Jul 23, 2013

Stem sel dewasa dan kos rawatan

Stem sel dewasa dan kos rawatan
Stem sel dewasa dan kos rawatan. Stem sel dewasa terdapat dalam badan sejak kita dilahirkan. Tugas utama stem sel dewasa adalah untuk menggantikan sel-sel yang mati dan juga memulihkan sel-sel yang rosak. Stem sel dewasa telah dikenalpasti terdapat pada organ-organ dan tisu-tisu, termasuk otak, sumsum tulang, darah periferi, saluran darah, otot rangka, kulit, gigi-gigi, jantung, perut, hati, epitelium ovari, dan testis. Banyak kajian telah dijalankan ke atas stem sel dewasa ini dan didapati bahawa ianya berkebolehan untuk membahagikan dan memperbaharui



Stem sel dewasa dan kos rawatan


Kebolehan Stem Sel Dewasa bertukar menjadi sel-sel lain dalam badan dirinya sendiri serta menghasilkan sel-sel jenis yang lain. Apabila stem sel berada di otak, maka ia akan menjadi sel otak; apabila stem sel berada di jantung, maka ia akan menjadi sel jantung; apabila stem sel berada di saraf, maka ia akan berubah menjadi sel saraf dan sebagainya. Dengan ini, stem sel berpotensi untuk memulihkan keseluruhan organ dalam badan.

Dalam perubatan moden, stem sel ini diambil dari tisu ataupun sumsum tulang dan ianya dibiakkan secara kultur di dalam makmal. Tidak seperti stem sel embrio,penggunaan stem sel dewasa dalam penyelidikan dan terapi tidak menimbulkan kontroversi kerana ianya tidak melibatkan kemusnahan atau pembunuhan nyawa.

Kajian berkenaan stem sel dewasa ini semakin giat dijalankan kerana ianya telah membantu ramai pengamal perubatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit; antaranya adalah penyakit jantung, leukimia, ligamen koyak dan banyak lagi.

KOS RAWATAN GUNA STEM CELL

Rawatan atau terapi Sel Stem digunakan secara meluas dalam bidang klinikal di Malaysia bagi merawat penyakit-penyakit kronik. Kaedah ini disebut sebagai transplant atau pemindahan. Kaedah transplant/pemindahan yang terkenal pada masa kini adalah:
  1. Transplant/Pemindahan Sel Stem Dewasa : Sel Stem dari Tulang Sum-sum;
    Rawatan atau terapi Sel Stem yang paling terkenal. Cara ini digunakan secara meluas untuk merawat leukemia, kanser dan pelbagai jenis penyakit darah. Sel Stem dari tulang sum-sum akan diekstrak keluar dari badan pesakit.

    Kos Rawatan: RM50,000 ++
  2. Transplant/Pemindahan Sel Stem Dewasa : Sel Stem dari Darah; -
    Walaupun kebanyakan darah Sel Stem berada di dalam tulang sumsum kita, sebilangan juga hadir dalam aliran darah kita. Sel Stem dari darah juga boleh digunakan seperti Sel Stem dari tulang sumsum kita untuk merawat penyakit seperti leukemia, kanser dan penyakit darah. Darah dari pesakit sendiri atau penderma digunakan.
    Kos Rawatan:
    RM30,000/prosedur (Yuran Pemprosesan: RM15,000; Yuran Tahunan: RM1,800)
    (Sumber: StemLife)
  3. Transplant/Pemindahan Sel Stem Plasenta : Sel Stem dari Darah Tali Pusat. -
    Bayi yang baru lahir tidak perlu lagi tali pusat mereka. Tali pusat ini selalunya dibuang begitu sahaja. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kajian telah membuktikan bahawa darah di dalam tali pusat didapati kaya dengan Sel Stem. Ianya terbukti berguna dalam merawat jenis masalah kesihatan yang sama seperti mana dalam kaedah mengunakan Sel Stem dari Tulang Sum-sum.
    Malah pesakit yang mengunakan kaedah mengunakan Sel Stem dari darah Tali Pusat kurang terdedah terhadap penolakan badan dibandingkan kaedah mengunakan Sel Stem dari Tulang Sum-sum atau kaedah mengunakan Sel Stem dari Darah. Ini kerana sel-sel tersebut belum cukup matang sehingga di lihat sebagai suatu ancaman oleh sistem kekebalan (immune system) tubuh badan penerima. Darah Tali Pusat juga belum cukup matang untuk menyerang sel-sel di dalam tubuh badan penerima.
    Untuk menggunakan sel stem bayi, apa yang PENTING adalah:Jumlah sel stem darah tali pusat bayi perlu mencukupi untuk pesakit; Sel stem bayi perlu sepadan/serasi dengan pesakit;Sel stem bayi pula perlu bebas penyakit.

    Kos Rawatan: lebih kurang RM10,000
    Yuran Pendaftaran: RM2,500
    Yuran Tahunan: RM250 (selepas ulang tahun pertama bayi)

    Bank Tali Pusat di Malaysia:
  1. StemLife
  2. CryoCord
  3. CellSafe International
  4. StemTech International
 BERITA BAIK UNTUK ANDA
KINI ADA ALTERNATIF
UNTUK GUNA STEM CELL
DENGAN KOS MURAH
TANPA GUNA 3 KAEDAH DI ATAS

BACA SELANJUTNYA SINI


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...