Jun 7, 2011

TV ALHidayah Di Astro 114

TV AlHijrah di Astro 114
Tahniah kepada pegawai dan kakitangan TV Alhidayah yang berjaya mengendali rancangan TV yang bermutu, semoga prestasi ini dapat di tingkatkan. Anda juga boleh lihat rancangan TV ini di Astro 114, tak perlu tambah bayaran dan ianya percuma.

Rancangan Cukup menarik dan berbeza: dengan pendekatan wajah wajah Islam.

  1. Internasional Talk Show
  2. Rancangan Bual Bicara
  3. Dokumentari
  4. Drama
  5. Santapan Rohani
  6. Aulad Zon
  7. Majallah
  8. Filem
  9. Hiburan

Dengan pendekatan WAJAH WAJAH ISLAM kesemua rancangannya kearah mengajak penonton memahami apakah itu Islam.


Anda boleh tonton melalui saluran Astro 114 atau

Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah:

Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Kuantan,Pahang CH 22 479.25
Mersing,Johor CH 40 623.25
Kuching,Sarawak CH 37 599.25
Kota Kinabalu,Sabah CH 37 599.25

























TV ALHHIJRAH diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Tujuan Penubuhan TV AlHijrah

  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam. 
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”. 
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja. 
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara. 
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam. 
Semoga info ini memberi manafaat pada anda.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...