Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sep 8, 2011

Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan

Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan berikut:
  1. Penghulu Dol Said di Naning,
  2. Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti
  3. Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong,
  4. Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor
  5. Sultan Abdullah di Perak,
  6. Dato’ Bahaman,
  7. Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang,
  8. Tok Janggut di Kelantan,
  9. Raja Mahadi di Selangor,
  10. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu,
  11. Tok Moris, Tunku Kudin
  12. Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap,
  13. Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta
  14. Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah.
Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena.
Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya,
  1. Sheikh Tahir Jalaluddin,
  2. Syed Sheikh Al-Hadi,
  3. Sheik Muhammad Akil,
  4. Sheikh Awad Saidin
  5. Haji Abas Taha.
Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.
Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti:
  1. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba),
  2. Harun Muhammad Amin,
  3. Abdul Hadi bin Hassan,
  4. Burhanuddin Al-Helmi dan (Tokoh PAS yang terlibat sama menuntut Merdeka)
  5. Abdul Rahim Kajai.
Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.
Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’.
Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman
dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO.
Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, ”cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”.
Ringkasan Sejarah dan aliran langkah ke arah mencapai kemerdekaan:
  1.     Persidangan Malaya Merdeka Di London
  2.     Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  3.     Pengumuman Kemerdekaan Di Padang Banda Hilir, Melaka
  4.     Suruhanjaya Perlembagaan REID
  5.     Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London
  6.     Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Pertama
  7.     Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
  8.     Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Di Tandatangani
  9.     Pengumuman Perlantikan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka
  10.     Rang Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu Diluluskan
  11.     Pengumuman Jemaah Kabinet Yang Pertama Selepas Merdeka
  12.     Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen Tiba Untuk Upacara Kemerdekaan
  13.     Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan
  14.     Perasmian Stadium Merdeka
  15.     Bendera Union Jack Diturunkan di Melaka
  16.     Detik Jam Tengah Malam Di Padang Kelab Selangor
  17.     Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
  18.     Penetapan Tarikh Merdeka Pada 31 Ogos 1957
Sumber : Arkib Negara

Sebenarnya Arkid negara telah istihar Tokoh PAS seperti Burhanuddin Al-Helmi sebagai tokoh pejuang kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

2012 As End of The World AES Afdlin Shauki Afdlin Shauki gaza aff zuzuki cup 2012 Aflin Sauki Ke Plastine agama agen kereta pandu sendiri langkawi agro ajaib jam Akta Perhimpunan Aman 2012 Alam Sekitar ambiga AMK putar belit isu AES anak menanggis anggur tasik beris Anticlockwise Watch antique cars photo anwar APAKAH AES apakah perhimpunan aman Artis atasi batu karang ayat rahsia dalam quran ayat tengah dalam quran BAJU MUSLIMAH BAJU TUP AURAT BAJU WANITA ISLAM Bankrapkan syarikat Kamera AES barang lama antik di Rope Work beli insuran di pekan canglon beli insuran kereta ke thailand di padang besar BENAR atau PALSU video Saiful bersumpah laknat di Multazam Berita Berita Sukan bersih 3 Bersih 3 gagal bisnes Blog BN bola aff suzuki cup buku CALON SAH PRU 13 cara hidup rasulullah Cara memutih gigi Cara Mudah Buat Sitemap Blogspot cara pasang radio fm Celcom Branch Celcom center cikgu non kata pas zalim Dajjal dewan bahas isu seks dirang doa Pas Doa umno hancur boleh tak Dunia Ekonomi email palsu fatwa esq fatwa perlis folio FUNGSI AES gambar kereta gambar lucu gempa bumi sumatera apr 212 Hadis Halal HARGA BAJU Harga Dan Gambar Kereta Klasik harga kereta harga kereta sewa murah langkawi hati quran hudud pas hukum doa pada umno ikan kereta di mudah ikan patin tempoyak iklan INGATAN KUAT insuran ke thailand insuran kereta ke thailand Islam ISU AES isu bangla mengundi isu lynas jalan berhantu Jam jarum pusingan Tawaf jam ke kanan jam unik anti clockwise JAM WANITA ANTICLOCK WISE jarum jam ikut tawaf Jawapan Ulama UMNO jenis kkereta jpj jawap isu aes jual kereta kelebihan selawat atas nabi muhammad kelebihan surah al kahfi KENAPA AES kenapa umno dan bukan pas Kereta kereta Antik kereta elektrik kereta ev kereta sewa murah langkawi Kesihatan KL 28 apr 2012 Kod Radio FM Ladang anggur malaysia Lelaki Dan Perempuan LOKASI AES Lorong Kulit Penang Makanan malaysia indonesia masak tempoyak temerloh MATLAMAT AES melancong ke thailand Misteri mudah jual beli kereta Muqadam bergambar Mutu Broadband Perlis Najib Razak Nasa NASHARUDIN MAT ISA new-sony-google-tv-review-2012 Nurul Izzah Perlu Taubat Ustaz Nasharudin orang silat banyak guna ayat ini Osama TIDAK MATI Panduan Internet pas pas 2013 pas doa hancur umno pas tandatangan tak mahu hudud PASAR MALAM PASAR TANI Pasar Terapung Klong Hae Market pelacuran Pelancongan pembangkang politikan AES pengalaman ke hatyai pengamal rawatan islam penguna broadband pengundi hantu 5 mei PENIPUAN INTERNET PENIPUAN MELALUI EMAIL PENIPUAN ONLINE Penjelasan Hj Hadi Doa Hapus UMNO PERANAN AES peraturan kastam thailand perawat islam Perlis persatuan penguna sokong AES petua petua batu karang Politik produk islam proton ev proton preve PRU13 punca batu karang rahsia pas tak mahu huded Raja Petra Kamarudin Rangking Alexa Rawatan Islam review digi broadband review maxis broadband rezeki ribut solar Rokok Haram Rozita Che Wan Berkahwin Dengan Dato K RUMAH rumah kayu malaysia samsung SB dedah penipuan pilihanraya Sejarah Seks seks bebas senarai pulsat rawatan islam SEO servis broadband maxis digi sex sexualiti merdeka Shopping And Travel sitemap blogspot sitemap untuk blogger SPR PRU13 surah al kahfi 18/19 syarat akta perhimpunan aman syarat bawa kenderaan ke hatyai syarat bawa kereta ke thai Tahun Melawat Malaysia 2014 teknik buat sitemap Teknologi Telephone Thailand Tip dan Panduan tipu melalui email Tokoh toyota ev TSHIRT MUSLIMAH ustaz kazim Video wallpapers Wanita Website Speed Test yahoo Answers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...