Antara faktor-faktor kenapa melayu singapura berhijrah keluar negara ialah, faktor ingin perubahan gaya hidup yang lebih selesa, Misalnya di Australia mereka menikmati lebih keselesaan, kurang tekanan, santai dan ramai rakan Melayu di Australia
Pendidikan di Australia yang dikatakan kurang tekanan juga antara faktor penting, kata Pengarah Urusan Graham-Nguyen & Associates Pte Ltd, Encik Andrew Graham.
'Mereka inginkan satu perubahan gaya hidup, baik dalam pertukaran kerjaya mahupun mutu kehidupan. Tapi harus diingat penghijrahan bukan sesuatu yang boleh dilakukan semua orang.
Kalau di Singapura mereka berkata keselesaan agak terbatas.
Presiden Persatuan Brisbane Melayu Singapura, Cik Rosemalina Abdul Ghani, 30 tahun, pula berkata bilangan Melayu Singapura yang berada di Brisbane meningkat sejak beliau tiba di sana tahun lalu.
'Semasa badan ini mula ditubuhkan, kami ada sekitar empat anggota saja, tapi kini jumlahnya meningkat sehingga 40 anggota,' ujar beliau, yang kini melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda dalam Sains Gunaan. Beliau menubuhkan persatuan itu Mac lalu 2009.
Bekas aktivis masyarakat Melayu Singapura, Encik Ramli Puteh, pula menganggarkan sekitar 300 keluarga Melayu atau 1,200 penduduk Melayu asal Singapura kini menetap di beberapa kejiranan di Melbourne, seperti Hampton Park, Wallan, Broadmeadows dan Werribee. Encik Ramli sedang mengikuti pengajian doktor falsafah di Universiti Teknologi Swinburne, Melbourne.
Presiden Persatuan Melayu Western Australia (MAWA), Encik Kamaruddin Abdul Rahman, 62 tahun, pula menganggarkan jumlah penduduk berbangsa Melayu dari rantau Nusantara di Perth sekitar 20,000 orang.
Kepimpinan singapura perlu melihat trend ini sebagai suatu yang perlu di ambil perhatian, agar penduduk asal singapura ini tidak pupus.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.