Oct 25, 2011

KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 2010

ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 2010 . Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2010 adalah memuaskan. Pada tahun 2010, baki Kumpulan Wang Disatukan mengalami penurunan sedikit berjumlah RM1.89 juta atau 5.6% kepada RM32.03 juta berbanding RM33.92 juta pada tahun 2009. Kutipan hasil pada tahun 2010 meningkat
sejumlah RM20.55 juta atau 21.4% kepada RM116.49 juta manakala perbelanjaan meningkat
sejumlah RM12.67 juta atau 13.1% kepada RM109.21 juta.

Kerajaan Negeri mencatatkan surplus bagi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM7.28 juta setelah mencatat defisit selama 3 tahun berturut-turut. Hutang Awam Kerajaan Negeri bagaimanapun telah meningkat sedikit
sejumlah RM9.81 juta atau 2.4% menjadi RM416.29 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman
yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah RM19.44 juta atau
13.4% menjadi RM164.66 juta berbanding RM145.22 juta pada tahun 2009.

Tunggakan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2010 berjumlah RM26.26 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman daripada Agensi Negeri berjumlah RM69.94 juta. Kerajaan Negeri hendaklah
berusaha mengutip tunggakan hasil berjumlah RM26.26 juta dan mengambil tindakan lebih
tegas menuntut tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
yang berjumlah RM69.94 juta. Hutang Awam Kerajaan Negeri yang berjumlah RM416.29 juta
hendaklah dibayar balik mengikut jumlah dan tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan
tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM164.66 juta tidak terus meningkat. Selain itu,
Kerajaan Negeri perlu meneruskan amalan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu
perkhidmatan dan sumbangannya kepada rakyat.

RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI

Pada keseluruhannya, prestasi pencapaian pelaksanaan projek-projek di bawah
RMKe-9 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri adalah memuaskan kerana sejumlah RM435.30
juta atau 75.2% daripada RM578.81 juta peruntukan yang diluluskan telah dibelanjakan.
Sehingga tahun 2010, sebanyak 226 projek atau 85.6% daripada 264 projek yang diluluskan
telah siap dilaksanakan manakala 38 projek atau 14.4% masih dalam pelaksanaan.
Pelaksanaan projek pembangunan yang lancar dapat mempertingkatkan lagi taraf sosio hidup
rakyat Negeri Perlis.

PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI.

Pada tahun 2010, Pengauditan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks  akauntabiliti telah dilaksanakan di 10 Jabatan/Agensi Negeri. Pada keseluruhannya, pengurusan kewangan di 1 Jabatan adalah pada tahap sangat baik dan 6 Jabatan pada tahap baik manakala 3 Agensi Negeri pada tahap memuaskan. Pencapaian ini adalah lebih baik jika dibandingkan pada tahun 2008 dan 2009 di mana 5 dan 8 Jabatan mencapai tahap baik.

Kelemahan yang dibangkitkan terutamanya adalah berhubung dengan Kawalan Pengurusan
Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah dan Deposit; Kawalan Pengurusan Aset, Inventori
dan Stor; Pengurusan Pelaburan; dan Pengurusan Pinjaman.


Sumber: 
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_penyata/PERLIS.pdf

Ulasan:
Kerajaan Negeri perlu meningkatkan hasil negeri melalui projek ekonomi yang lebih berdaya saing. Ekonomi tradisional perlu di tambah baik, agar ada peningkatan hasil. Hutang  PKENPs perlu di kutip secepat mungkin. Projek mereka perlu di pantau agar ada daya saing dan mendapat untung.

Sektor baru seperti pelancongan, kilang, IKS perlu di lihat secara lebih jelas, dengan inisiatif memajukan sektor berkenaan secara lebih terancang. Latihan semula rakyat perlu di buat agar rakyat Perlis boleh berdikari dan jadi IKS berjaya

1 comment:

  1. ermmm
    kerajaan sekarang macam tak leh nak perintah jer aku tengok

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...