Jul 29, 2013

Penyakit Ekzema

Penyakit Ekzema. Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Cara pengurusan ekzema
* Mengapakah penggunaan emolien atau pelembap penting?
Emolien merujuk kepada minyak mandian, pengganti sabun, krim atau pelembap yang boleh digunakan di atas kulit. Emolien penting untuk melembap dan melegakan kulit yang kering dan kemerah-merahan. Ia memberi satu lapisan nipis di atas permukaan kulit bagi mengurangkan kehilangan air dan mencegah kulit daripada menjadi kering. Tambahan pula, kulit yang kering sentiasa terasa gatal. Penggunaan emolien beberapa kali sehari boleh memastikan kulit memperoleh lembapan secukupnya. Tetapi pastikan pesakit ekzema hanya menggunakan pelembap khas untuk keadaan kulitnya.

* Apakah yang perlu diambil perhatian apabila mandi atau membasuh?
Dalam segelintir kes ekzema seperti ekzema atopik, penggunaan krim atau emolien mandian setiap hari adalah penting untuk membersih dan melembapkan kulit. Dapatkan nasihat doktor kerana keadaan kulit setiap individu adalah berbeza. Pastikan juga air mandian adalah suam dan bukannya panas. Produk mandian kosmetik mungkin menyebabkan keadaan ekzema bertambah buruk.
* Adakah minyak mandian antiseptik membantu?
Mungkin membantu untuk sesetengah orang tetapi pastikan ia hanya digunakan untuk satu tempoh masa yang singkat.
* Adakah rawatan steroid luaran membantu?

Ada kalanya jangkitan boleh menyumbang masalah kepada ekzema. Jika keadaan ekzema anda disertai dengan nanah, ini akan menyebabkan ekzema bertambah buruk. Krim steroid boleh mengurangkan keradangan kulit dan membantu menyembuh lapisan halangan kulit.

*Apakah jenis pakaian yang harus dipakai?
Sebaik-baiknya, gunakan pakaian berkain kapas kerana fabrik sintetik boleh menganggu masalah ekzema. Elakkan daripada menggunakan pelembut fabrik untuk pakaian tersebut.

* Adakah binatang peliharaan akan memburukkan lagi keadaan?
Jika tiada haiwan peliharaan dalam rumah, baik jangan beli pun. Sekiranya ada, kurangkan bilangan haiwan dalam bilik. Jangan sesekali biarkan haiwan kesayangan anda tidur di atas katil atau berada di bilik mandi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...