Feb 7, 2012

Pengalaman Pertama Masuk Hat Yai Thailand

Pengalaman kali pertama masuk tahiland, hat yai, songhla
Pintu masuk bukit ke Thailand, Bukit  kayu hitam, dihadapan cop passport malaysia dan Thailand
Pengalaman kali pertama masuk thailand dengan kereta sendiri, adalah topik yang saya ingin kongsi dengan saudara saudari semua hari ini. Bertolak 4 Feb 2012 dari Perlis ke Bukit kayu hitam jam 8.30 pagi. Sampai di Bukit Kayu Hitam jam 9.15 pagi. Kami pi dengan kereta sendiri sebanyak 3 buah buah. Cadang nak ke Hat yai dan Songhla. sebelum nak masuk siap dulu border pass - lihat syarat pass sempadan malaysia thailand

Membeli Insuran di Cangloon Kedah

Kami bawa kereta sendiri, jadi kena beli insuran thailand, kami ambil 9 hari dengan harga RM15.00. Nak pi 2 hari sahaja. Geran Original kami bawa sekali, cuma semasa beli insuran bagi yang photostat sahaja.Agen insuran ada kat travel atau kat duty free. mereka akan pasang papan tanda jual insuran, salah satunya  Naluri Aman Duty Free, kat sini ada agen jual insuran kereta ke thailand

Sampai di Bukit Kayu Hitam

Bila memasuki Border Thailand, kami pi cari parking, 3 orang di tugaskan cop pas sempadan. (Pas Sempadan untuk negeri yang sempadan dengan Thailand sahaja). Waktu cuti sabtu dan hari cuti lain memang ramai masuk Thailand. Hari kami masuk, hampir 80 buah bas beratur di pintu masuk sempadan. Kereta sendiri memang banyaklah. Imigresen thailand di serbu rakyat Malysia. Penuh sesak. hampir 2 jam kami menunggu.

Lepas Cop Border Pass, kami pi lapor kenderaan di Kastam Thailand, bawa geran kereta dan insuran Thailand yang di beli tadi. Puak kastam siam, biasa mereka minta duit kopi antara 10 baht dan 20 baht (kira-kira RM1.00 dan RM2.00 duit kita). Hari cuti memang sesak pintu sempadan

Denda RM200 oleh Kastam Thailand

Ni padahnya bila beli kereta 2nd. Kita tak tahu rekod kereta kita oleh pembeli awal atau tuan awal kereta itu. Nak jadi cerita sepupu saya yang dok KL, balik dan join kami sekali ke Hat Yai pada hari tu. Kereta dia kena tahan oleh kastam siam, bila pemilik awal tak lapur bila keluar dari Thailand. Jadi bila kami masuk semula kereta kena tahan. Puak kastam kata kena kena bayar RM200. kalau tidak, tak boleh masuk.

Dalam surat kastam siam memang ada cop merah, sila lapor atau serak surat kastam bila nak keluar dari thailand. Tuan kereta kena sign dalam buku rekod kastam. Jadi bila nak bawa kereta sendiri tuan kereta sepatutnya pergi.

HP tiada line bila di Thailand

Maxis ke Celcom ka, semua tiada line. Jadi kami terpaksa guna prepaid thailand, no bermula 075 xxxxxxx . mengikut lokasi. saya lupa aktif perayauan antarabangsa untuk maxis.

Dalam perjalanan ke Hatyai
Pukul 11.30 pagi baru bertolak ke Hatyai, Jalan 2 lorong kiri dan kanan, kira selesa, kiri kanan suasana macam di kedah dan perlis, Penunggang motorsikal mereka pakai topi kaledar, pembonceng tak pakai topi, kadang kadang kedua-dua tak pakai. itu suasana pemamdu motor di Thailand. Sepanjang perjalanan pergi dan balik dan semasa 2 hari disana hanya 2 kemalangan sahaja yang kami lihat.

Di Hatyai
Pengalaman kali pertama masuk tahiland, hat yai, songhla
Bandar Hatyai, hotel di hadapan, sistem jalan kebanyakan one way
Kami ambil hotel Yong Dee, terletak di pusat bandar Hat Yai. Sewa 1 malam RM65.00 untuk satu bilik, kami tempah 4 bilik. Bilik ok, bersih, ada TV, 2 katil besar, bilik air pun bersih. Harga pun ok. Kebetulan kami tempah awal melalui kawan kami yang sudah ada di sana sejak awal lagi. Musim cuti memang ramai orang Malaysia masuk.

Lepas Qasar Zohor, Jamak dan Qasar Asar, kami bertolak ke Songhla, perjalanan dalam 40 minit. Singgah beli makanan ringgan dan baru ke songhla. Cantik pemandangan bila melalui jambatan di songhla. Lepas pusing pusing, kami cari gerai makanan Islam. Gerai pertama penuh dengan pelanggan, gerai kedua ok tak ada orang. Lihat tuan kedai pakai kepiah putih, saya bagi salam, dia jawap sambil tersenyum. Tak tau cakap Melayu, pelayan dia bolehlah sikit-sikit cakap Melayu. Tukang masak pakai tudung.Pengalaman kali pertama masuk tahiland, hat yai, songhla

Kami order Kem Som siakap (masak asam pedas), kerabu mempelam, Tomyam, kerabu belangkas, sayur campur, nasi putih, untuk 14 orang makan. Makanan ok sedap, cuma kem som pedas sangat. Harga RM240.00 (boleh tahan juga harga). sederhana lah.

PENULIS MAKAN NASI, DAN KEMSOM DI SONGHLA, KEDAI ORANG ISLAM, KENA PILIH KEDAI

Di Songhla dan Hatyai ramai juga orang Melayu Islam yang berniaga, cuma bahasa mereka. Ada juga yang pandai cakap melayu.

Malam di Pasar Terapung Hatyai (Floating Market Hatyai)

Pasar Terapung Hatyai (Floating Market Hatyai), makanan akan di masuk dalam bekas unik di atas, bekas tu boleh bawa balik
Ini lokasi perniagaan yang agak unik. Wanita Islam berniaga atas perahu, konsep macam pasar terapung di bangkok, tapi di hatyai Perahu cuma tak bergerak. Peniaga berada dalam perahu kayu dan pelanggan berada atas pelantar kayu sepanjang sungai. Pembeli akan order, penjual akan memberi makanan yang di tempah guna bakul yang di letak hujung galah buluh. Pembeli ambil makanan dan letak duit dalam bakul.

Kalau nak pi cari,  Pasar Terapung Klong Hae Market yang dibuka dari pukoi 2 petang hingga 10 mlm dari hari Jumaat hingga Ahad.

Makanan perbagai jenis dan unik serta sedap. Ais kacang dalam mangkok ayam, mangkok siput, mangkok itek dan juga buluh. Bekas tadi boleh bawa balik sebagai cenderamata. Makanan sedap. Misalnya pegat pisang salai, ubi salai di letak dalam daun pisang yang di bentuk macam kapal. Memang unik makanan di sana. Minuman dalam buluh, straw pun buluh. wow unik.

Dibuka pada hari Jumaat, sabtu dan Ahad. Kalau sampai hatyai, selepas letak bag di hotol, kalau tak tahu jalan, boleh ambil kereta awam di panggil tut tut.

Malam di hatyai

Malam saya dan kawan-kawan lepak di salah satu jalan di bandar hatyai. Makan Lai Chee Kang, hoi sedap, 10 bahan dimasukan, anak dara manis melayan kami, Pakai tudung, sikit sikit boleh cakap melayu. Malam tu orang Malaysia hampir 50%, ramai yang jumpa speaking melayu, kira ok juga. makanan unik, tapi kena lihat siapa yang jual, kebanyakan wanita yang niaga. Kami pilih gerai bergerak yang peniaga orang melayu.

Malam suasana meriah macam pesta, ramai pelancong Malaysia beli belah. Makanan lain, macam malaysia juga, ayam goreng, udang goreng, pulut durian, teh tarik, kacang, ais kacang, dan sebagainya.

12 malam waktu Malaysia kami balik hotel berehat, waktu thailand lewat 1 jam, maknanya kalau kita 12 malam, mereka 11 malam.

62 comments:

  1. bestnyer...
    dulu ada la pergi..
    skrg..
    g betung smpadan perak-siam..
    bw kwn g nkah..

    ReplyDelete
  2. Insurance nak masuk thailand tu kena ambil kat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Chanloon atau bukit kayu hitam, lihat mereka pasang sign board insuran ke thailand

      Delete
  3. INSURAN BOLEH BELI KAT AGENT INSURAN KAT PEKAN CANGLON ATAU PADANG BESAR. MEREKA ADA PASANG PAPAN TANDA INSURAN THAILAND

    ReplyDelete
  4. Naluri Aman Duty Free pun ada jual,

    ReplyDelete
  5. Nak tanya mcm mne nak bawa keluar haiwan?

    ReplyDelete
  6. kalau x bawak geran original x pe ke?

    ReplyDelete
  7. kalau kereta ayah (nama pemandu lain dengan nama atas geran kereta), boleh ke pandu masuk Haytai?
    Terima kasih kerana berkongsi...

    ReplyDelete
  8. tumpang tanya...kalu nama pemandu lain daripada geran kereta macamana? sebab saya memandu kereta ayah saya...terima kasih.

    Mona Muhamad

    ReplyDelete
  9. salam...nk tnye klu geran original masih lg dgn bank sbb loan msh lg belum abeh bayar,cmne ye nsk amik insuran tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh,Terus mnt kpd bank yg kt phn loan.ttp tuan punya yg kn p mnt

      Delete
  10. geran photostat pun x apa, yang penting bayar insuran masuk dan bila balik atau keluar dati thailand kena report semula, jangan keluar begitu saja.
    tapi lebih baik untuk keselamatan bawa ori

    ReplyDelete
  11. Haiwan dan tumbuhan x boleh bawa keluar. kena ada lesen atau kebenaran pihak thai dan di akui selamat oleh jabatan pertanian dan haiwan malaysia

    ReplyDelete
  12. teksi malaysia boleh masuk siam?kena beli insurans jgk ke?

    ReplyDelete
  13. Teksi pun kena cukai, sana undang undang siam

    ReplyDelete
  14. Kastam mta duit kopi... kita plak byr duit kopi... itu bkn rasuah ker namanya? Confuse.... sbb taye ustazah dia kata dosa... itu dah rasuah namanta memberi dan menerima duit....

    ReplyDelete
  15. Border pass tu bole stay brape lame kat sane?

    ReplyDelete
  16. Border pass atau pass sempadan, biasanya 6 bulan, keluar masuk. Ini untuk negeri sempadan thailand

    ReplyDelete
  17. Maksud saya, kalau nak stay seminggu gune border pass bole ke? Sbb dri info sya dpt, border pass hanya bole stay maximum 3 hari untuk satu trip.

    ReplyDelete
  18. McM mn klu yg dh keluar br tahu yg kereta xLapor keluar dr Thailand?
    Yg geran ori blh p mnt dkt bank ttp tuan punya yg kn p Minta.

    ReplyDelete
  19. Ramai dok tanya, nampaknya ramai minat nak ke Thailand, geran bawah salinan, minta di sahkan oleh bank, sebagai persediaan, dulu kami guna photostat saja.

    Kalau lupa bagi surat kat kastam siam, pi sekali lagi, jalan kaki, kereta tak payah masuk, serah surat laporan, katakan sorry I forgot to report, sorry sir


    ReplyDelete
  20. Noted bro..insyaallah 10hb 1 ni pegi sana.gran kete nama akak saya die x ikit.so agak2 de masalah ke bro?

    ReplyDelete
  21. kalau masuk thai guna border pass, boleh ker sampai hadyai-songkhla?
    ada cadangan hotel kat hadyai tak?
    tempat2 yg menarik yg tak jauh untuk memandu dari hadyai?

    ReplyDelete
  22. boleh sampai ke songla. Hatyai Central Hotel yg terletak di tengah2 bandar Hatyai dgan kadar berpatutan rm 110.00 semalam. Kat sini berbagai hotel ada, murah2 plak tu, ada Hotel May Flower, Novotel,Golden Crown, Sakura dan utk para bujang hotel Pink Lady mmg sesuai.

    Shoping boleh di hatyai, songla pantai menarik, banyak kedai kraf, balik pi pasar terapong waktu malam, Pasar Terapung Klong Hae Market yang dibuka dari pukoi 2 petang hingga 10 mlm dari hari Jumaat hingga Ahad.

    ReplyDelete
  23. ALOR STAR, 29 Julai (Bernama) -- Ramai rakyat Malaysia dipercayai menjadi mangsa kejahilan tentang peraturan membawa masuk kenderaan ke Thailand mengakibatkan mereka menghadapi pelbagai masalah termasuk kenderaan dirampas.

    Mereka yang ingin memasuki negara jiran itu dinasihatkan membawa geran asal kenderaan atas nama pemilik dan membeli insurans bagi mengelak risiko kenderaan terbabit dirampas pihak berkuasa.

    Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ishak Ali berkata kebanyakan rakyat negara ini hanya membawa salinan geran ketika memasuki Thailand dan ini bakal mengundang padah ketika berdepan dengan Kastam Thailand.

    "Selain itu, amat penting rakyat Malaysia membeli insurans yang dijual di pekan-pekan berhampiran sempadan selain mematuhi peraturan-peraturan negara itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hariJumaat.

    ReplyDelete
  24. border pass tu org dr kl pon bole dpt ke?cmne caranya?xbole guna paspor shj?

    ReplyDelete
  25. hi,

    just to share =))
    for those yg drive kereta tp owner lain,
    blh buat authorize letter signed by the owner.
    so that, owner acknowledge yg kita nak bwk kereta dia into siam.

    ReplyDelete
  26. bole ke pandu sampai ke puket??makan berapa hari yea?

    ReplyDelete
  27. Jack Min, Puket jauh bang, pandai pandai bawa kereta,

    ReplyDelete
  28. boleh tanya skt. kalau dah lama dok kedah tp alamat ic jhor blh apply x border pass?

    ReplyDelete
  29. saya nak tanya, kalau kawan saya tidak cop pasport keluar dari thailand, apakah tindakan yang akan dikenakan padanya.?dia tidak membawa kenderaan.tidak cop passport kerana tiba lewat di sempadan, menggunakan bot untuk menyeberang masuk kelantan.dia adalah warganegara malaysia.

    ReplyDelete
  30. di kira masuk dan tak keluar, nanti nak masuk ada masalah, lebih baik report pada imigrisen malaysia dan tanya mereka

    ReplyDelete
  31. macam mana kalau kereta nama org lain dan yg bawak
    orang lain..cth cam saya sewa keta dan bawak pergi hatyai..boleh ke..ada masalah apa2 x kt sempadan nnt..n apa yang saya perlu prepair utk masuk ke sana..

    ReplyDelete
  32. Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya menjual medical card coverage 100% & tidak perlu membayar deposit hospital (pakej tambahan, klinik swasta pun percuma seluruh malaysia)..selain itu boleh mengelak cukai pendapatan disamping dijadikan simpanan jangka panjang..PLAN INDIVIDU=RM100 ke atas…PLAN FAMILY(IBU,BAPA & ANAK2)=RM200 ke atas…PLAN PEKERJA=RM50…saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..dapatkan agen yang menjual ilmu insuran kepada anda secara percuma dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.IKHLAS DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

    ReplyDelete
  33. Saya nak tanya, kalau pakai company kereta masuk ada masalah tak atau kena bawa apa document

    ReplyDelete
  34. saya nak tanya, kalau pakai company kereta masuk ke thailand ada masalah tak atau kena bawa apa document. (Alvin Lam)

    ReplyDelete
  35. ALVIN LAM - Kereta company tiada masalah, janji bawa geran, beli insuran thailand dan bila nak balik atau nak masuk Malaysia kena report keluar kat kastam Thai. tak repot kena blacklist

    ReplyDelete
  36. IAN LANO -Waktu masuk dulu kastam tak tanya siapa punya kereta, janji bawa geran dan bayar insuran, balik repot kat kastam siam

    ReplyDelete
  37. Mcm mana kalu ada rekot dgn polis lepas ker buat border pass bub kwn i byk kes makamah semua lepas je.. cuba bg tau sat

    ReplyDelete
  38. kalau ada kes polis, kena tanya imigrisen, kalau kes ringgan tak ada masalah kot.

    syarat umum pass sempadan atau border pass
    =========================================
    Pas Sempadan Malaysia - Thailand

    1. Tujuan

    Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak.

    2. Tempoh Sahlaku

    Enam (6) bulan dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.

    3. Syarat-Syarat Am

    a. Dua (2) keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm

    b. Maklumat kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun, namanya hendaklah dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu atau Bapa

    c. Bukti menetap di negeri yang dinyatakan

    Pemohon


    Syarat-Syarat

    Berumur 15 tahun ke atas


    a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm

    b. Kad Pengenalan [MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]

    c. Kad Pengenalan Penduduk Tetap (hanya untuk Penduduk Tetap keturunan Thai sahaja)

    d. Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 18 tahun ke bawah

    Berumur di bawah 15 tahun


    a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm

    b. Sijil Kelahiran

    c. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]

    d. Kad Pengenalan bapa / ibu / penjaga yang sah

    Jika pemohon diiringi oleh isteri


    a. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]

    b. Kad Pengenalan Isteri [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]

    c. Sijil lahir anak dan Kad Pengenalan anak jika berumur 15 tahun kebawah

    d. Dua (2) keping gambar berukuran 3.2 sm x 5.0 sm setiap orang

    e. Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan

    4. Bayaran - RM 10.00

    ReplyDelete
  39. kalau motosikal brp rm kena byr insurans?

    ReplyDelete
  40. a'salam...nk tanya macam mane plak kalo kereta second..x tau owner lame penah bwk keta msk siam atau x!!!kalo pnh bwk msk tkt owner lame x cop kastam kereta keluar dr siam...nnt sy yg kena denda ? mane sy bley semak status macam ne? harap bantu ...mgu dpn nak p krabi da

    ReplyDelete
  41. Tak dak geran tak boleh masuk, kalau ada masalah susah anda

    ReplyDelete
  42. Sekadar kongsi pengalaman,better bawak geran ori,klo salinan msti ckup syarat.last year dy masuk thailand melalui bkt kayu hitam,ni kira trip honeymoon la sbb nikah di kuala trganu 22/12/12.pd 25/12/ xtau nk pegi mana so bincang ngn wife kita gi jln thai, kami brtolak pkol 1 ptg dan sampai di smpdan bkt kyu hitam jam 10mlm,xbz sgt kami pun p imigresen utk cop passport kemudian bwk geran n passport pegi kaunter yg kt tgh laluan tu iaitu kastam utk dia buat surat kebenaran masuk kete, proses kejap je( tapi leceh pegawai imigresen/kastam thai ni mmg xreti english pun),aku beli insuran kt pekan danok rm 15 xsilap, terus mghala ke hatyai dlm setegah kami rehat mlm tu pikir nk g mane sok.keesokkannye decide trus mghala ke bangkok lepas c/out kol 12.melalui phattalung,surat thani. Tapi smlm ad google tgk chumphon cm ad pantai best so kami sgh chek in 1 mlm( kt sini ssh dpt mknan halal) pantai dia mmg cntik thung wualaen beach,tapi chalet kami sewa murah sgt 700 baht, mlm tu google discuss ngn wife xnk tmpt bz cm bangkok (so xjd nk g chathucak hehee) ingt nk g ko samui tp xkn nk tgal kreta so trus decide p phuket, besoknya trus p phuket patah balik ke phatthalung masuk jln ke phuket, smpai phuket pun petang so kami trus cr hotel di patong jela 1200baht semalam,3 hari di phuket tawaf abis phuket( almaklumla bwk kete sendiri) hehe..pastu nak balik kami sgah dlu di phang nga(james bond island) tp x bermalm, pastu lalu ikut krabi pulak..besok balik.mmg fun tp drive kena hati2. Jln pun tgk sign board btol2.roadblok sna byk sgt. Kami plak g mmg xde official gps just pkai blackberry dan bila cek in make sure hotel ad wifi so sng nk save maps kt ipad hehee..masalah utama adalah bahasa.dan mkanan halal klo kita drve sndri..knkdg drh tau ckp english tp xpndai tulis.bila balik kami smp kl br igt yg surat kebenaran kastam thai lupa nk pulangkan.. So tpaksa la next week tu pegi bkt kyu hitam smata2 nk pulangkn surat tu jer..disember ni insyallah pegi lagi cuma beza kali ni kami pegi 3 org... Hehe....(ngn baby rayyan)..sekian

    ReplyDelete
  43. assalam..nak tanya memang wajib kene bawa geran original ke? and geran tuh kene cop bank ke sebab ade baca certain tulis kene cop certain blog xde tulis pun..

    ReplyDelete
  44. Kalau teksi malaysia boleh bawa masuk thailand tak?

    ReplyDelete
  45. Nak tanye..klu teksi malaysia boleh masuk thailand tak?

    ReplyDelete
  46. Nak tanya..kalau teksi malaysia boleh masuk thailand tak ?

    ReplyDelete
  47. Iqsya Deinal - teksi malaysia bole, tapi jangan niaga bawa penumpang di thailand pula, bapa saudara saya yang juga pemandu teksi selalu melawat saudaranya di thailand dan membawa teksi nya.

    setakat yg saya tau tiada masalah

    ReplyDelete
  48. Macam mne cara2 dia ye..geran kat company.. kerana saya pemandu teksi cuma ade teksi je..bercadang bulan 12 ni nak bawa family g melancong kat sane..

    ReplyDelete
  49. 1.Geran kereta asal ( ori ). Geran Fotostat pun boleh, dengan syarat ,ianya telah di sahkan (endosement)
    di mana-mana Balai Polis atau JPJ .

    2.Surat Kebenaran Pemilik .Sekiranya anda membawa kereta bukan milik anda atau tiada nama anda didalam geran. Contoh Surat Kebenaran Pemilik

    FORMAT SURAT RASMI

    1.PEMILIK
    ALAMAT PEMILIK
    NO MYKAD
    NO HP

    2.PEMBAWA
    ALAMAT PEMBAWA
    NO MYKAD
    NO HP

    3.KERETA
    JENIS KERETA
    WARNA
    NOMBOR PENDAFTARAN

    PERKARA : SURAT KEBENARAN PEMILIK

    Saya..............................(nama dan mykad).......................................... pemilik kereta Nombor Pendaftaran ........................................... membenarkan ....................(nama dan mykad) membawa kereta saya memasuki negara Thailand.


    Tandatangan Pemilik Tandatangan Pembawa

    ................................................. .................................................
    Nama Nama
    Mykad Mykad
    HP HP

    Sebaiknya anda menulis dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan segala urusan. Penggunaan Bahasa Melayu juga dibenarkan TETAPI kadang kala ada juga Pegawai Kastam Thailand banyak soal. Surat kebenaran mesti yang asli.Kalau fotostat mestilah telah disahkan oleh Balai Polis.

    3.Anda perlu membeli INSURAN THAILAND .
    a.harga RM18/seminggu

    Wakil Insuran Changlun :
    bila anda sampai di pekan Changlun,kiri kanan jalan ada kedai menjual insuran.
    Tour Agent Dan Insuran, Wakil Kurnia Insuran,Kedai Bebas Cukai dan Insuran.Banyak wakil insuran kat Changlun ni. ( Tanya kat penduduk atau kedai makan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kedai insuran yg boleh buat sekali surat kebenaran kan?

      Delete
  50. Kalau sewa komuter van pula brape ye..

    ReplyDelete
  51. saya tak tau harga sewa van ke sana

    ReplyDelete
  52. Oo.ok..terima kasih ye kerana berkongsi pengalaman & maklumat..

    ReplyDelete
  53. Salm nk tanye alamat suami isteri baru tukar almt rmh tok wan.. Auami lhir kedah...blh masuk x gune border pass

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau alamat negeri perlis, kedah, perak utara, kelantan boleh guna border pass, KL JOhor pahang, n9 selangor melaka tak boleh lah, maklumat lanjut jumpa jabatan imigrisen terdekat

      Delete
  54. Boleh x sy menggunakan salinan insuran malaysia bg menggantikan geran kenderaan untuk membuat insuran thai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau pula, biasanya mereka ambil yang photostat,

      Delete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...