Solat Tahajud, sembahyang sunat tahajud, apakah kelebihan dan fazilat sunat ini, sila baca.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Israa' Ayat 79:
"Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang
tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
Firman Allah ini merupakan salah satu dasar disyariatkannya
solat Tahajud. Dengan begitu, solat Tahajud amat digalakkan dalam Islam.
Bahkan, solat Tahajud menduduki posisi kedua setelah solat wajib.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW;
"Solat yang manakah yang paling utama setelah solat wajib? "
Rasulullah SAW menjawab;
"Solat Tahajud! "
Erti Tahujud?
Tahajud
sendiri ertinya bangun dari tidur. Dengan demikian, solat Tahajud
adalah solat yang dikerjakan di malam hari dan dilaksanakan setelah
tidur terlebih dahulu, walaupun tidurnya hanya sebentar. Solat Tahajud
yang dilakukan di tengah malam, di mana kebanyakan manusia terlelap
dalam tidurnya dan berbagai aktiviti kehidupan berhenti, serta suasana
begitu hening, sunyi, tenang dan ianya akan menunjang konsentrasi
seseorang yang akan mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Di
samping keadaan luaran ini, juga terdapat keadaan dalaman, iaitu sebuah
perasaan ketenangan batin yang dirasakan manusia yang melakukan solat
Tahajud.
Ketenangan dan ketenteraman yang diperolehi oleh
seseorang yang melakukan solat Tahajud memiliki nilai spiritual yang
sangat tinggi. Sebab, dalam solat Tahajud terdapat dimensi zikrullah
(mengingat Allah).
Ini sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rad ayat 28:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah".
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. "
Sehingga,
dalam perkara ini terdapat rumusan hukum imbasan atau sebab akibat.
Yakni, bila kita ingin mendapatkan rasa tenang dan tenteram, maka
berdekat-dekatlah kepada Dia Yang Maha Tenang dan Maha Tenteram, agar
sifat-sifat itu mengimbas kepada kita.
Tahajud - petunjuk untuk menyelesaikan masalah!
Solat
Tahajud yang dikerjakan dengan ikhlas akan mampu mengurangi beban
kejiwaan yang sedang menyelimuti seseorang. Allah SWT berfirman dalam
Surah Al-Muzzammil ayat 1 dan 2:
" Wahai orang yang berselimut!.
Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa
yang tak dapat tidak untuk berehat".
Kata berselimut dalam ayat
di atas secara kontekstual dapat diertikan dengan orang yang sedang
dirundung masalah, kegelisahan, kecemasan, kekhuatiran, atau ketakutan
kerana menghadapi berbagai kemungkinan yang menimpanya. Sebab; ayat tadi
turun setelah Rasulullah SAW mulai mendapat ejekan dan ancaman dari
kaum Quraisy.
Solat Tahajud merupakan keperluan dalam menghadapi atau menyelesaikan masalah kehidupan. Rasulullah SAW bersabda;
"Kalian
harus mengerjakan solat malam, sebab itu kebiasaan orang-orang soleh
sebelummu, jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, penebus dosa dan
keburukan, serta penangkal penyakit dari badan."
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.