DI BLOG SAYA. Ia akan membantu menaikan rank di google atau SE yang lain. Jom komen membina...

Tukar link dengan blog kawan anda

Ini juga akan membantu backlink dengan cepat, dan menaikan raking di search engine. Jom tukar link dengan saya. Klik Sini

Tool wajib pasang pada blog wordpress anda
  1. SEO Plugin - All in one seo pack sila serch dalam wordpress.org
  2. Sitemaps plugin untuk wordpress
Sila pasang dan aktifkan plugin tersebut.

Selalu update blog dengan entri menarik

Guna artikel menarik akan membantu tarik trafik ke blog anda. Pastikan tajuk yang mesra seo, bukan tajuk mengarut. Contoh guna pendekatan tajuk berbentuk soalan, kerana ramai nak tahu sesuatu akan search di Google. Misalnya Bagaimana Nak Tingkat Mutu Blog Anda, Bagaimana Nak Tingkat Kualiti Web Anda? , atau Cara-Cara Tingkat Trafik, Teknik Menjana Duit Melalui Blog Anda, Bagaimana Membuat Isteri Sayang Pada Anda.

Semuanya berkisar bagaimana, apakah, dan cara nak selesai suatu masalah. Kata kunci arikel anda adalah berkaitan apa yang selalu orang cari. Sila amalkan InsyaAllah mujarab untuk blog anda.

Lain-lain

http://digitalproduk.com/panduan-blog/5-blog-paling-kerap-dilawati-2011.html

Resepi khas anak tak lalu makan

resepi sos dan kentang putar KFC

Anak saya tak lalu makan nasi, roti dan makanan lain. Perbagai masakan mak dia buat, sup dan nasi pun tak mau, mee goreng makan sikit, bubur makan sikit, kadang tu minum susu sahaja. Kalau makan dia suka lauk sahaja, misalnya telur atau ikan. Lalu kami ke KFC bawa dia beli kentang putar. Bawa balik rumah, makan habis kentang yang 1 mangkuk besar harga RM4.80. Kami beli bukan hari hari, agak dia tak lalu makan baru keluar beli. Anak saya macam ketagih pula.

bapa menung pening, anak buat hal nak makan kfc
Poket dah kosong ni.... anak minta KFC pula.................

Kalau beli selalu banyak duit tu. So kami fikir nak buat sendiri kentang putar ala-ala KFC.
Resepi kentang putar ala KFC - Jom cuba buat jamu anak tak lalu makan.

SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara Membuatnya:

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Kentang Putar

Bahan-bahan ( 10 biji kentang buah sedang)

  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sk lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Rebus kentang dgn sedikit garam
  2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
  3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
  4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya
Nak hidang, macam biasa saja, ambil sos yang telah disediakan dan siram atas kentang putar tadi. Terliur lihat anak saya makan. Kena cuba ni.... he he.

Selamat mencuba, kalau selalu ke KFC bankrap juga. Kita masak sendiri lah.

Jun 27, 2011

Kahwin Dengan Mayat

LONDON: Seorang wanita berkahwin dengan teman lelakinya yang sudah mati pada satu majlis di Perancis selepas mendapat kebenaran Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Akhbar Daily Mail melaporkan, Karen Jumeaux, 22, menggunakan undang-undang Perancis untuk berkahwin dengan tunangnya, Anthony Maillot, hampir dua tahun selepas terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Wanita itu menulis kepada Sarkozy meminta kebenaran berkahwin dengan tunangnya yang sudah mati dan kemudian permohonannya diluluskan kerana beliau boleh membuktikan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin.

Pasangan itu bertemu pada 2007 dan mempunyai cahaya mata lelaki pada 2009, sebelum kekasihnya itu mati pada usia 20 tahun.

Dia memakai gaun putih melafazkan ikrar di dewan majlis di Dizy-le-Gros, timur Perancis, Khamis lalu.

Beliau berkata: “Saya tidak pernah mahu melakukan perkara ini sendirian, tetapi takdir sudah menentukan. Tambahan lagi, kami merancang untuk membesarkan anak bersama-sama.
“Saya tidak merancang untuk melakukannya sendiri. Kini, saya isterinya dan akan sentiasa menyintainya. Kami cinta pandang pertama dan menjalin hubungan selama empat tahun,” katanya.

Seorang pakar undang-undang Perancis berkata, jika Maillot bertemu dengan kekasih baru selepas ini dia perlu mengemukakan permohonan cerai. – Agensi

Jun 25, 2011

Motorsikal Modenas Elektrik Yang Pertama Di Malaysia 2011

TAHNIAH MALAYSIA, TAHNIAH MODENAS, Kerana berjaya mengeluarkan motosikal elektrik tempatan yang pertama. Inilah kenderaan masa depan yang kita idamkan. Ia mesra alam dan jimat tenaga.
Modenas telah memperkenalkan Motosikal elektrik tempatan yang pertama yang dikenali Modenas Ctric. Modenas CTric telah di iktiraf SIRIM, JPJ dan menepati piawai Japan Industrial Standard. Menurut Modenas, semuanya adalah hasil rekabentuk tempatan.

Berbekalkan tenaga bateri Lead acid, manakala harganya RM 4,888.00 dengan elektrik starter dan boleh mencapai kelajuan maksima 70-80km/j. Untuk mengetahui spesifikasi penuh Motor Modenas Ctric ni boleh lah terus membaca.

Price: RM 4,888.00 (electric starter) – On The Road

Engine
Type Electric Motorcycle
Traction Motor Type Brushless DC Motor
Rated Power 1.0 kW
Max Power 3.6 kW @ 70km/h
Speed Control System Pulse Width Modulation
Hall Sensor Honeywell

Transmission
Type Fully Automatic
Final Reduction Ratio 4.2
Driving System Chain

Chassis
Type Steel Pipe Backbone
Front Suspension Telescopic fork
Rear Suspension Trailing swing arm suspension
Front Brake Drum 110 mm
Rear Brake Drum 110 mm

Electrical System
Battery Lead Acid, Nano Gel
Capacity 1200Wh (5 units)
Voltage 60V 20Ah @ 2 Hours rate
Charger Intelligent Charger
Input 240V (50/60Hz)
Output 60V DC
Charging Time (Normal) 8 Hours
Charging Time (Fast) 3.5 Hours
Discharge Cycles 500 cycles
Estimated Life 2.5 years or 30,000 km

p/s : Kalau motor pakai petrol.. kalau habis tengah jalan leh pergi "runner" cari minyak. Kalau moto ni? bawa battery spare? tarik kable dari tiang lampu? he3.
Sumber : Beritametro.net

Hizyaty Saman Bomba

Jabatan bomba botak kepala pelatihKECEWA ...dan Kesal..!!

Seorang bekas pelatih bomba wanita, Hizyaty Othman, 28, menunjukkan gambar kepalanya yang dibotakkan ketika ditemui pemberita di kediaman mereka di Taman Berjaya, Jalan Pegawai di Alor Setar, hari ini. Beliau dibotakkan bersama 18 pelatih wanita lain ketika mendaftarkan diri di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu 2 Mei lalu.

Semalam dalam TV3, menunjukan bapanya Othman memberi ulasan tak puas hati mengenai tindakan pihak pusat latihan itu yang membotakan kepala. Adakah membotak kepala bagi pelatih wanita termasuk dalam syarat-syarat latihan di Akademi jabatan Bomba, jika ia syarat ini memalukan Jabatan Kerajaan itu kerana membuat peraturan Jahiliah. Jika bukan syarat rasmi, kenapa pihak Jabatan membenarkan pegawai mereka membotakan kepala pelatih wanita.

Kalau saya lihat pelatih wanita dalam pasukan polis atau tentera tak di botakkan begitu. Mereka hanya dipendekan sahaja rambut mereka. Apakah ini kesalahan displin pegawai yang mengendalikan pusat latihan itu.

Harap Polis siasat dengan terperinci siapa dalang yang memalukan gadis bernama HIZYATY ini. Hizyaty saya kesal dan simpati apa yang berlaku.

Jun 20, 2011

Sebab-Sebab Anak Anda Tak Boleh Bercakap

sebab anak tak boleh bercakap

Seorang Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.

Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor keturunan yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.

Anak Menumpu kepada aktiviti lain dahulu

“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.

Ibu bapa tak memberi tumpuan ajar anak bercakap

“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,” katanya

Ibubapa tak sokong atau mengalak anak bercakap

Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.

Faktor kesihatan anak-anak yang kurang baik

Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.

“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)

“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.

Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.

Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.
  1. Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.
  2. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.
  3. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.
  4. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.
“Galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” Dr Mastura Badzis,

Panduan dan Tip ajar anak bercakap klik sini.

Erra Manis Bertudung

Erra manis bertudung

AKTRES Erra Fazira (kanan) menurunkan tanda tangan sambil disaksikan Pengarah Urusan Desa Murni Batik Kuala Terengganu, Suhaimi Embong (kiri) dan Pengurus Cawangan, Fatimah Fathiyyas Ismail pada perasmian di Jalan Kuala Berang, Kampung Pengadang Baru, semalam. – Foto Aswadi Alias BH

Erra bertudung 2011, harap dapat di kekalkan imej ini

Jun 19, 2011

Kelebihan Wordpress Berbanding Blogspot

kelebihan blog wordpress berbanding blogspotSaya memilih blog wordpress berbanding blogspot kerana beberapa sebab utama.

1. SEO Friendly

WordPress terkenal dengan fungsi SEO yang bagus dan pantas. Dengan sokongan Plugin All In One Seo Pack, blog anda akan lebih power berbanding blogspot. Dengan tambahan sokongan Tag, enjin carian lebih mudah untuk mengindeks kandungan blog. Anda boleh membuat halaman sitemap secara keseluruhan (termasuk arkib dan halaman statik) dan boleh membuat pilihan semasa menetapkan tetapan untuk egen pencarian mengindeks blog. Ditambah dengan bantuan plugin tertentu anda dapati blog anda mudah mesra SEO

Plugin All In One Seo Pack amat membantu blogger wordpress mendapat carian mudah engine carian. Plugin All In One Seo Pack boleh di download di sini

2. Perbagai Plugin Menarik Boleh Dipasang di wordpress berbanding blogspot

Blogspot tiada boleh pasang plugin seperti wordpress. Terdapat perbagai plugin menarik untuk wordpress. Antara yang popular All in one seo pack, Nextgen Gallery, Google sitemaps, dan banyak lagi. Kini wordpress.org mempunyai 14,872 plugins yang anda boleh dapat secara percuma. Tetapi AWAS jangan pasang terlalu banyak plugin kerana akan melambatkan Loading Blog anda. Senarai plugin boleh dapat sini.

3. Pages dan widget lebih menarik di wordpress

Dengan mempunyai link yang agak mudah dan senang diingati contoh (http://cpintrass.com/about). Berbeza pula di Blogspot, dengan menggunakan link yang agak sukar untuk diingati dan mempunyai permalink yang agak kurang user-friendly contoh (http://domain.blogspot.com/p/about.html). Selain itu, WordPress dapat mencipta menu dengan mudah, dan boleh membuat drop-down navigation menu untuk setiap link atau kategori. Bagaimana pula di Blogspot. Anda perlu mencari dan menempatkan secara manual code/javascript sebelum boleh menggunakannya

4. Wordpress mempunyai kategori lengkap, berbanding fungsi level di blogspot yang lemah

Kategori wordpress akan di link dengan url post blog anda, Misalnya www.bloganda.com/kategori/tajukpost.html . Tajuk post begini hanya terdapat pada blog wordpress. Ini pemanent link yang mesra seo berbanding permanent link post blogspot yang kurang mesra search engine. Contoh link blogspot ialah http://teratakdbendang.blogspot.com/2011/06/panduan-kandungan-google-friendly.html , Tiada kategori di masuk dalam link blogspot, sebaliknya di ganti dengan angka tahun 2011/6. Ini tak mesra seo.

5. Wordpress mempunyai themes yang menarik dan mesra seo

Walaupun blogspot mengeluarkan design baru dalam themesnya namun ia agak terbatas, berbanding beribu-ribu themes menarik wordpress. Anda boleh dapat secara percuma themes wordpress di sini. 1,392 themes, 33 juta telah downloads themes wordpress. Ini menunjukan support untuk wordpress memang hebat.

6. Multi site dan sokongan cms

WordPress dianggap salah satu platform blogging yang terbaik untuk membuat sebuah blog yang mempunyai multi-author dan CMS (Content Management System). Dengan hanya memasang beberapa plugin, anda boleh menukar blog kepada CMS. Seperti yang dikatakan diatas, dengan sokongan plugin yang meluas, anda boleh menjadikan WordPress bukan sahaja blog, malah laman web yang mengikut cara anda sendiri.

7. Jadi Bos dengan kawalan 100% jika pasang wordpress pada domain sendiri

Anda akan nikmati 100% kebebasan jika pasang wordpress pada domain anda sendiri. Malah paling penting boleh jana pendapatan dari blog anda.

8. Anda boleh pasang kedai online serentak dengan blog anda jika guna wordpress

Jadi anda boleh jual dan blogging serentak. Caranya ialah aktiviti blogging boleh di buat dalam bahagian POST, manakala kedai online di buat pada PAGES. Wordpress mempunyai kelebihan istimewa ini berbanding blogspot kerana dapat memasang Plugin eshop for wordpress yang di reka khusus untuk blog wordpress. Nak pasang saya boleh pasang kedai online ini.

Jika nak mahir dalam blog dan nak belajar blogging sila ikuti panduan di bawah.


Jun 18, 2011

Panduan Kandungan Google Friendly


Google friendly
Berikut ialah garis panduan dan Tips untuk menulis Kandungan Google Friendly, Blog yang mesra google akan mudah di indek oleh robot google.

Satu Halaman / Satu Topik:  Ingat bahawa Google suka kandungan yang jelas dan mudah. Selagi anda termasuk kandungan yang relevan sangat kedudukan kata kunci, anda memberikan halaman anda peluang yang sangat baik untuk diindeks oleh Google

Termasuk teks dengan imej & video posts: algoritma carian Google tidak boleh 'membaca' gambar dan video, jadi dengan menambah teks anda membolehkan Google untuk 'membaca' blog anda. Teks ini juga harus menggabungkan penggunaan kata kunci yang sesuai dan relevan.

Kandungan Relevan: Google meletakkan nilai pada kandungan yang relevan, jadi hanya menggunakan kata kunci yang tepat tidak mencukupi. Kata kunci yang digunakan dalam laman web anda juga perlu sejajar dengan kandungan laman web ini menyediakan.

Keunikan: kandungan Unik berpeluang lebih baik menampilkan sangat pada Google yang bertentangan dengan salinan kandungan. Untuk memastikan laman web anda ciri-ciri yang sangat di Google, cuba untuk tidak menerima kandungan di blog yang telah diterbitkan di laman web anda yang lain.

Backlinks: Ini merujuk kepada pautan luar yang membawa kepada laman web anda. Mempunyai pautan balik dari laman web ternama selalu idea yang baik untuk membuat Google mesra laman web anda. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pemasaran artikel, pemasaran video, rangkaian sosial dan social bookmarking. Ketika datang ke pemasaran artikel, laman web yang mempunyai sangat di Google termasuk Ezinearticles, Hubpages, WordPress, dan Squidoo. Backlinks dari laman web video seperti YouTube juga akan menyebabkan indek ke blog anda bekerja dengan baik.

Kata kunci

Kata-kata memainkan peranan yang amat penting dalam ranking laman web anda. Ingat bahawa semakin tinggi kepadatan kata kunci, lebih baik laman web akan naik indek. Merata mengembangkan  kata kunci dalam laman web ini, sementara juga menggabungkan kata kunci utama dalam tajuk ini juga sesuatu yang kelihatan kepada Google dengan pilih kasih. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada penggunaan kata kunci, tidak berkompromi kandungan laman web itu untuk barang-barang halaman dengan frasa yang berkaitan.

Kandungan Selari dengan tajuk post

Google suka kandungan yang baru - yang lebih kerap anda mengemaskinikan kandungan anda dengan lebih baik. Ini termasuk aspek-aspek seperti posting blog biasa, posting podcast dan video menambah. Lebih banyak anda mengemas kini laman web anda, lebih banyak laman web anda akan dikemas kini oleh Google.
Dapatkan Bantuan Dari Google

Satu perkara yang hebat tentang cuba untuk membuat Google mesra laman web anda ialah anda sebenarnya boleh bertukar kepada Google untuk membantu. Google menyediakan semua pengguna yang berdaftar dengan alat garis panduan dan percuma untuk membantu mereka membangunkan kandungan mesra Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftar dengan Google (percuma), dan kemudian melalui bahagian 'webmaster  tools'.

Ciri-Ciri Blog Mesra Google Yahoo


Friendly SEO or Google
Blog yang mesra Google atau Yahoo atau friendly seo, mempunyai cirri-ciri berikut:

1. Blog dengan susunan kata kunci  yang jelas. Setiap halaman haruslah dapat dicapai paling sedikit dengan  satu link teks yang statik
2. Blog yang menawarkan sitemap kepada pengunjung dengan link  terus  kebahagian penting  dari blog tersebut, bila  sitemap terdapat lebih dari 100 link, sebaiknya  pisahkan sitemap ke halaman yang berbeza.
3. Blog yang penuh maklumat  yang berguna, padat dan dikehendaki pelawat google atau search engine lain mampu member kandungan yang lengkap web atau blog.
4. Buatlah keywords atau kata kunci yang selalu atau sering di cari-cari orang lain.
5. Perlu menggunakan teks kandungan, bukan gambar,jika ingin menampilkan nama,menerangkan kandungan atau link. Google dan yahoo tidak akan mengenali teks yang ada dalam gambar.
6. Pastikan judul tag dan kategori  yang digunakan benar-benar  sesuai dan melambangkan kandunagn  blog.
7. Selalu memeriksa kandungan, tag, code html yang salah. Jika salah akan melambatkan index blog anda.
8. Pastikan jumlah link di blog/ atau website  anda dalam jumlah yang  sesuai.

Anda boleh baca tajuk lain di bawah yang related dengan panduan blog.

Cara Jadi Usahawan Blog

Bagaimana Jadi Usahawan Blog
Blog kini menjadi medium utama dalam pemasaran di internet. Usahawan internet dan produk fizikal sudah mula menyedari kepentingan blog dalam pemasaran online. Usahawan blog mempunyai kaitan dengan pemilik blog itu dan bagaimana ia menjadikan blognya sebagai alat pemasaran.

Saya ingin takrifkan usahawan blog sebagai pengendali blog yang berjaya menarik ramai pelawat datang ke blognya membaca artikel yang bermutu dan berinfomasi. Ia berjaya menarik pelawat yang banyak kerana kemampuannya menulis, secara ilmiah, mampu menyediakan servis yang terbaik kepada pelawat blognya.

Blognya semestinya mempunyai Niche yang menarik, penuh artikel menarik, tajuk post yang mudah dicapai search engine, ciri-ciri seo yang menarik, katakunci yang kena dengan carian pengguna internet, serta themes yang kemas dan cepat loading. Usahawan bllog yang berjaya juga seorang yang rajin, kreatif dan mampu membina blog berkualiti.

Pendapatan Usahawan Blog

Semestinya iklan menjadi punca utama usahawan blog. Iklan boleh melalui adsense, Nuffnang, Iklan Syarikat, Iklan Affiliate, Iklan personal (produk sendiri). Usahawan blog juga tidak akan berjaya dalam sekelip mata, malah ia ambil masa serta perlu komitmen dalam penulisan dan membuat promosi blognya serta meningkat mutu blognya.

Bagaimana menjadi blog anda yang terbaik
  1. Faham dan tahu membina blog sendiri pada domain sendiri, dengan domain sendiri anda akan lebih berkalibar, ada imej, boleh pasang theme wordpress yang sangat power berbanding blogspot.
  2. Mempunyai basic dalam pemasaran internet
  3. Tahu memasang plugin yang mesra search engine
  4. Tahu selok belok kata kunci dan topik yang menarik perhatian
  5. Rajin membaca artikel di majalah, akhbar dan pandai membuat ulasan sendiri
  6. Mempunyai kreadibiliti dalam penulisan
Testimonial Usahawan Blog

amirul usahawan blogBaru-baru ini sahabat saya Amirul Hafiz telah hantar email mengajak saya JV promosi produk beliau, iaitu pakej usahawanblog. Amirul Hafiz ialah seorang usahawan internet dan telah menjadikan blog sebagai medium utama pemasaran produk dan pengiklanan.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam blog marketing, dan kini beliau telah berjaya menghasilkan panduan berdasarkan pengalaman sebenar beliau, tentang bagaimana membina blog yang boleh datang pendapatan.

Sebelum ini banyak penulis menghasilkan panduan blog, tetapi bagi saya PRODUK USAHAWAN BLOG , yang di hasilkan Amirul hafiz mempunyai nilai yang tinggi, bermutu dan menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Antara kandungan utama usahawanblog.com ialah, ebook panduan usahawan blog dan video panduan , serta bonus bonus paling menarik.

7 video teknik tarik traffik adalah seperti berikut:-

* Teknik tarik traffik – Backlink.
* Teknik tarik traffik – Blogwalking.
* Teknik tarik traffik – Facebook.
* Teknik tarik traffik – Forum.
* Teknik tarik traffik – SEO.
* Teknik tarik traffik – Twitter.
* Teknik tarik traffik – Youtube.

Saya ingin memberi bintang kepada produk ini, iaitu 4/5. Kerana ia lengkap dan mudah di fahami. Bahasa yang di gunakan sesuai dan selesa membacanya. Anda akan di ajar langkah demi langkah menjadi usahawan blog yang berjaya.

Maklumat Seterusnya


Jun 17, 2011

Tuntutan BERSIH Wajar Atau Tidak

  1. Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  2. Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  3. Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  4. Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  5. Tempoh kempen minimum 21 hari
  6. Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  7. Menghapuskan rasuah pilihan raya.

Bulan Madu Di Penjara

Kisah benar sepasang pengantin yang saya kenal, tapi saya rahsia identiti mereka kepada umum. Cerita ini mempunyai suka duka dan sedih, apabila kedua-dua di masuk ke penjara Pulau Pinang selepas berkahwin 5 hari.

Malam Tahun Baru

Malam tahun 2011 ada detik permulaan cerita ringkas ini, apabila pasangan kekasih ini di tangkap oleh pihak Jabatan Agama Pulau Pinang, kerana kesalahan berkhalwat di sabuah hotel di Bukit Mertajam. Mereka di bebaskan dengan jaminan lisan oleh keluarga masing. Pihak Jabatan memanggil keluarga kedua pihak lelaki dan perempuan pada Feb 2011 untuk tujuan pendakwaan

Dakwaan Di Mahkamah

Pada bulan April 2011  pasangan tadi ini di panggil oleh Mahkamah Syariah Bukit Mertajam untuk sebutan kes. Kedua mereka datang untuk bicara kali pertama. Kerana ketiadaan hakim, perbicaraan di tangguhkan.

Orang Cakap Kalau Nikah Denda Kurang

Selepas bulan Apeil 2011, pasangan remaja awal 20an, ini merancang untuk menikah. Hasrat mereka di restui keluarga kedua belah pihak. Namun di hati mereka nampak berat meneruskan hasrat tersebut kerana membuat secara tergesa-gesa sebelum perbicaraan kali ke 2, pada 15 Jun 2011.

Persiapan di buat ala kadar, dengan kursus kahwin, beli baju, dan buat sedikit jamuan di sebelah pihak perempuan. Pihak lelaki tak buat apa apa kenduri lagi. Sebelum nikah macam macam halangan berlaku. Kedua dua pasangan remaja ini mengurus sendiri, kursus kahwin, borang nikah dengan tok imam, serta ke pejabat agama Jitra. Perjalan mereka agak jauh kerana yang lelaki tinggal di Kulim, pasangan perempuan dok Sungai Petani. Berurusan di Jerlun dan Pejabat Agama Jitra.

Dua hari sebelum nikah berlaku kesilapan borang nikah, di mana pihak pejabat agama Jitra tersalah taip di bahagian Wali, Wali sebenar ialah adik lelaki seibu sebapa, tetapi mereka tulis bapa kandung. Bapa perempuan dah meninggal dunia, sejak remaja perempuan kecil lagi.

Siang esok adik kandung (18 Tahun) dan abang (lain ibu) pergi semula ke pejabat agama jitra dan membuat semula borang baru dan membetulkan semula kesalahan itu. Mereka selamat diijab kabul pada 11 Jun 2011 di Masjid Jerlun.

Pada hari yang sama pihak perempuan membuat sedikit kenduri kesyukuran dengan panggilan tetamu sekitar 200 orang. Pihak lelaki bawa perbagai hantaran, tetapi di pihak perempuan tiada hantaran di berikan. Hanya pihak perempuan menghadiahkan lauk kenduri kepada rombongan pengantin lelaki.

Bicara ke dua di Mahkamah Bukit Mertajam

Mak pengantin perempuan dok di Perlis, manakala pengantin lelaki di Kulim. Kenduri di Perlis pada 11 Jun 2011, hari sama menikah. Pada 13 Jun pasangan pengantin baru balik ke Kulim menaiki motosikal. Ini  kenderaan yang mampu mereka beli, kerana kerja mereka gaji tak besar. Lelaki tu kerja pengawal keselamatn dan perempuan kerja pembantu kedai.

15 Jun 2011 mereka hadzir di mahkamah. Mereka datang berdua tanpa di temani keluarga masing masing. Pada awalnya Hakim menetapkan denda RM3000 seorang,  tetapi sebab mereka dah nikah, denda di kurang kepada RM2500 seorang selepas rayuan tertuduh.

Rayuan mengurangkan lagi denda di tolak. Kedua mereka tadi sedih dan resah. Duit tak cukup di tangan. Ia lah mereka gaji kecil dan kerja banyak cuti. OT tak ada, belanja kenduri lagi, baju dan sebagainya. Tu pun pihak ayah tiri pengantin perempuan bantu, Sebelum itu pengantin perempuan ada minta bantuan kepada ayah tiri, tapi orang tua tu, mana ada duit banyak, kerja pesawah sahaja. Namun kesian kat anak tiri, orang tua ni bagi juga RM2000.

Pengantin perempuan telah guna duit 2000 untuk belanja dan tak cukup nak bayar denda, manakala pegantin lelaki jangan harap, duit langsung tak ada. Polis di Mahkamah kata pukul 12.00 tengahari mereka akan di bawa ke penjara Nibong Tebal jika tak dapat jelaskan denda sebanyak RM2500 seorang.

Di Ke penjara

Sepatutnya pengantin perempuan mampu bayar denda, tetapi ..... duit ayah tiri bagi 2000 dia guna kot lain, kemudian pihak lelaki pinjam duit dari perempuan  buat mas kahwin pula. Perempuan tadi tak ada apa lebihan. Sepatutnya lelaki tu bayar 2000 kepada pihak perempuan sebagai maskahwin, jadi pihak pengantin perempuan ada RM4000. Jadi pengantin perempuan sepatutnya mampu bayar denda RM2500. Nak pinjam saudara mara tak sempat nak urus, lagi pun budak budak ni buat pandai sendiri, saudara mara tak bincang. Mungkin mereka malu...

Semuanya hancur.. apabila . kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan di bawa naik Van Polis ke penjara.

Ketika cerita benar ini ditulis, masuk 2 malam 3 hari mereka berbulan madu di penjara Pulau Pinang.

Jun 14, 2011

Gambar Terbaru Salleh Yaacob

Ini gambar yang baru di terima, dari sahabat saya, mengenai aktiviti Salleh dan keluarga sempena lawatan ke China.


Comel orang sebelah




Salleh dengan anak anak











Jun 13, 2011

Hazama Juara AF9, Astro 2011

Juara AF9, HAZAMA, Tempat ke 2 LENA, Ke 3 FINA dan Ke 4 ialah AZRI. Hazama menerima RM200,000, Lena RM50,000 , Fina RM10,000 dan Azri menerima hadiah RM5,000. Mereka juga menerima hadiah tropi astro dan hadiah lain dari penaja.

Gambar Hazama










cerita lanjut klik sini

Jun 12, 2011

Sebab Melayu Singapura berhijrah

Antara faktor-faktor kenapa melayu singapura berhijrah keluar negara ialah, faktor ingin perubahan gaya hidup yang lebih selesa, Misalnya di Australia mereka menikmati lebih keselesaan, kurang tekanan, santai dan ramai rakan Melayu di Australia

Pendidikan di Australia yang dikatakan kurang tekanan juga antara faktor penting, kata Pengarah Urusan Graham-Nguyen & Associates Pte Ltd, Encik Andrew Graham.

'Mereka inginkan satu perubahan gaya hidup, baik dalam pertukaran kerjaya mahupun mutu kehidupan. Tapi harus diingat penghijrahan bukan sesuatu yang boleh dilakukan semua orang.

Kalau di Singapura mereka berkata keselesaan agak terbatas.

Presiden Persatuan Brisbane Melayu Singapura, Cik Rosemalina Abdul Ghani, 30 tahun, pula berkata bilangan Melayu Singapura yang berada di Brisbane meningkat sejak beliau tiba di sana tahun lalu.
'Semasa badan ini mula ditubuhkan, kami ada sekitar empat anggota saja, tapi kini jumlahnya meningkat sehingga 40 anggota,' ujar beliau, yang kini melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda dalam Sains Gunaan. Beliau menubuhkan persatuan itu Mac lalu 2009.

Bekas aktivis masyarakat Melayu Singapura, Encik Ramli Puteh, pula menganggarkan sekitar 300 keluarga Melayu atau 1,200 penduduk Melayu asal Singapura kini menetap di beberapa kejiranan di Melbourne, seperti Hampton Park, Wallan, Broadmeadows dan Werribee. Encik Ramli sedang mengikuti pengajian doktor falsafah di Universiti Teknologi Swinburne, Melbourne.

Presiden Persatuan Melayu Western Australia (MAWA), Encik Kamaruddin Abdul Rahman, 62 tahun, pula menganggarkan jumlah penduduk berbangsa Melayu dari rantau Nusantara di Perth sekitar 20,000 orang.

Kepimpinan singapura perlu melihat trend ini sebagai suatu yang perlu di ambil perhatian, agar penduduk asal singapura ini tidak pupus.

Yusri dan Lisa bercinta

Yusri Lisa Bercinta
Melodi Tv3 heboh satu dunia mengenai Yusri dan Lisa bercinta. Kalau bercinta bagus sangatlah. Sama cantik dan hemsem. Kita harap hubungan mereka kekal lama. Yusri dan Lisa semasa di interview masih malu malu menyatakan hal sebenar mereka , samada bercinta atau kawan. Tapi sejak akhir ini mereka semakin rapat, dan kita boleh katakan mereka kawan rapat.

Bercinta tu hanya mereka berdua yang tahu. Buat masa ini kita hanya boleh cakap mereka berkawan rapat, walaupun wartawan melodi TV3 cuba mengasak soalan panas tentang percintaan mereka.

Kita doa mereka bahagia, dan jangan jadi macam dulu antara Yusri dan Erra, riuh sedunia, tapi akhirnya ratusan ribu habis. Jodoh tak kekal dan Yusri dan Erra berpisah. Yusri yang sudah lama duda, eloklah kahwin, apa tunggu lagi, kerja dah ada, eloklah Yusri fikir masa depannya.

Apakah Hemofilia

Apakah Hemofilia

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Nabil Firdaus, 11, tetap bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah walaupun dilarang oleh ayahnya.  Nabil, yang suka beraksi sebagai penjaga gol, tidak dapat meninggalkan permainan itu kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap permainan nombor satu dunia itu.

Namun bagi bapanya pula, Mohd Nazri Abd Kadir, 47, larangan yang dikenakan kepada anaknya itu hanya kerana beliau khuatir yang permainan itu boleh membahayakan Nabil, yang menghidap sejenis penyakit yang jarang diketahui umum -hemofilia.

Hemofilia merujuk kepada penyakit darah warisan di mana pendarahan berlaku tanpa henti kerana kegagalan proses hemostatis (pembekuan darah). Risiko pendarahan ini berlaku dalam dua cara iaitu secara luaran melalui luka dan secara dalaman di sendi dan otot.

MENGENALI HEMOFILIA

"Ini adalah sejenis penyakit sepanjang hayat yang boleh mengancam nyawa dan buat masa sekarang tidak dapat dirawat," kata Presiden Pertubuhan Hemofilia (HSM) bagi Malaysia Datuk Dr Faraizah Datuk Abdul Karim.

Terdapat dua jenis Hemofilia, A dan B, dengan kebanyakan daripada penghidapnya ialah lelaki.

Jenis A ialah bentuk paling lazim dengan nisbah seorang penghidap dalam 5,000 lelaki manakala Jenis B jarang berlaku dengan nisbah satu penghidap dalam 30,000 lelaki.

Penyakit ini dikatakan berpunca kerana gangguan genetik yang diwarisi daripada ibu bapa yang menghidap hemofilia atau pembawa gen hemofilia tetapi penyakit ini juga diketahui berlaku akibat mutasi spontan sel.

Bagaimanapun, secara amnya kaum lelaki lebih cenderung menunjukkan simptom penyakit ini sementara kaum hawa pula menjadi pembawa gen hemofilia, kata Dr Faraizah yang juga Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara (PDN).

Setakat 2010, PDN mendaftar sejumlah 1,188 pesakit hemofilia dengan Nabil seorang daripada mereka.

HIDUP DENGAN HEMOFILIA

Walaupun hidup dengan penyakit itu, Nabil beruntung kerana dapat menjalani kehidupan yang agak normal lebih-lebih lagi apabila anggota keluarga banyak membantunya menguruskan penyakit itu.

Nazri berkongsi pengalaman dalam menguruskan anaknya itu dengan bersandarkan elemen utama iaitu memahami masalah itu, menerima hakikat sebenar dan bertindak.

Dalam mengetahui lebih lanjut akan penyakit itu, beliau mengambil usaha membaca lebih lanjut hingga ke tahap faham bagi membolehkannya menjelaskan pula kepada mereka yang lain.

"Adalah penting bagi ibu bapa untuk mengetahui lebih lanjut akan penyakit itu," katanya.

Penerimaan penyakit ini adalah sangat penting untuk meneruskan kehidupan dan ibu bapa perlu sentiasa berpandangan ke hadapan.

Akhir sekali, ibu bapa perlu muncul dengan pelan tindakan dengan meneliti rutin harian anak mereka dan pastikan segala aspek keselamatan di mana mungkin.

Contohnya, ibu bapa harus mengajar anak mereka yang menghidap hemofilia akan apa yang perlu dibuat jika berlaku pendarahan atau kecederaan.

"Dalam kes anak saya, apabila gusinya berdarah, beliau akan bergegas ke kantin untuk membeli ais dan gunakannya untuk menghentikan pendarahan," kata Nazri yang menambahkata jika ais itu gagal menghentikan pendarahan Nabil diminta memberitahu ahli keluarga di rumah dengan segera.

Selain itu, ibu bapa juga perlu setiap hari mengingatkan pihak yang berurusan dengan anak mereka seperti pengasuh, guru, pemandu bas dan mereka yang berkenaan.

Nazri menekankan bahawa guru yang mempunyai pelajar hemofilia perlu diberi kesedaran akan penyakit itu dan diajar apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kecederaan.

Juga melalui cara ini kanak-kanak dengan hemofilia tidak akan dipaksa mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah yang mungkin membahayakan diri mereka.

"Untuk menjelaskan perkara yang sama setiap kali guru bertukar mungkin bukan mudah, tetapi ia tetap perlu dilakukan," kata Nazri.

Berhubung dengan PDN dan HSM ia adalah satu lagi perkara berbaloi untuk dilakukan. Menurut Nazri, PDN telah menghulurkan bantuan dalam menyampaikan pengetahuan dan dalam melatih beliau untuk menyuntik Nabil dengan faktor pembekuan (CFC).

Hari ini terdapat dua jenis CFC di pasaran. Satu berasaskan kepada plasma, yang diperbuat daripada darah yang diderma dan yang satu lagi berasaskan kepada rekombinan yang dibuat menggunakan teknik kejuruteraan genetik.

CFC ini disuntik ke dalam saluran darah penghidap hemofilia hanya apabila perlu sahaja.

Baru-baru ini, Pfizer Malaysia mengumumkan CFC baru keluarannya Xyntha Antihemophilic Factor (Recombinant) bebas Plasma/Albumin bagi hemofilia Jenis A dan Benefix Coagulation Factor IX (Recombinant) bagi Jenis B.

JADIKAN HIDUP LEBIH BAIK

Apapun ramai penghidap hemofilia dapat menguruskan penyakit serta menikmati kehidupan dengan lebih baik.

Seorang lagi pesakit hemofilia, Dr Rosyidi Rejab, 30, berkata beliau juga tidak digalak bermain apa-apa permainan. Jadi beliau menggunakan masa terluang untuk belajar.

Hari ini beliau adalah seorang doktor, dan amat berterima kasih kepada ayahnya yang banyak menghulurkan bantuan dan berusaha menjaganya selama ini.

"Seperti Nabil, ayah saya juga, mengambil usaha untuk memaklumkan kepada guru saya akan penyakit saya dan mendapatkan kerjasama mereka untuk mengecualikan saya daripada mana-mana aktiviti berisiko," kata Rosyidi.

Nabil juga bercita-cita menjadi seorang doktor seperti Rosyidi pada satu hari nanti.

"Saya mahu membantu yang lain, khasnya mereka dengan masalah seperti saya," katanya.

-- BERNAMA

Cerita benar orang nak bunuh diri

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

Ikuti cerita tauladan yang perlu anda baca.......... !!

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada naknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikanrisalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

Bunuh diri hukumnya haram dan dosa besar
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!


Wassallam

Jun 10, 2011

Rahsia Baby 1 Tahun Membaca

Kajian menunjukkan bahawa masa yang paling sesuai untuk mengajar apa sahaja kepada kanak-kanak ialah semasa kanak-kanak berusia bawah 3 tahun. Ini selari dengan perkembangan kematangan otak kanak-kanak yang dikaitkan dengan perkembangan pembelajaran mereka.

Tahukah Perkembangan Otak Anak Anda
  1. 25% perkembangan kematangan berlaku sewaktu lahir
  2. 50% perkembangan kematangan berlaku sewaktu usia 6 bulan
  3. 85% perkembangan kematangan berlaku sewaktu usia 3 tahun
Semasa dilahirkan, bayi biasanya mempunyai 1,000,000,000,000 ( 1 trilion ) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam tempoh setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda.

Oleh sebab otak kanak-kanak berkembang pesat sewaktu usia 3 tahun ke bawah, sewajarnyalah kanak-kanak ini diberi pendedahan seawal mungkin kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu.

Pada peringkat awal usia merupakan masa yang paling mudah untuk mereka memahami sesuatu khususnya pelajaran. Kanak-kanak kuat dan cepat mengingati dan memahami sesuatu yang dipelajarinya. Sangat mudah mengajar membaca pada usia ini berbanding ketika mereka berusia 6 atau 7 tahun kerana kelebihan yang ada pada mereka. Jadi, ibu bapa perlu memberi sebanyak mungkin input untuk membantu mereka mengingati sesuatu yang mereka pelajari. Sudah tentu input yang diberikan akan membantu mereka memahami sesuatu.

Sebab itu saya ingin mencadang anda mendapat PANDUAN LENGKAP, MENGAPA MEMBACA AWAL ITU PENTING

  http://bit.ly/kVLMSm

SIAPA PENULIS EBOOK INI
Wan Sazimah Wan Yaacob atau dikenali dengan Mamahana ialah seorang penulis yang sangat berminat dengan pendidikan awal kanak-kanak khususnya yang berkaitan dengan kanak-kanak pintar cerdas . Selain pembacaan daripada buku-buku berkaitan, beliau juga pernah mengikuti kursus pendidikan awal kanakkanak anjuran Istitut NURY .



Pertama kali beliau menulis ebook di bawah bimbingan saudara Jamaluddin Bahari seorang penulis ebook dan IM yang sangat terkenal. Penulis ebook  Rahsia Baby Pandai Baca ini merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar, Perak. Beliau berkelulusan ijazah pendidikan dari UPM dengan major dalam bidang Pendidikan Jasmani. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan dan sangat berminat dalam penulisan ebook serta menjadikan penulisan sebagai hobi pada masa terluang.

Hasrat beliau ialah ingin melihat lebih ramai lagi anak-anak kecil diberi peluang untuk belajar semasa bayi lagi supaya mereka berpeluang mengoptimumkan kecerdasan mereka serta dapat meneroka alam yang luas ini. Adalah menjadi tanggungjawab semua ibu bapa menyediakan ruang dan peluang tersebut supaya semua anak-anak diberi hak untuk menikmatinya dan mendapat manfaat daripadanya.

Ulasan saya

Berdasarkan preview yang saya terima, dan saya telah membacanya ternyata Penulis ebook ini, seorang Ibu yang prihatin dan telah Berjaya mempraktikan ilmu kepada anaknya.
Penulis Berjaya berkongsi Pengalaman beliau, tentang kenapa Pembacaan Awal Sangat Sangat Penting Kepada Anak Anda, iaitu;
  1. Masa Paling Sesuai
  2. Mudah Mengajar
  3. Tambah Kefahaman
  4. Cepat Fahami Konsep
  5. Tambah Pengetahuan
  6. Atasi Masalah Pembelajaran
  7. Membantu Memahami Pembelajaran
  8. Komunikasai Baik
  9. Keyakinan Diri Tinggi
  10. Proses Pendidikan Berkualiti
  11. Menjana Kepintaran dan Kematangan
http://bit.ly/kVLMSm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...