Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Apr 10, 2012

Kelebihan Tranformasi Kedai Runcit


Penyertaan dalam program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) merupakan keputusan yang tidak mengecewakan bagi 519 pemilik kedai di seluruh Malaysia. Ini termasuk Cik Jessica Wong, seorang ibu tunggal berusia 42 tahun yang menguruskan sebuah kedai runcit di Bandar Bukit Puchong.

Pada April 2011, beliau menyertai program perintis tersebut dan menyaksikan peningkatan hasil mingguan daripada RM20,000 kepada RM29,000 beberapa minggu kemudian. Program TUKAR dilancarkan pada bulan Januari 2011 untuk membantu pekedai-pekedai runcit meningkatkan daya saing melalui penggunaan teknologi moden dan proses perniagaan yang efisien.

Dengan bimbingan dan bantuan En. Mohamad Harith De Souza Abdullah, pengurus projek komersial Tesco, kedai tersebut telah berubah daripada kedai yang suram kepada sebuah kedai runcit yang menarik dan diterangi cahaya. Kedai yang asalnya tidak teratur menjadi lebih moden dan sistematik, dalam hanya tempoh 10 hari selepas mendapat khidmat nasihat daripada Harith.

"Kedai ini seperti bertenaga semula. Dahulu, saya hanya mempunyai lantai konkrit yang berdebu dan rak berkarat. Sekarang, lantai sudah berjubin dan saya mempunyai rak baru serta alat penghawa dingin. Ini menjadikan pengalaman membelibelah di sini lebih selesa untuk pelanggan-pelanggan saya," jelasnya.

Jessica juga menerima khidmat nasihat tentang cara-cara menjadikan kedai tersebut lebih efisien dengan mengubah susun atur barangan untuk dijual dan sistem operasi, menyediakan struktur planogram dan yang penting sekali, penyusunan semula cara pengurusan stok di kedai tersebut.

TUKAR juga merupakan satu pengalaman yang mengubah hidup Puan Francisca Jeyanthan yang mewarisi kedai Pasar Mini Bandar Baru Merlimau daripada bapanya. Beliau hampir-hampir berputus asa memandangkan pendapatan yang diterima agak rendah, membuatkan beliau kurang pasti untuk menguruskan perniagaan itu.

"Sebelum ini, jualan seharian hanya RM1,000 hingga RM1,900. Dengan bimbingan Mydin, ia kini sebuah kedai serbaneka yang efisien dan teratur dengan peningkatan jualan sehingga RM3,000 sehari," kata Francisca.

"Kedai kini telah digantikan dengan jubin, pendawaian elektrik baru dan selamat, rak baru yang berkilat, perkakasan baru serta produkproduk telah disusun semula menjadikan ianya lebih menarik. Saya amat berterima kasih kepada program ini," kata Francisca.

Pada tahun 2011, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk program ini. Peruncit ditawarkan pinjaman mudah antara RM20,000 dan RM60,000 dengan tempoh pembayaran semula selama 15 tahun.

TUKAR bermatlamat untuk mentransformasi dan memodenkan 5,000 kedai di seluruh negara menjelang tahun 2020.

Sumber : ETP annual report 2011

Jan 29, 2012

SARA 1MALAYSIA SYARAT DAN PULANGAN

SARA 1MALAYSIA SYARAT DAN PULANGANSkim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan pada 12 Jan 2012 akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun. Syarat utama pendapatan bawah RM3000.

Jika anda guna duit sendiri anda akan dapat RM13,000 selepas 5 tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik.

“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.

Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.

SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup.

Bank yang ambil bahagian, Maybank, CIMB, BSN dan RHB, anda boleh pergi salah satu bank ini mulai 30 Jan 2012 hingga habis dijual tahun ini, siapa cepat dia dapat

Dec 24, 2011

Pembekal Kacang Putih Terkenal Buntong Ipoh

kacang putih perak

Pembekal Kacang Putih Terkenal Buntong Ipoh, menjadi satu-satunya kawasan industri kecil sederhana kacang putih terbesar di Malaysia.  Lubuk Kacang putih ini terletak di Ipoh perak, juga bukan hanya makanan oleh masyarakat India, malah ia turut menjadi kegemaran masyarakat Melayu dan Cina. Boleh dikatakan ia merupakan makanan ringan ‘1 Malaysia’ pusat Kacang di Perak dan terkenal. siapa tak kenal Perniagaan Kacang Putih S. R.


View Larger Map

Oleh itu, satu pembaharuan perlu dilakukan dengan kadar yang segera agar industri ini terus berkembang dengan lebih pesat, sekaligus, meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Demikian yang dinyatakan oleh Pengarah Perniagaan Kacang Putih S. R. Ipoh, C. Ratnasami Nadar ketika ditemui oleh Peraknews di Kedai Perniagaannya di Buntong, Ipoh, pagi tadi. “Industri kacang putih ini telah lama wujud di perak, tidak silap saya lewat tahun 1940 apabila enam keluarga telah berhijrah dari India Selatan untuk menetap di Ipoh.
“Dari situ bermulalah transformasi dan pertumbuhan perniagaan kacang putih.

“Ia bermula secara menjaja dan kini seperti yang anda boleh lihat telah wujudnya kedai-kedai dan kilang memproses kacang di sini,” katanya. Beliau yang kini berumur 65 tahun berkata, minat untuk menceburi bidang perniagaan kacang putih ini mula terbit seawal umur beliau 10 tahun lagi. Sementara ayahnya menjual kacang putih di kantin sekolah, beliau akan menjunjung bakul yang dipenuhi dengan kacang putih untuk dijual di jalanan.

“Untuk pengetahuan, perniagaan kacang putih ini, perniagaan keluarga, kami telah melakukannya secara turun-temurun. “Saya sendiri mula tertarik dengan perniagaan ini sejak berumur 10 tahun lagi. “Setiap hari saya akan menjunjung bakul yang berisi kacang putih untuk di jual di tepi-tepi jalan. “Kesusahan dan beratnya bakul yang dijunjung itulah yang memotivasikan diri saya untuk terus maju ke hadapan,” terangnya.
Isteri beliau, K.Sarasvathi, 50 yang duduk bersebelahan suaminya sentiasa memberikan senyum turut menjelah perbualan kami.

“Suami saya seorang yang cekal, dari menjunjung dulang dan berjalan kaki, dia telah berusaha gigih untuk membeli basikal, kemudiannya motorsikal, van dan kini kami telah mempunyai kilang memproses kacang putih sendiri serta kedai menjual kacang putih juga,” celah isterinya. Kilang pemprosesan kacang putih itu menghasilkan lebih daripada 36 jenis kacang setiap hari, antaranya ialah pakoda, sivel, dhall, Aulu, poori, pakoda srilanka, omom dan kadalai.

Selain itu, C. Ratnasamy turut memberitahu kedainya turut menjual manisan tradisional masyarakat Indian seperti laddu, jalebi, athirasam dan mysore pagu. Katanya, kacang putih yang disediakan oleh mereka dijamin tahap kebersihannya dan pegawai kesihatan daripada Majlis Bandaraya ipoh juga sering kali melakukan pemeriksaan.

Sehubungan dengan itu, kacang putih yang dijualnya sentiasa mendapat sambutan ramai. Malah harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan iaitu serendah RM6 hingga RM14 sekilo. Tambah beliau lagi, saingan yang wujud dalam perniagaan menjual kacang putih di Kampung Kacang Putih ini sihat kerana setiap peniaga mempunyai rahsia resepi keluarga yang tersendiri.

Justeru itu, pelanggan-pelanggan mereka juga kebanyakkannya adalah terdiri daripada pelanggan tetap.
“Sudah tentu adanya saingan dalam setiap perniagaan. “Tetapi apa yang bagusnya ialah saingan itu adalah saingan yang sihat. “kami semua telah pun mempunyai pelanggan tetap sendiri. “Saya sendiri juga telah memperluaskan skop perniagaan dengan mengeksport produk kami ke luar negara seperti ke Australia, New Zealand dan China,” terangnya.

Katanya, buat masa ini masalah yang dihadapi oleh semua peniaga kacang putih di Buntong ialah kekurangan kakitangan ataupun pekerja. Golongan muda tempatan dilihat tidak berminat untuk bekerja dalam bidang memproses dan membekal kacang putih. Oleh itu, mereka terpaksa mengambil pekerja warga asing untuk membantu mereka menjalankan perniagaan.

Sesiapa yang berminat untuk mencuba atau membeli kacang putih keluaran Perniagaan Kacang Putih S. R. Ipoh boleh hubungi Puan Sarasvathi di talian 05-2533908 atau emelkan ke aru6sr@yahoo.com.
Sekiranya anda berada di berada di Bandaraya Ipoh, boleh terus membeli kacang putih tersebut di alamat No.23, Jalan Sungai Pari, Kampung Kacang Putih , Buntong, 30100, Ipoh, Perak yang dibuka seawal jam Sembilan pagi hingga 6 petang.

Terdahulu, Setiausaha Persatuan Perdagangan Masyarakat Indian, B. K. Kumar meminta agar pihak kerajaan memasukkan Kampung Kacang Putih dalam kalender pelancongan negeri agar para pelancong luar negara tahu kewujudan kampung tersebut yang terkenal dengan kacang putihnya.Katanya, surat permohonan telah pun diberikan kepada Pengarah Pelancongan Negeri, dan sedang menunggu jawapan dari pihak yang bertanggungjawab mengenainya.

Dec 23, 2011

Kenapa harga minyak Malaysia Naik

Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak di Malaysia perlu naik juga? Sebenarnya Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak.

PETRONAS hanya menguasai 30 peratus sahaja pasaran dalam sektor penjualan runcit produk petroleum tempatan, manakala bakinya dikuasai oleh syarikat seperti Shell, Esso, Caltex, BP, Mobil dan Projet.

Jika PETRONAS dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi kepada syarikat minyak asing.

Di Malaysia, PETRONAS mempunyai tiga loji penapis minyak dengan jumlah keupayaan 256,000 tong sehari atau 47 peratus daripada jumlah keluaran negara.

Baki sebanyak 53 peratus disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari), Exxon-Mobil (88,000 tong sehari) dan Conoco Phillips (48,000 tong sehari).

Oleh kerana Malaysia menggunakan 520,000 tong sehari, kita juga bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.

Dec 20, 2011

Menara 100 Tingkat Jana Ekonomi

Menara 100 Tingkat Jana Ekonomi. Mengulas mengenai projek itu, Hamad Kama Piah berkata, projek pembangunan bercampur berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara di Kuala Lumpur itu juga akan merancakkan pembangunan hartanah di kawasan sekitarnya apabila ia siap sepenuhnya pada 2020. “Apabila siap kelak, projek ini akan menjana kegiatan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Hamad Kama Piah turut menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap projek bangunan 100 tingkat itu akan menyebabkan lebihan penawaran ruang pejabat dan komersial di Kuala Lumpur seperti yang berlaku ketika ini.

“Apabila kami merancang projek ini, kami perlu memastikan ruang pejabat di bangunan itu dipenuhi.

“Bangunan ibu pejabat PNB sekarang sudah berusia 30 tahun dan kumpulan memerlukan ibu pejabat baru sejajar program pengembangan kami,” katanya.

Projek yang menempatkan bangunan tertinggi di Malaysia itu akan dibangunkan anak syarikat milik penuh PNB, iaitu PNB Merdeka Ventures membabitkan kos RM5 bilion.

PNB akan membina menara 100 tingkat itu terlebih dulu supaya ia dapat menjadi tarikan bagi pembangunan komersil lain seperti hotel, kondominium dan pusat membeli-belah.

Hamad Kama Piah berkata, kos pembinaan menara 100 tingkat berkonsep bangunan pintar mesra alam itu dianggarkan antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion dengan pembinaannya dijangka dimulakan tahun depan dan siap pada 2015.

Dec 17, 2011

Pantau Projek MyAgrosis agar berjaya


Pantau Projek MyAgrosis agar berjaya

Kerajaan di gesa Pantau Projek MyAgrosis agar berjaya. 30 juta diperuntukan bagi menjayakan projek MyAgrosis dan bagi membantu kelab itu dalam usaha meningkatkan daya pengeluaran hasil pertanian negara. Banyak tanah kampus yang terbiar, maka kerajaan ambil keputusan supaya memajukan tanah dikampus sebagai pusat pengeluaran makanan negara.

Kelab MyAgrosis diwujudkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menggalakkan graduan menceburi sektor pertanian moden, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Pantau Projek MyAgrosis agar berjaya
Melalui MyAgrosis, pelajar diberikan latihan dan pendedahan menyeluruh mengenai penanaman, penternakan dan pemprosesan makanan menggunakan teknologi moden dan terkini serta kaedah pemasaran.
"Pendedahan ini penting bagi siswazah untuk memilih dan mengusahakan sektor pertanian sebagai kerjaya yang menguntungkan selepas mereka menamatkan pengajian nanti," katanya.

Apa yang ingin di sarankan agar kementerian pertanian dan kementerian pengajian tinggi memantau program ini supaya menampak kejayaan. Jangan buat hangat hangat tahi ayam, lepas 2 atau 3 tahun, senyap dan dan berdaya maju. Semua pihak akan rugi, jika projek ini gagal. Sebab itu pemilihan projek dan jenis projek kena juga dilihat dengan baik, agar hasilnya baik dan mendatangkan untuk.

Kita mahu usahawan siswazah tani membuktikan pengeluaran hasil yang bermutu dan dapat di jual di kedai 1Malaysia dan pasaraya MYDIN. Kalau keluar cili, kita mahu cili yang yang bermutu dan harga yang bersesuaian. Kalau Tomato, kita mau tomato segar. Begitu juga dengan tanaman atau projek pertanian lain.


Gambar oleh : http://citeanoizul-stories.blogspot.com/2011/10/livemajlis-pelancaran-kelab-myagrosis.html

Dec 16, 2011

Isu Felda selesaikan segera

Isu Felda selesaikan segera
Isu Felda dan isu penyenaraian Felda Global perlu di selesai segera. Kenapa soal masa depan dan soal tanah Felda di bantah PAS, apa alasan Pas. Kemudian ada pula yang marah PAS kerana ganggu soal felda. apa isunya. saya pun risau. Kita lihat isunya apa?


Fakta 1
KUMPULAN Felda Global (Felda Global) menegaskan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia tidak akan membabitkan pajakan tanah milik peneroka sebaliknya hanya tanah di bawah kelolaan kumpulan. Presidennya, Datuk Sabri Ahmad berkata, keseluruhan tanah yang dimiliki Felda adalah sekitar 860,000 hektar dengan anggaran 500,000 hektar adalah di bawah pemilikan peneroka.

“Tanah yang diuruskan Felda adalah sebanyak 360,000 hektar dan bahagian ini yang akan dipajakkan kepada FGVH. “Malah, pihak pengurusan tidak akan mengganggu tanah kepunyaan peneroka,” katanya selepas sidang media penemuan kaedah jangkitan Ganoderma di Pusat Bioteknologi Felda di Sepang, semalam.

Menurutnya, peneroka tidak seharusnya bimbang dengan urusan penyenaraian berkenaan berikutan ia akan memberi faedah jangka panjang kepada mereka.

“Melalui penyenaraian ini, pemegang saham utama iaitu Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan mendapat manfaat melalui dividen yang lebih tinggi setiap tahun, bergantung pada harga pasaran.

Fakta 2
KUALA LUMPUR: Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) akan mendapatkan butian terperinci mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) secepat mungkin untuk diterangkan kepada anggota peneroka, kata Timbalan Presidennya Tan Sri Rozali Ismail.

 Fakta 3
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, penyenaraian tersebut hanya akan membuatkan nasib peneroka terumbang ambing kerana yang akan mendapat keuntungan besar melalui penyenarain itu ialah syarikat-syarikat besar.

"Kebimbangan kita mengenai perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Walapun ucapan Perdana Menteri terlalu pendek tapi bila (Najib) sebut FGVH akan disenaraikan dan kononnya peneroka mendapat "durian runtuh", ini bukan durian runtuh tapi "bala" yang akan diterima peneroka.

Presiden Anak, Mazlan Aliman dedah penyelewengan Felda, betul ke? Sirius ni, kenapa jadi macam tu sekali, jom lihat video ini.



"Yang dikatakan "durian runtuh" itu mungkin saham percuma kepada peneroka...mungkin jumlahnya sepuluh hingga 15 ribu tapi barang diingat, bila FGVH disenaraikan di BSKL, ekuiti Bumiputra akan berakhir sebab penyenaraian ini membolehkan pelbagai syarikat besar untuk melabur di Felda," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

 Fakta 4

USAHA kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia merupakan transformasi fasa keempat Felda, yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyenaraian itu bukan sahaja memberi rahmat kepada peneroka, bahkan kepada seluruh rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan warga peneroka Felda supaya tidak percaya dengan surat layang pembangkang yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima setelah penyenaraian FGVB di Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun depan.

“Saya ingin jelaskan, ini adalah kerja jahat pihak pembangkang. Kita tak akan buat sesuatu yang merugikan. Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya.

MB Pahang Kata apa


Bila nak dialog


Isunya apa?

Isunya ialah ketidakpercayaan orang Felda terhadap bisnes ini, samada untung atau rugi. Mereka juga bimbang jika disenaraikan di Bursa saham KL, semua orang boleh beli saham, termasuk orang luar dan bukan melayu. Ia satu risiko jika Bisnes ini rugi, Jika ia menguntungkan maka orang felda akan kaya. Pihak Kerajaan kena jelaskan dan beri keyakinan, jika betul ia menguntungkan, Kerajaan kena jelaskan segera, kena ambil kira pandangan semua pihak termasuk PAS, ANAK, UMNO, ORANG FELDA. Pemimpin jangan ego, ini soal masa depan dan maruah.

Oct 25, 2011

KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 2010

ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 2010 . Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2010 adalah memuaskan. Pada tahun 2010, baki Kumpulan Wang Disatukan mengalami penurunan sedikit berjumlah RM1.89 juta atau 5.6% kepada RM32.03 juta berbanding RM33.92 juta pada tahun 2009. Kutipan hasil pada tahun 2010 meningkat
sejumlah RM20.55 juta atau 21.4% kepada RM116.49 juta manakala perbelanjaan meningkat
sejumlah RM12.67 juta atau 13.1% kepada RM109.21 juta.

Kerajaan Negeri mencatatkan surplus bagi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM7.28 juta setelah mencatat defisit selama 3 tahun berturut-turut. Hutang Awam Kerajaan Negeri bagaimanapun telah meningkat sedikit
sejumlah RM9.81 juta atau 2.4% menjadi RM416.29 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman
yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah RM19.44 juta atau
13.4% menjadi RM164.66 juta berbanding RM145.22 juta pada tahun 2009.

Tunggakan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2010 berjumlah RM26.26 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman daripada Agensi Negeri berjumlah RM69.94 juta. Kerajaan Negeri hendaklah
berusaha mengutip tunggakan hasil berjumlah RM26.26 juta dan mengambil tindakan lebih
tegas menuntut tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
yang berjumlah RM69.94 juta. Hutang Awam Kerajaan Negeri yang berjumlah RM416.29 juta
hendaklah dibayar balik mengikut jumlah dan tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan
tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM164.66 juta tidak terus meningkat. Selain itu,
Kerajaan Negeri perlu meneruskan amalan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu
perkhidmatan dan sumbangannya kepada rakyat.

RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI

Pada keseluruhannya, prestasi pencapaian pelaksanaan projek-projek di bawah
RMKe-9 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri adalah memuaskan kerana sejumlah RM435.30
juta atau 75.2% daripada RM578.81 juta peruntukan yang diluluskan telah dibelanjakan.
Sehingga tahun 2010, sebanyak 226 projek atau 85.6% daripada 264 projek yang diluluskan
telah siap dilaksanakan manakala 38 projek atau 14.4% masih dalam pelaksanaan.
Pelaksanaan projek pembangunan yang lancar dapat mempertingkatkan lagi taraf sosio hidup
rakyat Negeri Perlis.

PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI.

Pada tahun 2010, Pengauditan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks  akauntabiliti telah dilaksanakan di 10 Jabatan/Agensi Negeri. Pada keseluruhannya, pengurusan kewangan di 1 Jabatan adalah pada tahap sangat baik dan 6 Jabatan pada tahap baik manakala 3 Agensi Negeri pada tahap memuaskan. Pencapaian ini adalah lebih baik jika dibandingkan pada tahun 2008 dan 2009 di mana 5 dan 8 Jabatan mencapai tahap baik.

Kelemahan yang dibangkitkan terutamanya adalah berhubung dengan Kawalan Pengurusan
Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah dan Deposit; Kawalan Pengurusan Aset, Inventori
dan Stor; Pengurusan Pelaburan; dan Pengurusan Pinjaman.


Sumber: 
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_penyata/PERLIS.pdf

Ulasan:
Kerajaan Negeri perlu meningkatkan hasil negeri melalui projek ekonomi yang lebih berdaya saing. Ekonomi tradisional perlu di tambah baik, agar ada peningkatan hasil. Hutang  PKENPs perlu di kutip secepat mungkin. Projek mereka perlu di pantau agar ada daya saing dan mendapat untung.

Sektor baru seperti pelancongan, kilang, IKS perlu di lihat secara lebih jelas, dengan inisiatif memajukan sektor berkenaan secara lebih terancang. Latihan semula rakyat perlu di buat agar rakyat Perlis boleh berdikari dan jadi IKS berjaya

Aug 6, 2011

PELUANG NIAGA ONLINE DENGAN SMARTHERBS

Saya ingin memperkenalkan peluang peniagaan baru secara online, anda boleh daftar di sini percuma. Produk menarik dan mudah dijual. Antara produk SmartHerbs ialah Kopi Barli, Susu Kambing, Kopi Tongkat Ali, Kopi Kacip Fatimah, Losyen Pati Halia. Lihat Gambar Produk: Siapa smartherbs, sila baca di bawah.
SUSU KAMBING

Smart Herbs memulakan perniagaannya sebagai agen pemasaran bermula dari bulan Mei 2007. Smart Herbs telah menubuhkan Smart Herbs Manufacturing (NS0034545-V) untuk mengeluarkan produk sendiri pada bulan Disember, 2007.
KOPI BARLI BERKHASIAT

Di atas sambutan yang baik dari pengedar dan pengguna produk Smart Herbs, maka Smart Herbs Sdn Bhd ( 802450 A) telah ditubuhkan dengan tujuan khas ia itu untuk bergerak di dalam bidang PEMASARAN BERBILANG TINGKAT. Smart Herbs Sdn Bhd kini dalam rangka memperhebat perkembangan syarikat untuk menjadi sebuah syarikat MLM yang berdaya saing bukan sekadar di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

Keahlian Smart Herbs adalah untuk se umur hidup. Setiap pengiraan Bonus tidak menggunakan nilai PV atau BV tetapi dikira terus dari harga jualan. Ini memudahkan ahli untuk memahami pelan pemasaran dan mengelakkan dari sebarang kekeliruan.

Target jualan ( maintain ) yang rendah iaitu RM 44.00 sebulan membolehkan ahli terus aktif tanpa sebarang tekanan. Ahli yang gagal mengekalkan Target jualan bulanan tidak akan mendapat Bonus Rangkaian atau Bonus Pangkat akan tetapi ianya tidak akan kehilangan status keahliannya. Bonus-bonus tersebut akan di bayar kembali sekiranya ahli tersebut kembali mengekalkan prestasi jualan bulanan.

Kami ada PLAN MUDAH & MENARIK untuk anda, PLAN USAHAWAN & MLM, anda join awal-awal... Lebih pendapatan jika anda memperkenalkan kawan-kawan kepada peluang hebat iniLihat plan pemasaran

Sistem Secara Online
Kini anda mampu menarik nafas lega kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk bersemuka dengan prospek anda lagi kerana di SmartHerb2u.Com kami telah menjalankan bisnes ini secara online sepenuhnya. Dengan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa & kos anda! Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah komputer/laptop & capaian internet (seperti yang anda telah ada sekarang!!

24 Jam Sehari & 7 Hari Seminggu

Kami akan menjamin kestabilan program ini akan tetap diakses pada setiap masa sepanjang 24 jam sehari dan 7 hari seminggu (walaupun ketika itu anda sedang tidur!)

JANGAN RISAU, kami berikan anda laman web promosi PERCUMA, cuma minta kawan-kawan anda buka laman web anda. Senang kan...? Boleh SMS atau email kepada mereka. Kami bantu dengan system auto-downline yang hebat. Maknanya anda akan dapat limpahan downline dengan cepat dari tajaan upline anda. Anda akan mempunyai URL sendiri contoh seperti URL penaja anda hari ini http://www.smartherb2u.com/?id=fauzi anda boleh buat promosi gunakan URL anda sendiri secara percuma.

Ok Jangan Tunggu lagi DAFTAR DI SINI


 



 

May 25, 2011

LAWATAN NAJIB KE JEPUN KUKUH HUBUNGAN EKONOMI

TOKYO, 24 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan Jepun semasa lawatan rasmi beliau di sini ketika negara matahari terbit memulakan usaha pembangunan semula bahagian timur laut negara itu yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lepas.

Kehadiran Perdana Menteri akan menjadi perangsang semangat rakyat negara itu yang masih bergelut dengan kejadian itu yang menjejaskan ratusan ribu orang dan meragut 15,000 nyawa dan 11,000 masih hilang, kata Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som kepada wartawan Malaysia pada Selasa.

Najib, yang ditemani oleh isteri Datin Seri Rosmah Mansor, akan tiba di sini pada Rabu bagi memulakan lawatan dua hari ke Jepun.

Perdana Menteri akan mengambil peluang semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ke-17 Nikkei pada Khamis di sini bagi memberikan galakan dan sokongan kepada warga Jepun.

Rakyat Jepun telah mempamerkan ketabahan dan dispilin yang kuat setelah mereka secara beransur-ansur pulih daripada bencana yang melanda negara yang terkenal kerana kejituan, kecekapan dan daya teknologinya.

Walaupun Persidangan Tahunan Nikkei mengenai masa depan Asia biasanya berkisar mengenai isu ekonomi tegar, Shaharuddin berkata pada kali ini, ahli ekonomi, pemimpin politik dan ketua-ketua industri akan menumpukan perbincangan terhadap langkah khusus ekonomi serantau yang perlu ambil bagi menangani kejadian seperti gempa bumi, tsunami dan akibat isu nuklear.

"Kawasan-kawasan kerosakan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina semula," kata beliau dan menjelaskan yang Jepun baru meluluskan belanjawan tambahan sebanyak US$489 bilion bagi pembinaan semula dengan lebih banyak belanjawan sedemikian akan diluluskan kemudian.

Beliau berkata tema bagi Persidangan Nikkei tahun ini mengenai Masa Depan Asia "Hubungan Kukuh dan Pertumbuhan yang Luas: Kunci kepada Mengatasi Cabaran Asia" relevan memandangkan kesukaran yang ditempuhi oleh Jepun dan cabaran yang dihadapi rantau ini berikutan peranan utama Jepun dalam ekonomi serantau dan global.

Beliau berkata Najib juga dijangka mengambil peluang ini untuk mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua industri Jepun bagi meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dan peluang-peluang yang ditawarkan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau dijangka mengadakan mesyuarat meja bulat dengan Persatuan Ekonomi Jepun Malaysia (Jameca) yang akan diwakili pegawai kanan daripada syarikat-syarikat seperti Marubeni Corporation, Sumitomo Corporation dan Toshiba.

Tahun lepas, Jepun merupakan sumber pelaburan pembuatan kedua terbesar Malaysia selepas Amerika Syarikat dengan 61 projek pembuatan bernilai US$1.308 bilion atau RM4.03 bilion diluluskan dengan pelaburan terutamanya dalam logam bukan mineral, logam asas, barangan elektrik dan elektronik serta makanan.

Bagi perdagangan dua hala, ia naik sebanyak 35 peratus kepada US$41.24 bilion pada 2010 berbanding US$33.55 bilion setahun sebelumnya, yang menunjukkan Jepun sebagai rakan dagang ketiga paling penting dengan Malaysia.

Eksport dari Malaysia ke Jepun naik kepada US$20.58 bilion pada 2010 daripada US$15.14 bilion pada 2009, manakala Jepun terus menjadi pasaran pelancongan utama bagi Malaysia dengan 415,881 orang melawat Malaysia, meningkat 5.0 peratus daripada 395,746 pada 2009.

Bagaimanapun beliau berkata perdagangan dua hala terjejas dalam bidang seperti import auto pada suku kedua tahun ini disebabkan oleh bencana baru-baru ini tetapi dijangka pulih pada suku ketiga dan keempat apabila usaha pembinaan semula mula membawa kepada pengimportan bahan binaan.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...