Niat solat atau sembahyang mengikut Nabi Muhammad s.a.w. Amalan yang perlu di ikuti umat Islam hari ini . Bagaimana?
Assalamualaikum,
Sedikit perkongsian ilmu dari sahabat yang mengikuti kuliah Ustd Maszlee Malik pada setiap hari Ahad minggu ke 2 di Dewan Masjid UIA PJ.
HIGHLIGHT ON KULIAH HADITH UST MASZLEE:
Hendak highlight berkenaan soalan yang ditanyakan seorang ukhti kepada Ustaz Maszlee baru-baru ketika membincangkan masalah niat dlm ibadah solat.
Soalan ukhti: "Ustaz,lafaz niat "usolli fardhu....." sebelum solat tiada contoh dari Nabi kan? Apakah ia menjadi bid'ah jika seseorang itu menyebutnya dlm solat?
Jawapan Ustaz Maszlee: Jika dia beriktiqad bahawa melafazkan niat usolli itu wajib dan jika tidak melakukannya solat tidak sah, maka ia menjadi bid'ah. Tetapi jika dia tidak mengetahui (bahawa ianya salah dan tiada pengetahuan sampai padanya bahawa ianya salah) maka tidak masalah, tetapi yang lebih baik (dan mulia untuk) di ikuti ialah sebagaimana sunnah Nabi dgn tidak menyebutkan usolli tetapi hanya bertakbir..
=======================================
Apa itu niat?
Dalam Kitab Fiqh Sunnah, Al-A'Lamah Sayyid Sabiq r.h menyebutkan kata Ibn Qayyim r.h ketika menerangkan tentang erti niat:
"Niat ertinya menyengaja dan bermaksud sungguh-sungguh utk melakukan sesuatu. Dan tempatnya di dalam hati,dan tidak ada sangkut paut sama sekali dengan lisan.."
Begitu juga kata Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani r.h (bermazhab syafie) dlm fathul baari, syarah shahih bukhari tentang niat
"Imam Nawawi (bermazhab syafie) mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yg ada dlm hati. Tetapi Syaikh Al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati adalah melebihi maksud. Baidhawi berkata: niat adalah dorongan hati utk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, sedangkan syariat adalah sesuatu yg membawa kepada perbuatan2 yg diredhai Allah dan mengamalkan segala perintahNya"
Kesimpulannya ikhwah akhuwat, niat adalah setiap amal seorang mukmin yg terbit dari kehendak, azam,cita-cita dan gerak hatinya yg disedari dan tidak dipaksa.
Apakah kata Imam As-Syafie r.h tentang cara memulakan solat?
Dalam Kitab Al-Umm Imam Syafie r.h menyebutkan "Siapa yg pandai membaca takbir, nescaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dgn takbir itu sendiri dan takbirnya ialah Allah hu akbar".
Dalam Kitab "Qaulu Mubin Fi Ak'tha Al-Musollin", Syaikh Ubaidah Masyur munukilkan kata2 Imam As-Syafie r.h berkenaan orang was-was dalam niat "Was-was dlm berniat semasa solat atau bersuci berpunca dari kejahilan atau kerosakan akal".
Dari manakah datangnya lafaz niat usolli ini?
Pendapat bahawa As-Syafie r.h telah mewajibkan melafaz niat sebelum solat berpunca dari kekeliruan Abu Abdullah Al-Zubairi r.h dlm memahami kata-kata As-Syafie yg berbunyi "jika kamu berniat utk haji dan umrah dianggap memadai sekalipun tidak dilafazkan, tidak seperti solat, tidak dianggap sah kecuali dgn Al-Nuthq". Bagi al-
Zubairi perkataan Al-Nuthq disini dianggap bermaksud melafazkan
niat. Namun begitu maksud Al-Nuthq yg sebenar adalah takbiratul ihram iaitu solat itu dimulakan dgn melafazkan takbir,iaitu hanya Allah hu kbar. Syaikh Ubaidah Masyur manaqalkan kata2 Imam Syaraf An-Nawawi r.h dalam kitabnya "Qaulu mubin fi ak'tha al-musollin" ketika mengomentari akan kekeliruan ini.
Berkata Imam Nawawi r.h "berkata para sahabat kami: "telah berlaku kekeliruan oleh org yang menyatakannya, kerana bukan itu
yang dimaksudkan oleh al-Syafie dengan kata al-Nuthq di dalam solat. Akan tetapi yang dimaksudkan dgn al-Nuthq oleh beliau (imam syafie) adalah takbir (iaitu Allah hu akbar)"
Syaikh Nasiruddin al-Albani r.h dlm kitab sifat solat Nabi SAW,menukilkan kata-kata Imam Nawawi dlm Raudhatuth Thalibin:
"Niat ertinya mengengaja. Orang yang solat, dalam hatinya hendaklah mengengaja solat apa yg akan dilakukannya,seperti solat zhuhur, solat fardhu, dan lain-lainnya. Niat ini dilakukan bersamaan dgn takbiratul ihram".
Oleh itu, yang sebenarnya telah berlaku kekeliruan sesetengah pihak terhadap kata al-Nuthq oleh As-Syafie, sebenarnya apa yg dimaksudkan beliau ialah takbiratul ihram (iaitu Allah hu akbar) ketika memulakan solat seperti mana yg telah dijelaskan oleh Imam Nawawi r.h sendiri (seorang tokoh dlm mazhab syafie)
Apakah komentar Ulama Salaf dlm hal ini?
Ibn Abi al-I'zz r.h berkata "tidak ada seorang ulama' pun dari imam yg empat,tidak al-Syafie mahupun yg lainnya yg mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat itu tempatnya di dalam hati. Hanya saja sebahagian ulama' kebelakangan
mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam solat. Dan pendapat ini
digolongkan sebagai mazhab Syafie. An-Nawawi r.h berkata (dlm membangkang akan hal ini) : "itu tidak benar"
Ibn Qayyim al-jauzi r.h (antara murid terbaik syaikhul islam Ibn Taimiyyah r.h) berkata dlm kitabnya Zaadul Ma'ad:
"Jika Rasulallah SAW berdiri untuk solat, maka beliau mengucapkan takbir, tanpa mengucapkan apa pun sebelumnya, tidak melafazkan niat dan tidak seorang pun di antara sahabat, tabi'in dan imam yang empat pernah melakukannya. Kebiasaan beliau SAW saat takbiratul ihram adalah melafazkan "Allah hu akbar" tanpa ucapan lain."
Berkata Syaikh Muhammad bin Shalih Uthaimin dallm buku "Sifat solat Nabi SAW dan zikr-zikr pilihan" apabila menerangkan perihal niat dlm solat:
Niat: iaitu mengengaja untuk solat menghambakan diri kpd Allah SWT semata, serta menguatkannya dalam hati sekaligus. Dan tidaklah disebutkan dari Nabi SAW dan tidak pula dari salah seorang sahabatnya bahawa niat itu dilafazkan atau mengucapkan "usolli fardhu..rak'ah Lillahi Ta'ala" atupun ucapan sejenisnya.
Ibnu al-Jawzi r.h dlm Talbis Iblis menyatakan
"Di antara kesan negative mengeraskan lafaz niat adalah mengganggu org lain. Ada di antara mereka yg embaca "usolli shalata..., kemudian dia akan mengulang lafaz itu kerana pada sangkaannya niat tersebut telah batal. Padahal niat itu sendiri tidak
pernah batal sekalipun tidak diucapkan, diantara mereka ada yang
bertakbir, kemudian membatalkan takbirnya, lalu bertakbir lagi dan
membatalkan takbirnya. Jika imam sudah nak mulai rukuk, org yang was-was ini akan segera bertakbir dan ikut rukuk. Apa sebenarnya yg diperbuat olehnya? Itu semua adalah godaan iblis yang menghendaki dia tidak mendapatkan keutamaan (mengikut rak'at pertama bersama imam). Ada juga diantara orang yg diserang penyakit was-was bersumpah tidak bertakbir hanya sekali. Ini semua sebenarnya godaan iblis, syariat
Islam sesungguhnya mudah dan bebas dari hal-hal seumpama itu. Perbuatan ini tidak pernah dikerjakan oleh Nabi SAW mahupun sahabatnya.."
======================================
Kesimpulannya ikhwah akhuwat, yang menjadi amalan sunnah baginda Nabi SAW dan para salaf ketika memulakan solat hanyalah bertakbir Allah hu akbar dan niat dilakukan dalam hati, tidak
dilafazkan dengan lidah.
Begitu juga sunnah dlm berwudhu' baginda memulakan wudhu dengan doa "Bismillah"-dgn nama Allah aku berwudhu'- (rujuk Hisnul Muslim, hal no. 12).
Moga Allah SWT mempermudahkan kita dalam semua ibadah dan menghindari kita dari segala sifat was-was ini.
Amiin...
WaLlahu a'lam
Dr. Fathi Ali @ Abu Ismail
14 Feb 2006
=======================================
Rujukan:
1)Mohd Yaakub bin Mohd Yunus,Beberapa persoalan lazim tentang solat, Jahabersa
2)Sayyid Sabiq,fiqh sunnah, jld 1,bab fardhu-fardhu solat, sub topic: niat
3)Syaikh Abu Ubaidah Masyur, Qaulu mubin fi ak'tha al musollin, fasal beberapa kesalahan perilaku di dlm solat
4)Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani ,sifat solat Nabi SAW, bab 1:persiapan solat,sub topic: niat
5)Syaikh Muhammad bin Shalih Uthaimin, Syaikh Abdul Aziz bin Baaz, sifat solat Nabi SAW dan zikr-zikr pilihan,
pustaka al-Kautsar
6)Said Ali Wahf al-Qahtani,Hisnul Muslim-zikr & doa dari al-kitab dan as-sunnah-
5)My fresh memory on kuliah Riyadushaliheen, ust Maszlee baru-
baru ini di UIA pj
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.