Showing posts with label Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan. Show all posts

Feb 7, 2012

Pengalaman Pertama Masuk Hat Yai Thailand

Pengalaman kali pertama masuk tahiland, hat yai, songhla
Pintu masuk bukit ke Thailand, Bukit  kayu hitam, dihadapan cop passport malaysia dan Thailand
Pengalaman kali pertama masuk thailand dengan kereta sendiri, adalah topik yang saya ingin kongsi dengan saudara saudari semua hari ini. Bertolak 4 Feb 2012 dari Perlis ke Bukit kayu hitam jam 8.30 pagi. Sampai di Bukit Kayu Hitam jam 9.15 pagi. Kami pi dengan kereta sendiri sebanyak 3 buah buah. Cadang nak ke Hat yai dan Songhla. sebelum nak masuk siap dulu border pass - lihat syarat pass sempadan malaysia thailand

Membeli Insuran di Cangloon Kedah

Kami bawa kereta sendiri, jadi kena beli insuran thailand, kami ambil 9 hari dengan harga RM15.00. Nak pi 2 hari sahaja. Geran Original kami bawa sekali, cuma semasa beli insuran bagi yang photostat sahaja.Agen insuran ada kat travel atau kat duty free. mereka akan pasang papan tanda jual insuran, salah satunya  Naluri Aman Duty Free, kat sini ada agen jual insuran kereta ke thailand

Sampai di Bukit Kayu Hitam

Bila memasuki Border Thailand, kami pi cari parking, 3 orang di tugaskan cop pas sempadan. (Pas Sempadan untuk negeri yang sempadan dengan Thailand sahaja). Waktu cuti sabtu dan hari cuti lain memang ramai masuk Thailand. Hari kami masuk, hampir 80 buah bas beratur di pintu masuk sempadan. Kereta sendiri memang banyaklah. Imigresen thailand di serbu rakyat Malysia. Penuh sesak. hampir 2 jam kami menunggu.

Lepas Cop Border Pass, kami pi lapor kenderaan di Kastam Thailand, bawa geran kereta dan insuran Thailand yang di beli tadi. Puak kastam siam, biasa mereka minta duit kopi antara 10 baht dan 20 baht (kira-kira RM1.00 dan RM2.00 duit kita). Hari cuti memang sesak pintu sempadan

Denda RM200 oleh Kastam Thailand

Ni padahnya bila beli kereta 2nd. Kita tak tahu rekod kereta kita oleh pembeli awal atau tuan awal kereta itu. Nak jadi cerita sepupu saya yang dok KL, balik dan join kami sekali ke Hat Yai pada hari tu. Kereta dia kena tahan oleh kastam siam, bila pemilik awal tak lapur bila keluar dari Thailand. Jadi bila kami masuk semula kereta kena tahan. Puak kastam kata kena kena bayar RM200. kalau tidak, tak boleh masuk.

Dalam surat kastam siam memang ada cop merah, sila lapor atau serak surat kastam bila nak keluar dari thailand. Tuan kereta kena sign dalam buku rekod kastam. Jadi bila nak bawa kereta sendiri tuan kereta sepatutnya pergi.

HP tiada line bila di Thailand

Maxis ke Celcom ka, semua tiada line. Jadi kami terpaksa guna prepaid thailand, no bermula 075 xxxxxxx . mengikut lokasi. saya lupa aktif perayauan antarabangsa untuk maxis.

Dalam perjalanan ke Hatyai
Pukul 11.30 pagi baru bertolak ke Hatyai, Jalan 2 lorong kiri dan kanan, kira selesa, kiri kanan suasana macam di kedah dan perlis, Penunggang motorsikal mereka pakai topi kaledar, pembonceng tak pakai topi, kadang kadang kedua-dua tak pakai. itu suasana pemamdu motor di Thailand. Sepanjang perjalanan pergi dan balik dan semasa 2 hari disana hanya 2 kemalangan sahaja yang kami lihat.

Di Hatyai
Pengalaman kali pertama masuk tahiland, hat yai, songhla
Bandar Hatyai, hotel di hadapan, sistem jalan kebanyakan one way
Kami ambil hotel Yong Dee, terletak di pusat bandar Hat Yai. Sewa 1 malam RM65.00 untuk satu bilik, kami tempah 4 bilik. Bilik ok, bersih, ada TV, 2 katil besar, bilik air pun bersih. Harga pun ok. Kebetulan kami tempah awal melalui kawan kami yang sudah ada di sana sejak awal lagi. Musim cuti memang ramai orang Malaysia masuk.

Lepas Qasar Zohor, Jamak dan Qasar Asar, kami bertolak ke Songhla, perjalanan dalam 40 minit. Singgah beli makanan ringgan dan baru ke songhla. Cantik pemandangan bila melalui jambatan di songhla. Lepas pusing pusing, kami cari gerai makanan Islam. Gerai pertama penuh dengan pelanggan, gerai kedua ok tak ada orang. Lihat tuan kedai pakai kepiah putih, saya bagi salam, dia jawap sambil tersenyum. Tak tau cakap Melayu, pelayan dia bolehlah sikit-sikit cakap Melayu. Tukang masak pakai tudung.Pengalaman kali pertama masuk tahiland, hat yai, songhla

Kami order Kem Som siakap (masak asam pedas), kerabu mempelam, Tomyam, kerabu belangkas, sayur campur, nasi putih, untuk 14 orang makan. Makanan ok sedap, cuma kem som pedas sangat. Harga RM240.00 (boleh tahan juga harga). sederhana lah.

PENULIS MAKAN NASI, DAN KEMSOM DI SONGHLA, KEDAI ORANG ISLAM, KENA PILIH KEDAI

Di Songhla dan Hatyai ramai juga orang Melayu Islam yang berniaga, cuma bahasa mereka. Ada juga yang pandai cakap melayu.

Malam di Pasar Terapung Hatyai (Floating Market Hatyai)

Pasar Terapung Hatyai (Floating Market Hatyai), makanan akan di masuk dalam bekas unik di atas, bekas tu boleh bawa balik
Ini lokasi perniagaan yang agak unik. Wanita Islam berniaga atas perahu, konsep macam pasar terapung di bangkok, tapi di hatyai Perahu cuma tak bergerak. Peniaga berada dalam perahu kayu dan pelanggan berada atas pelantar kayu sepanjang sungai. Pembeli akan order, penjual akan memberi makanan yang di tempah guna bakul yang di letak hujung galah buluh. Pembeli ambil makanan dan letak duit dalam bakul.

Kalau nak pi cari,  Pasar Terapung Klong Hae Market yang dibuka dari pukoi 2 petang hingga 10 mlm dari hari Jumaat hingga Ahad.

Makanan perbagai jenis dan unik serta sedap. Ais kacang dalam mangkok ayam, mangkok siput, mangkok itek dan juga buluh. Bekas tadi boleh bawa balik sebagai cenderamata. Makanan sedap. Misalnya pegat pisang salai, ubi salai di letak dalam daun pisang yang di bentuk macam kapal. Memang unik makanan di sana. Minuman dalam buluh, straw pun buluh. wow unik.

Dibuka pada hari Jumaat, sabtu dan Ahad. Kalau sampai hatyai, selepas letak bag di hotol, kalau tak tahu jalan, boleh ambil kereta awam di panggil tut tut.

Malam di hatyai

Malam saya dan kawan-kawan lepak di salah satu jalan di bandar hatyai. Makan Lai Chee Kang, hoi sedap, 10 bahan dimasukan, anak dara manis melayan kami, Pakai tudung, sikit sikit boleh cakap melayu. Malam tu orang Malaysia hampir 50%, ramai yang jumpa speaking melayu, kira ok juga. makanan unik, tapi kena lihat siapa yang jual, kebanyakan wanita yang niaga. Kami pilih gerai bergerak yang peniaga orang melayu.

Malam suasana meriah macam pesta, ramai pelancong Malaysia beli belah. Makanan lain, macam malaysia juga, ayam goreng, udang goreng, pulut durian, teh tarik, kacang, ais kacang, dan sebagainya.

12 malam waktu Malaysia kami balik hotel berehat, waktu thailand lewat 1 jam, maknanya kalau kita 12 malam, mereka 11 malam.

Oct 25, 2011

KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 2010

ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 2010 . Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2010 adalah memuaskan. Pada tahun 2010, baki Kumpulan Wang Disatukan mengalami penurunan sedikit berjumlah RM1.89 juta atau 5.6% kepada RM32.03 juta berbanding RM33.92 juta pada tahun 2009. Kutipan hasil pada tahun 2010 meningkat
sejumlah RM20.55 juta atau 21.4% kepada RM116.49 juta manakala perbelanjaan meningkat
sejumlah RM12.67 juta atau 13.1% kepada RM109.21 juta.

Kerajaan Negeri mencatatkan surplus bagi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM7.28 juta setelah mencatat defisit selama 3 tahun berturut-turut. Hutang Awam Kerajaan Negeri bagaimanapun telah meningkat sedikit
sejumlah RM9.81 juta atau 2.4% menjadi RM416.29 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman
yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah RM19.44 juta atau
13.4% menjadi RM164.66 juta berbanding RM145.22 juta pada tahun 2009.

Tunggakan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2010 berjumlah RM26.26 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman daripada Agensi Negeri berjumlah RM69.94 juta. Kerajaan Negeri hendaklah
berusaha mengutip tunggakan hasil berjumlah RM26.26 juta dan mengambil tindakan lebih
tegas menuntut tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
yang berjumlah RM69.94 juta. Hutang Awam Kerajaan Negeri yang berjumlah RM416.29 juta
hendaklah dibayar balik mengikut jumlah dan tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan
tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM164.66 juta tidak terus meningkat. Selain itu,
Kerajaan Negeri perlu meneruskan amalan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu
perkhidmatan dan sumbangannya kepada rakyat.

RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI

Pada keseluruhannya, prestasi pencapaian pelaksanaan projek-projek di bawah
RMKe-9 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri adalah memuaskan kerana sejumlah RM435.30
juta atau 75.2% daripada RM578.81 juta peruntukan yang diluluskan telah dibelanjakan.
Sehingga tahun 2010, sebanyak 226 projek atau 85.6% daripada 264 projek yang diluluskan
telah siap dilaksanakan manakala 38 projek atau 14.4% masih dalam pelaksanaan.
Pelaksanaan projek pembangunan yang lancar dapat mempertingkatkan lagi taraf sosio hidup
rakyat Negeri Perlis.

PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI.

Pada tahun 2010, Pengauditan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks  akauntabiliti telah dilaksanakan di 10 Jabatan/Agensi Negeri. Pada keseluruhannya, pengurusan kewangan di 1 Jabatan adalah pada tahap sangat baik dan 6 Jabatan pada tahap baik manakala 3 Agensi Negeri pada tahap memuaskan. Pencapaian ini adalah lebih baik jika dibandingkan pada tahun 2008 dan 2009 di mana 5 dan 8 Jabatan mencapai tahap baik.

Kelemahan yang dibangkitkan terutamanya adalah berhubung dengan Kawalan Pengurusan
Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah dan Deposit; Kawalan Pengurusan Aset, Inventori
dan Stor; Pengurusan Pelaburan; dan Pengurusan Pinjaman.


Sumber: 
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_penyata/PERLIS.pdf

Ulasan:
Kerajaan Negeri perlu meningkatkan hasil negeri melalui projek ekonomi yang lebih berdaya saing. Ekonomi tradisional perlu di tambah baik, agar ada peningkatan hasil. Hutang  PKENPs perlu di kutip secepat mungkin. Projek mereka perlu di pantau agar ada daya saing dan mendapat untung.

Sektor baru seperti pelancongan, kilang, IKS perlu di lihat secara lebih jelas, dengan inisiatif memajukan sektor berkenaan secara lebih terancang. Latihan semula rakyat perlu di buat agar rakyat Perlis boleh berdikari dan jadi IKS berjaya

Oct 18, 2011

Alam sekitar dicipta untuk manafaat manusia

ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya. Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)
Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Nidzamuddin Zakaria bagi mengupas isu ini.
Mega: Apakah konsep penjagaan alam sekitar dalam Islam?

Nidzamuddin: Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 menjelaskan bahawa alam sekitar adalah: “Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia dari masa ke semasa”. (Rujuk: Muhammad Sa’id dan Rasyid Ahmad. 1986. Al-Bi’ah wa musykilatiha. Kuwait: Maktabah al-Falah.Hal. 25).

Ibnu Abd. Rabbihi pula menyatakan takrif alam sekitar ini di dalam kitabnya al-Jumanah dengan penjelasannya bahawa: “Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya”. (Rujuk: Muhammad Abd al-Qadir Al-Fiqqiyy. 1993. Al-Bi’ah Musykiluha wa Qadayaha. Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Hal. 9.)

Al-Quran dan sunah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar di mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung. Ia melarang pencemaran di samping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam di mana usaha murni ini di sanjung mulia agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung di sisi Tuhan. Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran bumi. Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang. Tanpa hu
tan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan awam terancam.

Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib. Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras Islam Hadhari.

Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud: ...(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka. (ali-Imran: 191).

Ayat ini menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal dan seluruh cakerawala adalah tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Orang beriman sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah ketika peperangan.

Ajaran Islam mengajar umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan dan kebiruan langit, tertera ayatullah yang memperlihatkan sifat Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta.
Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah satu lagi contoh keengganan manusia mematuhi perintah Allah sebagaimana dalam surah ar-Rum: 41. Bagaimana membetulkan keadaan ini?

Nidzamuddin: Kalau kita meneliti sumber-sumber syarak dan usul-usulnya, pasti kita akan melihat asas-asas dan dasar-dasar yang murni yang digagaskan oleh Islam. Ia bagi memandu dan memimpin suatu etika dan akhlak yang terpuji bagi setiap individu muslim berperanan dan bermuamalah secara positif dengan alam sekitar ciptaan Ilahi ini agar warisan tersebut tidak pupus atau rosak di tangan manusia itu sendiri.
Akhirnya, ketiadaan sikap menyayangi dan memelihara alam sekitar ini boleh membawa kepada kemusnahan, kerosakan dan bencana yang menimpa manusia itu sendiri.

Allah menegaskan hal ini melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum: 41).

Tindakan paling drastik yang perlu dilakukan umat Islam adalah kembali kepada Islam itu sendiri, tinggalkan budaya atau gaya hidup yang jauh daripada Allah dan syariat-Nya. Barangkali musibah seumpama ini adalah peringatan untuk kita agar jangan lalai dan leka terhadap peranan kita selaku hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini.

Islam adalah agama yang mengikat hubungan kita dengan Pencipta dan menjalin hubungan manusia sesama manusia.Islam juga menyusun peradaban dan etika manusia dengan makhluk sekitarnya meliputi alam dan ciptaan Tuhan yang berada di atasnya bersesuaian dengan agenda utama manusia di muka bumi ini selaku khalifah Tuhan yang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan saksama dan penuh bijaksana demi kemaslahatan manusia dan keharmonian alam sekitarnya.

Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi (al-Anbiya’: 31). Apakah saranan Islam tentang pembangunan seimbang (sustainable development)?
Nidzamuddin: Kita perhatikan dahulu ayat al-Quran itu tadi. Allah menegaskan: Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’: 31).

Ayat ini menegaskan bahawa fungsi sebenar bukit-bukau dan gunung-ganang itu ialah sebagai pasak kepada bumi. Meneres kawasan bukit-bukau sesuka hati tanpa kawalan dan sempadan mengundang ketidakseimbangan muka bumi itu sendiri.

Justeru, pembangunan yang seimbang ini amat dititik beratkan dalam ayat Allah yang lain antaranya firman Allah yang bermaksud: Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr: 19).
Sistem keseimbangan dalam alam sekitar yang diaturkan Penciptanya ini lebih dikenali sebagai ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Seluruh unit dalam sistem telah diprogramkan Allah agar mengikuti sistem atau sunnatullah yang hebat ini.

Sebagai contoh, matahari dan bulan ditentukan Allah berfungsi dalam ekosistem ini selaku penyumbang cahaya mengikut kadar peratusan yang tertentu.

Jika kadar pencahayaan matahari itu melebihi peratusan yang sepatutnya, maka tentulah alam dan hidupan di atas permukaannya bakal mengalami kemusnahan dan kebakaran.

Begitu juga kadar oksigen dalam udara yang telah ditentukan Allah sejumlah 21 peratus, maka andainya kadar oksigen itu menjangkau 50 peratus, nescaya alam dan hidupan di atas permukaannya juga pasti mengalami kemusnahan dan kebakaran. Begitulah al-Quran melukiskan peri pentingnya keseimbangan ekosistem ini untuk dipelihara oleh khalifah Tuhan atau manusia di muka bumi ini sebaik-baiknya. (Tibarah, ‘Afif bin Abdul Fattah. Ruh al-Din al-Islami. Beirut: Dar al-Malayin li al-‘Ilmi. Hal. 57).

Akhirnya, renungilah seruan Ilahi untuk hamba-hamba-Nya bagi menjaga alam sekitar khususnya bukit-bukau dan gunung-ganang ciptaan terindah Tuhan menerusi ayat yang bermaksud: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)

Sebilangan manusia berpendapat, penjagaan alam sekitar tugas pihak tertentu sahaja. Justeru, bebas membersihkan hutan, membuang sampah merata-rata. Adakah pandangan begini tepat?
Nidzamuddin: Pandangan ini tidak tepat sama sekali! Ia mencerminkan sikap mementingkan diri sendiri dan tidak prihatinnya terhadap warisan alam. Yang sebenarnya, manusia itu adalah unsur atau entiti yang maujud di tengah-tengah alam sekitar, bahkan Islam meletakkan manusia selaku unsur paling penting di dalamnya berbeza dengan hidupan lain yang hanya bersifat material dan kosong maknawi atau rohaninya di mana setiap insan itu bertindak selaku pengurus atau pentadbir alam sekitar itu.

Justeru, dengan kelebihan ciptaan manusia daripada unsur material dan maknawi, maka manusia dinobatkan selaku pemimpin dan khalifah Tuhan yang mengurus dan mentadbir alam dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (al-Hijr: 28-29).

Hal ini disokong pula dengan hadis Nabi SAW bermaksud; Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa. 2004. (Rujuk: Jami’ al-Tirmizi. Kitab al-Fitan. Hadis No. 2191. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dauliyyah).
 
Faktor keuntungan dan wang ringgit adakalanya mengelabui mata menyebabkan pihak tertentu seperti jurutera, ahli geologi dan sebagainya ‘menipu’ dan menyembunyikan kebenaran tentang bahaya yang mungkin berlaku apabila mendirikan bangunan di lereng-lereng bukit. Apakah balasan Allah terhadap golongan sebegini?

Nidzamuddin: Inilah bahana dan bahayanya apabila pihak yang berwajib dan yang berautoriti dari segi kuasa dan keilmuannya tidak bersikap profesional, telus dan bertanggungjawab.
Ketamakan pada keuntungan yang melambak-lambak akan mengenepikan soal bahaya dan risiko yang bakal menimpa. Ya, memang ada orang yang kaya dan mampu membina semula banglo yang runtuh itu lantaran kekayaannya yang tidak terkira. Lebih mengejutkan ialah ada yang berani membangunkan semula bangunan baru di lokasi yang telah berlaku tanah runtuh.

Namun soal nyawa, harta benda yang terbuang dan musnah begitu sahaja serta ‘pencabulan terhadap keharmonian alam sekitar’ itu sendiri adalah suatu isu yang perlu dititik beratkan.
Pokok-pokok yang subur menghijau bukan sekadar dilihat sebagai ciptaan Allah yang mendamai dan menakjubkan, bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya agar memeliharanya daripada ditebang dan dimusnahkan.

Ini terserlah melalui larangan keras Baginda terhadap usaha penebangannya yang tanpa sebab dan melampau bermaksud: “Barang siapa yang memotong pokok (bidara) - tanpa manfaat atau kepentingan - nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka”. (Rujuk: Abu Daud, Sulaiman bin al-Asy’ath al-Sijistani. T.th. Sunan Abi Daud. Kitab Adab. No. Hadis: 4561. Juzuk 4. Hal. 361).

Imam Abu Daud mengulas maksud hadis ini setelah disoal mengenainya dengan penjelasannya: “Barangkali yang dimaksudkan dengan amaran Nabi SAW dengan penebangan pokok tanpa sebab ini adalah terhadap pokok-pokok yang terdapat di padang pasir yang dijadikan tempat teduhan orang yang lalu lalang atau para musafir.”

Kalau nak dikiaskan dengan geografi negara kita, maka pokok-pokok di lerengan bukit-bukau itu juga dilarang Islam menebangnya tanpa bersebab dan kawalan. Kalau isu penebangan pokok atau peneresan bukit-bukau ini tidak dikawal secara serius, maka tidak mustahil bahawa kita akan menyaksikan banyak lagi penempatan di kawasan-kawasan bukit akan menjadi mangsa tanah runtuh ini.
 
Adakah kepincangan yang berlaku sekarang disebabkan kurangnya sifat ihsan di kalangan kita sehingga adakalanya kita menipu dalam sukatan pembinaan dan sebagainya?
Nidzamuddin: Ya, saya setuju bahawa ia adalah antara faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kemusnahan alam ini. Kerakusan membolot projek-projek yang mega dan bernilai juta ringgit kadang-kadang menghakis norma-norma kemanusiaan dan perasaan ihsan sesama insan bahkan terhadap alam sekitar itu sendiri.

Memang benar alam tidak menjerit dan melolong apabila diperlakukan penebangan atau peneresan bukit-bukau dengan sewenang-wenangnya, namun kerakusan ini akan berakhir dengan dentuman bangunan runtuh, suara tangisan mangsa tanah runtuh dan kerosakan harta benda yang begitu besar.
Justeru, Allah melarang keras penipuan ini khususnya dalam sukatan dengan firman-Nya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? (al-Mutaffifin: 1-4).

Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia.
Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.
Oleh yang demikian, manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah Allah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.

May 26, 2011

LANGKAWI ISLAND

ISLAND

BERJAYA RESORT

RESORT

RESORT


LANGKAWI


Langkawi,officially known as Langkawi, the Jewel of Kedah (Malay: Langkawi Permata Kedah[1]) is an archipelago of 104 islands in the Andaman Sea, some 30 km off the mainland coast of northwestern Malaysia. The islands are a part of the state of Kedah, which is adjacent to the Thai border. On July 15, 2008, Sultan Abdul Halim of Kedah had consented to the change of name to Langkawi Permata Kedah in conjunction with his Golden Jubilee Celebration. By far the largest of the islands is the eponymous Pulau Langkawi with a population of some 64,792, the only other inhabited island being nearby Pulau Tuba. Langkawi is also an administrative district with the town of Kuah as largest town. Langkawi is a duty-free island

Geography


Langkawi, a cluster of 99 islands separated from mainland Malaysia by the Straits of Malacca, is a district of the state of Kedah in Northern Malaysia and lies approximately 51 km west of Kedah. The total land mass of the islands is 47,848 hectares, while the main island of Langkawi itself has a total of 32,000 hectares. The main island spans about 25 km from north to south and slightly more for east and west. The coastal areas consist of flat, alluvial plains punctuated with limestone ridges. Two-thirds of the island is dominated by forest-covered mountains, hills and natural vegetation.

The island's oldest geological formation, Gunung Matchincang, was the first part of South-East Asia to rise from the seabed in the Cambrian period more than half a billion years ago. The oldest part of the formation is observable at Teluk Datai to the north-west of the island, where the exposed outcrop consists of mainly sandstone (quartzite) in the upper parts and shale and mudstone in the lower parts of the sequence.

Climate

A sunny, hot and humid, tropical climate with an average annual temperature of about 32 degrees Celsius. The rainy season is during August/September, although there are occasional showers throughout the year

Demographics


Kedahan Malay made up the majority in Langkawi, followed by Chinese, Indians, and Thai. Other Malays include Pattani Malays.

Islam is practised primarily by the Malays. Other major religions are Hinduism (mainly among Indians), Buddhism (mainly among Chinese and Thai) and Christianity (mostly Chinese). 

Population
Only four of the 99 islands are inhabited - Pulau Langkawi (the main island), Pulau Tuba, Pulau Rebak and Pulau Dayang Bunting. The population is approximately 99000 of which 90% are Malays. The other ethnic groups consist mainly of Chinese, Indians and Thais.

May 25, 2011

SENARAI HOMESTAY PERLIS, RUMAH REHAT PERLIS

Contoh Homestay

Villaorkid Homestay

No 58, Jalan Maju 6, Taman Kemajuan, 01000, Kangar, Perlis.
Rumah 2 tingkat corner lot,3 bilik
0124796075 / villaorkid@gmail.com
Rm160.00 Semalam
Segala kemudahan adalah bertaraf Hotel. Hanya 100 meter dari deretan Gerai makanan, Pasaraya, 7Eleven. 2 bilik berhawa dingin, 1 bilik kipas. 5 minit ke Pusat Bandar Kangar.

Adam's Homestay
No 47, Taman Indah Bintong, Jalan Bintong, 01000 Kangar Perlis
Rumah teres 2 tingkat/ 3 bilik
0124792484/0125353897/ ayuwazira@yahoo.com
RM 300/ malam
Dekat dengan pusat bandar Kangar, kolej kediaman Wang Ulu UniMAP, jeti kuala perlis, medan ikan bakar, kolej kediaman Kampung Wai UniMAP, UiTM Arau, Politeknik Arau, kampus tetap UniMAP (Pauh)

KTH Homestay


Blkg. SK Oran, Mata Ayer, Kangar, Perlis
Rumah Semi D/ 3 bilik
019-4477475 / sitihajar74@gmail.com
RM140
Suasana kampung, dekat Pasaraya Permata, restoran terkenal Pokok Sawa Mata Ayer. Lokasi di antara Arau dan Kangar.

Rumah Rehat Taman Muhibbah


No.18, Lrg Lewata 6, Tmn Muhibbah, Jejawi, 02600 Arau, Perlis
Rumah teres setingkat/ 3 bilik tidur(hawa dingin)
019-4942325
RM200
Rumah teres setingkat 2 bilik air, ruang dapur dan ruang tamu yang selesa. Dilengkapi tv, meja makan, peti sejuk, kettle dan mesin basuh. Porch untuk 2 kenderaan.

   
Al-Hamra Homestay


Km10,Jln Kaki Bukit 02400,Beseri,Perlis
Bali Chalet/2 units
049386684/todak342002@yahoo.com
RM80
1 bilik tidur h/dingin, ruang tamu luas dan selesa, ruang parking kenderaan luas, bersebelahan dengan masjid, 10km dari bandar Kangar, 15km UITM Arau, 5Km IKM & MRSM Beseri, 30Km Padang Besar.

   
Homestay Jannah


2, Lorong Chempa, RPA Kangar (belakang court badminton)
Teres / 3bilik
0196230024
RM 80
Di tengah Bandar Kangar, semua bilik berkipas sahaja, TV,Iron,peti ais & Peralatan memasak. Menerima sewaan untuk shorterm selama sebln @ 2bln.harga boleh di runding

   
Homestay Idaman

4 Lrg 4 Tmn Bk Kayangan, Kangar, Perlis
bilik: teres Satu Tkt.
0175562277
RM 150
Hawa dingin, kipas angin,tv, alatan masak, kabinet dapur, 3 bilik, 2 bilik air, dekat bandar, dekat pusat pengajian,dekat kemudahan asas, dekat sungai, bk,sawah padi, grills, selesa.

   
De Putera Homestay

16, Lorong Putera Satu, Taman Desa Putera, Jln Padang Katong, 01000 Kangar
Teres End Lot 3 bilik tidur berhawa dingin/2 bilik air
017-4508990 / 016-4843880 email : azmi990@gmail.com
RM 220 semalam
Ruang tamu luas, selesa. Dilengkapi tv 29inci (Astro), petisejuk, pemanas air, rice cooker dan seterika. Dekat dgn bandar Kangar (1km), Unimap (2.5km), Maktab Perguruan(5km), UiTM Arau(10km), MatrikulasiArau(10km), Politeknik(16km), KualaPerlis(12km), Hospital Tengku Fauziah(ikm), Stadium Utama(2.5km)

   
AF Homestay

30 Lrg 17, Tmn Sri Wang Fasa2 , 02600 Arau , Perlis
Teres Corner Lot / 3 bilik/
0134499101/0134218327 / sukun8888@yahoo.com.my
RM180/night
Rumah teres setingkat ,corner lot,fully furnish,2 aircond ,bilik utama dan ruang tamu, bersebelahan matrikulasi dan UITM Arau.Pakat mai ramai-ramai....

   
LN Homestay

No 4, Jln Indah 1, Taman Indah, 02600 Arau, Perlis
Semi-D
019-4589288/019-4409288 / email: latifbadri@yahoo.com
RM180.00 semalam
Lengkap dengan kemudahan asas dan selesa untuk seisi keluarga. Lokasi berdekatan 0.5km UITM Arau, 0.5km ke Kolej Matrikulasi Arau, Unimap, Politeknik Arau, pasaraya.

   
Desa Pulai Homestay

No 20, Taman Desa Pulai 2, Kangar, Perlis
Teres/ 3bilik/ 2 bilik air
012-4252011/019-4742035/Shamzulhisham08@gmail.com
RM200/night
Rumah fully furnish selesa, bersih. Dekat dengan semua tempat penting di Perlis seperti institut pengajian, Padang Besar,Kuala Perlis jeti ke Langkawi, dll

Banglo Klasik

No 1, Jalan Jambu Batu,Kg Teluk Jambu, Bintong, 01000 Kangar Perlis
Banglo - Klasik
049763734
RM150/mlm
Rumah banglo klasik. Bersebelahan sawah, parking luas. Ada bilik hawa dingin.

   
Bahagia Homestay

No.23, Jln Firdaus 6, Taman Sri Firdaus, 01000 Kangar , Perlis
Teres / 3 Bilik / 2 Bilik Air
019-5603402 /019-2646172
RM150
Mempunyai Semua Kelengkapan Asas. 10 Minit ke Pusat Bandar Kangar. Berhampiran Maktab Perguruan, Institut Latihan Perindustrian dan lain-lain.

   
Santan homestay

No 6, Km 6, Jalan Satu, Taman Santan 2, Jalan Santan, 01000 Kangar Perlis.
Rumah teres 3 bilik
017-5019151/04-9773390/email: amirulhomestay@yahoo.com
RM150.00 Semalam - Harga masih boleh dirundingkan
Terletak berhampiran dengan surau. Berdekatan dengan UniMap, Uitm, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Institut Perguruan, Politeknik Dll. Semua kemudahan disediakan seperti set peralatan tidur dan lain-lain lagi.

Buget Homestay, Kangar
No. 9 Jln Hijrah 5, Tmn Hijrah 01000 Kangar, Perlis
Semi-D/ 3 Bilik
0194548974 / 0125214616
RM160.00 Semalam
0.5 km ke bandar Kangar / UniMap. Tidak jauh dari Ins. Perguruan Perlis, MRSM Beseri, Kolej Matrikulasi Perlis, UiTM Arau, Jeti Kuala Perlis.
Berdekatan dengan tempat reakreasi spt Tasik Melati, Gua Kelam, Sg. Batu Pahat, Tmn. Herba, Kebun Anggur , Ladang Mempelam Harumanis

Homestay Mak Lang terletak di Taman Fauziah iaitu berdekatan dengan bulatan besar Kangar dan bangunan ibu pejabat TNB, Kangar. Kemudahan disediakan ialah 3 bilik dan 2 bilik air. Ruang tamu dan dapurnya luas. Harga yang ditawarkan ialah RM130 sahaja semalam. 

Tel Perlis Malaysia House-stay/ Room-stay hotline 019-4803262 (Shamsul) lodging & tour 019-4477475 @ 019-5638475 (Asri)/ 013-4887475 (Siti)/fax 04-9382107

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...