Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Jun 2, 2011

KELEBIHAN AL-FATIHAH

Banyak kelebihan dan rahsia al-fatihah, AL-FATIHAH adalah surah pertama yang diturunkan dengan lengkap tujuh ayat sekali gus kepada Rasulullah. Ia dinamakan 'Ummul Quran" yang bermaksud induk al-Quran atau "Ummul Kitab" yang bermaksud induk kitab. Ini kerana ia adalah induk atau ibu bagi semua isi al-Quran serta menjadi inti sari daripada kandungan al-Quran. Oleh itu, surah ini wajib dibaca dalam solat.

Al-Fatihah bermakna pembukaan, sesuai dengan kedudukannya sebagai surah pertama dalam al-Quran. Al-Fatihah termasuk dalam golongan ayat Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah.

Surah al-Fatihah dimulakan dengan kalimah 'Bismillah' yang bermaksud dengan nama Allah. Sabda Rasulullah, maksudnya: 






1:1

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


1:2

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


1:3

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


1:4

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


1:5

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


1:6

Tunjukilah kami jalan yang lurus.


1:7

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


"Setiap sesuatu kebaikan yang dimulai dengan Bismillah akan mendatangkan berkat. Manakala lafaz 'Allah' pula adalah nama zat Yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, tidak memerlukan makhluknya tetapi makhluk yang berhajat kepada-Nya."

Dalam ayat pertama Surah Al-Fatihah juga ada kalimah 'Ar Rahman' yang bermaksud Maha Pemurah. Ar Rahman adalah salah satu daripada nama Allah yang memberi pengertian bahawa Allah itu adalah tuhan Yang Amat Pemurah yang melimpahkan kurnia kepada setiap makhluk-Nya.

Kalimah Ar Rahim pula bermaksud Maha Penyayang atau Maha Pengasih, memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat rahmat (kasih sayang) yang menyebabkan Allah selalu melimpahkan rahmat kepada makhluk-Nya.

Mengikut sesetengah ahli tafsir, Ar Rahman dan Ar Rahim adalah daripada kalimah yang sama ertinya itu 'rahmah' yang bermakna kasih sayang atau kasihan. Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa Ar Rahman maknanya Allah mengasihi seluruh hamba-Nya baik mukmin atau kafir. Lalu dikurniakan
kepada mereka rezeki dan nikmat di dunia ini, sekiranya mereka berusaha. Ar Rahim' pula hanya untuk orang mukmin di mana kasih Allah kepada mereka mengatasi yang lain, malah untuk mereka nikmat yang bukan saja di dunia malah berpanjangan di akhir. 


Menurut Syeikh Mohammad Abduh Dum, Ar Rahman bermakna pemberi Rahmat,
manakala Ar Rahim bermakna pemilik Rahmat.

Surah al-Fatihah mempunyai banyak kelebihannya. Di antara hadis yang memperkatakan kelebihannya ialah:-

  1. * "Surah Al-Fatihah adalah UBAT PENAWAR daripada segala penyakit dan penawar daripada racun."
  2. * "Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan
  3. "amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."
  4. * "Barang siapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya dia memperoleh ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah."
  5. * "Sesiapa yang membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta mendapat banyak kebajikan di rumahnya."
  6. Suatu ketika Rasulullah berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah jalan di kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda, maksudnya: "Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."

Sekian

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

10 aneka resepi putu piring 2012 As End of The World AES Afdlin Shauki Afdlin Shauki gaza aff zuzuki cup 2012 Aflin Sauki Ke Plastine agama agen kereta pandu sendiri langkawi agro ajaib jam Akta Perhimpunan Aman 2012 Alam Sekitar alamat poslaju selangor ambiga AMK putar belit isu AES anak menanggis anggur tasik beris Anticlockwise Watch antique cars photo anwar APAKAH AES apakah jam tawaf apakah perhimpunan aman Artis atasi batu karang ayat rahsia dalam quran ayat tengah dalam quran BAJU MUSLIMAH BAJU TUP AURAT BAJU WANITA ISLAM Bankrapkan syarikat Kamera AES barang lama antik di Rope Work beli insuran di pekan canglon beli insuran kereta ke thailand di padang besar BENAR atau PALSU video Saiful bersumpah laknat di Multazam Berita Berita Sukan bersih 3 Bersih 3 gagal bisnes Blog BN bola aff suzuki cup buku CALON SAH PRU 13 cara hidup rasulullah Cara memutih gigi Cara Mudah Buat Sitemap Blogspot cara pasang radio fm Celcom Branch Celcom center cikgu non kata pas zalim Dajjal dewan bahas isu seks dirang DJ ED DJ KEDAH DJ TEMPAT KENDURI doa Pas Doa umno hancur boleh tak Dunia Ekonomi email palsu fatwa esq fatwa perlis Final FA folio FUNGSI AES fungsi jam tawaf gambar kereta gambar lucu gempa bumi sumatera apr 212 Hadis Halal HARGA BAJU Harga Dan Gambar Kereta Klasik harga kereta harga kereta sewa murah langkawi hati quran HEALTHY SKINCARE hudud pas hukum doa pada umno ikan kereta di mudah ikan patin tempoyak iklan INGATAN KUAT insuran ke thailand insuran kereta ke thailand Islam ISU AES isu bangla mengundi isu lynas jalan berhantu Jam jarum pusingan Tawaf jam ke kanan jam kekanan jam tawaf jam unik anti clockwise JAM WANITA ANTICLOCK WISE jarum jam ikut tawaf Jawapan Ulama UMNO jenis kkereta jpj jawap isu aes jual kereta jus buahan sunnah jus sihatsunnah jus sunnah kelebihan jam rawaf kelebihan selawat atas nabi muhammad kelebihan surah al kahfi KENAPA AES kenapa umno dan bukan pas Kereta kereta Antik kereta elektrik kereta ev kereta sewa murah langkawi Kesihatan khasiat makanan sunnah KL 28 apr 2012 Kod Radio FM Ladang anggur malaysia Lelaki Dan Perempuan LOKASI AES Lorong Kulit Penang Makanan malaysia indonesia masak tempoyak temerloh MASALAG TANAMAN PADI MATLAMAT AES mee bandung odeon batu pahat melancong ke thailand Misteri mudah jual beli kereta Muqadam bergambar Mutu Broadband Perlis Najib Razak Nasa NASHARUDIN MAT ISA new-sony-google-tv-review-2012 niaga masa lapang no tel poslaju Nurul Izzah Perlu Taubat Ustaz Nasharudin Olive Delima orang silat banyak guna ayat ini Osama TIDAK MATI Panduan Internet pas pas 2013 pas doa hancur umno pas tandatangan tak mahu hudud PASAR MALAM PASAR TANI Pasar Terapung Klong Hae Market pelacuran Pelancongan pembangkang politikan AES pengalaman ke hatyai pengamal rawatan islam penguna broadband pengundi hantu 5 mei PENIPUAN INTERNET PENIPUAN MELALUI EMAIL PENIPUAN ONLINE Penjelasan Hj Hadi Doa Hapus UMNO PERANAN AES peraturan kastam thailand perawat islam Perlis persatuan penguna sokong AES petua petua batu karang polis tangkap suspek hina agong Politik poslaju poslaju negeri produk islam proton ev proton preve PRU13 punca batu karang putu piring atau putu bambu RAHSIA BISNES PUTU rahsia pas tak mahu huded Raja Petra Kamarudin Rangking Alexa Rawatan Islam rempah mee bandung review digi broadband review maxis broadband rezeki ribut solar Rokok Haram Rozita Che Wan Berkahwin Dengan Dato K RUMAH rumah kayu malaysia samsung SB dedah penipuan pilihanraya Sejarah Seks seks bebas Seksyen 233 Akta Komunikasi senarai pulsat rawatan islam SEO servis broadband maxis digi SET TILAM KEKABU BABY ASLI sex sexualiti merdeka Shopping And Travel Siapa hina agong 2013 sihat sunnah SihatSunnah SIPUT GONDANG sitemap blogspot sitemap untuk blogger SPR PRU13 surah al kahfi 18/19 suspek hina agong ditangkap syarat akta perhimpunan aman syarat bawa kenderaan ke hatyai syarat bawa kereta ke thai Tahun Melawat Malaysia 2014 Tawaf Movement teknik buat sitemap Teknologi Telephone Thailand TILAM BAYI KEKABU Tip dan Panduan tipu melalui email Tokoh toyota ev TSHIRT MUSLIMAH ustaz kazim Video wajah suspek hina agong wallpapers Wanita Website Speed Test yahoo Answers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...