Oct 18, 2011

Kenapa Wujud Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh terletak 17km ke utara bandar Kangar, Mukim Beseri, dan boleh dihubungi melalui 2 jalan iaitu  Jalan  Kangar-Padang Besar, dan Jalan Abi- Padang Besar, Empangan Timah Tasoh adalah nama yang diambil daripada pertumuan dua batang sungai utama yang melalui kawasan ini pada suatu masa dahulu iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek pembinaan Emapang Timah Tasoh bermula pada 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992 dengan kos sebanyak Rm77 juta dibawah peruntukan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Malaysia (IADP)

Ciri-ciri Empangan

Benteng utama Empangan Timah Tasoh diperbuat daripada tanah sepanjang 3.5km. Keluasan kawasan takungan ialah 13.3km persegi dan dapat menampung takungan sebanyak 40 juta meter padu, pada aras takungan biasa AL 29.1meter. Daripada jumlah takungan tersebut hanya 33.3 juta meter padu sahaja yang dapat digunakan dan selebihnya adalah takungan mati.

Keluasan kawasan tadahan ialah 226km persegi iaitu meliputi kawasan Kaki Bukit dan Padang Besar. Purata air larian yang masuk kedalam empangan ini ialah sebanyak 97.0 juta meter padu setahun.

Komponen dan Fungsi Empangan

1.  Benteng utama empangan
2.  Benteng pelana empangan
3.  Struktur alur limpah utama
4.  Struktur alur limpah kecemasan.
5.  Struktur pembekal air.

Fungsi Empangan Timah Tasoh adalah untuk:-

1.  Membekal air untuk keperluan domestik dan industri (54 ribu meter padu sehari)
2.  Membekal air untuk tujuan pengairan (55 juta meter padu setahun)
3.  Tebatan banjir

Pengagihan Air Untuk Pengairan

Sistem pembekal air kepada 14 buah skim pengairan dilakukan secara berperingkat-peringkat unutk memenuhi keperluan pengairan bagi tanaman tani 2 kali setahun dan dibahagikan kepada 3 blok iaitu Blok A seluas 1183Hektar, Blok B seluas 1189 Hektar, Dan Blok C seluas 703 Hektar

Kawasan Keselamatan

Empangan Timah Tasoh telah diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan oleh kerajaaan negeri perlis pada 15 ogos 1993 dan merupakan salah satu sasaran penting yang dikawal.

Perancangan Masa Depan
1.  Perancangan meninggikan Empangan sebanyak 2.5 meter untuk menambah takungan
     air Empangan kepada 70 Juta meter padu.
2.  perancangan pembangunan rekreasi dan pelancongan dipesisiran Empangan
3.  Aktiviti ekonomi yang mesra alam.


Kualiti air empangan anda boleh semak di sini

Sumber : JPS Perlis

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...