Nov 21, 2012

Polis sila siasat Dakwaan Bekas SB

Polis sila siasat Dakwaan Bekas SB, saya minta polis siasat dakwaan bahawa UMNO bawa masuk pendatang asing jadi pengundi di beberapa negeri di pantai timur. Ini dakwaan sirius oleh pewakilan Pas dalam muktamar Pas baru baru ini. Jika ini benar ini adalah penipuan dalam pilihanraya selama ini

Lihat Ucapan bekas SB

Penjelasan Hj Hadi Doa Hapus UMNO

Penjelasan Hj Hadi Doa Hapus UMNO BN. Dalam video di bawah Presiden Pas YB Hj Hadi menjelaskan doa hapuskan UMNO dan BN di bolehkan, ia bukan di tuju pada orang melayu dan orang islam tapi ia untuk UMNO BN dalam menghapuskan Ideologinya yang zalim. Sekarang jadi isu sebab UMNO faham hapus orang melayu yang sertai UMNO.

Mereka terus berkata UMNO BN Zalim, apa yang zalim, kita boleh senaraikan selepas ini.

Video Penjelasan Hj Hadi Doa Hapus UMNO BN


Jawapan Ulama UMNO mengenai doa Pas



Video Doa Pas kepada UMNO hancur

Video Doa Pas kepada UMNO hancur, lihat politik Malaysia, dalam politik Malaysia semua boleh, Nak tanya bolehkah doa sesama Islam dan hancurkan Islam. Jawapan Ulama UMNO




Lihat Komen dan Jawapan Dr Maza



Jawapan UMNO pula macam ni, kena baca baru adil

Nov 15, 2012

Nurul Izzah Perlu Taubat Ustaz Nasharudin

Nurul Izzah Perlu Taubat Ustaz Nasharudin
Nurul Izzah Perlu Taubat kata Ustaz Nasharudin. Isu ini pada saya sangat fundamental dan menyentuh hati umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya. Ditinjau dari segi tasawwur dan epistemologi Islam, isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri. Oleh itu ia mesti dijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.

Pertamanya, kita sedia maklum latar belakang setting isu ini timbul, yakni dalam suatu forum, di sebuah gereja dan dianjurkan oleh pihak gereja.

Keduanya, berlaku cubaan untuk menjawab balik oleh Ahli Parlimen itu dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu, menyalahkan Utusan Malaysia contonya kononnya disalahtafsir atau disalah petik.

Ketiganya, ramai dikalangan kita termasuk saya sendiri, mula mendapat tahu itu tersebut dalam portal media internet.

Keempat, kini seluruh rakyat Malaysia boleh lihat kenyataan asal Nurul Izzah dalam bentuk verbatim - amat terang dan jelas maksud setiap perkataan yang diucapkan.

Di dalam Fiqh Islami, terdapat satu kaedah penting yang diterimapakai oleh pakar-pakar dan sarjana Islam, bermaksud (nahkum bizawahir wallah yatawwala bi alsaraair) yakni, kita meletakkan hukum dengan perkara yang zahir; perkara tidak zahir (yakni tidak nampak) kita serah kepada Allah SWT.

Dalam konteks Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan.

Ayat "tiada paksaan dalam agama" hanya terpakai kepada bukan Islam,. Tafsiran ini disepakati oleh seluruh Mufassirin (Ahli Tafsir) Islam tanpa khilaf. Tafsiran ini bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim, tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.

Namun, apabila orang bukan Islam itu sudah menjadi seorang Muslim maka ayat ke-36 daripada surah al-Ahzah yang bermaksud "Tiada boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak berhak untuk memilih..."

Saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan dan pabila sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat diatas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita.

Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah.

Istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat "Tiada paksaan dalam agama" itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius. Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas "akidah dan syariah Islam". Kedua, ia bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam katogeri mengiyakan fahaman liberalisme iaitu "meliberalkan' fahaman agama Islam dan 'mempluralkan' fahaman agama Islam.

Bagi saya ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh.

Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud "Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya". Mentafsir Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya. 

Sebagai komponen Pakatan Rakyat, PAS khasnya, kepimpinan PAS yang terdiri daripada ulama harus memandang serius kenyataan ini.

NASHARUDIN MAT ISA
Bekas Timbalan Presiden Pas

Nov 7, 2012

Penguna Broadband DIGI Maxis Marah

Penguna Broadband DIGI Maxis Marah. Kenapa marah? anda pasti tahu jawapannya, Ramai pengguna broadband maxis dan digi marah bila servis perlahan. Kata 'fast' tapi 'slow'. Syarikat lain pun serupa, bila servis tak ikut iklan mereka, Mereka kata broadband mereka pantas tapi, hampa dan kecewa.

Lihat antara rungutan pengguna
review Penguna Broadband DIGI Maxis Marah

Penguna Broadband DIGI Maxis Marah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...