Jun 17, 2011

Bulan Madu Di Penjara

Kisah benar sepasang pengantin yang saya kenal, tapi saya rahsia identiti mereka kepada umum. Cerita ini mempunyai suka duka dan sedih, apabila kedua-dua di masuk ke penjara Pulau Pinang selepas berkahwin 5 hari.

Malam Tahun Baru

Malam tahun 2011 ada detik permulaan cerita ringkas ini, apabila pasangan kekasih ini di tangkap oleh pihak Jabatan Agama Pulau Pinang, kerana kesalahan berkhalwat di sabuah hotel di Bukit Mertajam. Mereka di bebaskan dengan jaminan lisan oleh keluarga masing. Pihak Jabatan memanggil keluarga kedua pihak lelaki dan perempuan pada Feb 2011 untuk tujuan pendakwaan

Dakwaan Di Mahkamah

Pada bulan April 2011  pasangan tadi ini di panggil oleh Mahkamah Syariah Bukit Mertajam untuk sebutan kes. Kedua mereka datang untuk bicara kali pertama. Kerana ketiadaan hakim, perbicaraan di tangguhkan.

Orang Cakap Kalau Nikah Denda Kurang

Selepas bulan Apeil 2011, pasangan remaja awal 20an, ini merancang untuk menikah. Hasrat mereka di restui keluarga kedua belah pihak. Namun di hati mereka nampak berat meneruskan hasrat tersebut kerana membuat secara tergesa-gesa sebelum perbicaraan kali ke 2, pada 15 Jun 2011.

Persiapan di buat ala kadar, dengan kursus kahwin, beli baju, dan buat sedikit jamuan di sebelah pihak perempuan. Pihak lelaki tak buat apa apa kenduri lagi. Sebelum nikah macam macam halangan berlaku. Kedua dua pasangan remaja ini mengurus sendiri, kursus kahwin, borang nikah dengan tok imam, serta ke pejabat agama Jitra. Perjalan mereka agak jauh kerana yang lelaki tinggal di Kulim, pasangan perempuan dok Sungai Petani. Berurusan di Jerlun dan Pejabat Agama Jitra.

Dua hari sebelum nikah berlaku kesilapan borang nikah, di mana pihak pejabat agama Jitra tersalah taip di bahagian Wali, Wali sebenar ialah adik lelaki seibu sebapa, tetapi mereka tulis bapa kandung. Bapa perempuan dah meninggal dunia, sejak remaja perempuan kecil lagi.

Siang esok adik kandung (18 Tahun) dan abang (lain ibu) pergi semula ke pejabat agama jitra dan membuat semula borang baru dan membetulkan semula kesalahan itu. Mereka selamat diijab kabul pada 11 Jun 2011 di Masjid Jerlun.

Pada hari yang sama pihak perempuan membuat sedikit kenduri kesyukuran dengan panggilan tetamu sekitar 200 orang. Pihak lelaki bawa perbagai hantaran, tetapi di pihak perempuan tiada hantaran di berikan. Hanya pihak perempuan menghadiahkan lauk kenduri kepada rombongan pengantin lelaki.

Bicara ke dua di Mahkamah Bukit Mertajam

Mak pengantin perempuan dok di Perlis, manakala pengantin lelaki di Kulim. Kenduri di Perlis pada 11 Jun 2011, hari sama menikah. Pada 13 Jun pasangan pengantin baru balik ke Kulim menaiki motosikal. Ini  kenderaan yang mampu mereka beli, kerana kerja mereka gaji tak besar. Lelaki tu kerja pengawal keselamatn dan perempuan kerja pembantu kedai.

15 Jun 2011 mereka hadzir di mahkamah. Mereka datang berdua tanpa di temani keluarga masing masing. Pada awalnya Hakim menetapkan denda RM3000 seorang,  tetapi sebab mereka dah nikah, denda di kurang kepada RM2500 seorang selepas rayuan tertuduh.

Rayuan mengurangkan lagi denda di tolak. Kedua mereka tadi sedih dan resah. Duit tak cukup di tangan. Ia lah mereka gaji kecil dan kerja banyak cuti. OT tak ada, belanja kenduri lagi, baju dan sebagainya. Tu pun pihak ayah tiri pengantin perempuan bantu, Sebelum itu pengantin perempuan ada minta bantuan kepada ayah tiri, tapi orang tua tu, mana ada duit banyak, kerja pesawah sahaja. Namun kesian kat anak tiri, orang tua ni bagi juga RM2000.

Pengantin perempuan telah guna duit 2000 untuk belanja dan tak cukup nak bayar denda, manakala pegantin lelaki jangan harap, duit langsung tak ada. Polis di Mahkamah kata pukul 12.00 tengahari mereka akan di bawa ke penjara Nibong Tebal jika tak dapat jelaskan denda sebanyak RM2500 seorang.

Di Ke penjara

Sepatutnya pengantin perempuan mampu bayar denda, tetapi ..... duit ayah tiri bagi 2000 dia guna kot lain, kemudian pihak lelaki pinjam duit dari perempuan  buat mas kahwin pula. Perempuan tadi tak ada apa lebihan. Sepatutnya lelaki tu bayar 2000 kepada pihak perempuan sebagai maskahwin, jadi pihak pengantin perempuan ada RM4000. Jadi pengantin perempuan sepatutnya mampu bayar denda RM2500. Nak pinjam saudara mara tak sempat nak urus, lagi pun budak budak ni buat pandai sendiri, saudara mara tak bincang. Mungkin mereka malu...

Semuanya hancur.. apabila . kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan di bawa naik Van Polis ke penjara.

Ketika cerita benar ini ditulis, masuk 2 malam 3 hari mereka berbulan madu di penjara Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...