Malas ialah suatu sikap manusia, Rajin ialah sikap manusia , keduanya ialah sifat manusia semulajadi.
Malas… bagaimana hendak membenterasnya? Untuk mengetahui cara membenteras penyakit malas, kita perlu faham, mana datangnya sifat “malas” ini.
Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita
(zon selesa/comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan
rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang- setiap kali
kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psychology akan menarikkan
kita kembali ke zon selesa.
Berita baiknya adalah, zon selesa manusia berubah-ubah. Apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa tersebut secara sedikit-demi sedikit dan pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda rajin membaca buku 30 minit sehari
sahaja. Lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda
perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan…
mungkin baca selama 45 minit. Sehingga suatu masa nanti, zon selesa anda
akan berada pada tahap 45 minit. Apabila ingin membaca lebih dari itu,
terasa malas (luar dari zon selesa baru). Apa yang anda perlu lakukan
adalah ulangi langkah sehingga anda mencipta zon selesa baru
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.