Jul 2, 2013

Punca Tak Subur pada lelaki

Punca Tak Subur pada lelaki
Punca Tak Subur pada lelaki. Mati pucuk Hubungan seks yang tidak normal berlaku apabila penetrasi yang kurang berjaya, lelaki yang mati pucuk atau disfungsi ereksi dan bukaan zakar yang tidak berada di hujung. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, masalah kawalan otot pada bahagian bawah zakar menyebabkan air mani diejakulasi ke dalam pundi kencing atau dikenal juga sebagai retrograde ejaculation. Masalah psikologi, masalah kesihatan atau stres juga mengganggu penghasilan air mani. Gangguan emosi boleh merencatkan penghasilan hormon dan pengaliran darah ke testis.

Secara purata, amaun air mani yang diejakulasi oleh seorang lelaki sebanyak 1 hingga 4 milimeter. Biasanya, lebih daripada 50 juta sperma yang terkandung setiap 1 milimeter yang diejakulasi. Sekiranya kepekatan sperma kurang daripada 20 juta per milimeter, peluang untuk hamil berkurangan. Selain itu, bilangan sperma yang mampu untuk bergerak juga sangat penting. Bagi lelaki yang subur, terdapat sekurang-kurangnya 50 peratus sperma yang mampu bergerak aktif. Semasa analisis air mani dijalankan, sperma yang bergerak dalam garisan lurus diperhatikan. Sekurang-kurangnya, 25 peratus sperma yang bergerak secara progresif. Aspek lain yang dilihat ialah rupa bentuk atau morfologi sperma. Apabila dilihat di bawah mikroskop, sperma manusia yang normal mempunyai kepala yang bujur dan ekor. Ada juga sperma mempunyai kepala, saiz dan ekor yang abnormal. Akan tetapi, sperma yang normal hendaklah merangkumi sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan sperma. Jika peratusan sperma yang abnormal melebihi 75 peratus, kualiti kesuburan akan merosot.

Pengiraan bilangan sperma dilakukan di makmal dengan menggunakan mikroskop. Amaun air mani yang diejakulasi diukur dan kepekatan sperma ditentukan dalam satu juta per milimeter. Spesimen sperma diproses di atas slaid mikroskop, diletakkan bahan kimia khas dan dibiarkan kering. Proses ini membolehkan bentuk sperma dikaji dengan lebih teliti.


Saya terbaca mengenai bahan dari pokok maca, maca yang yang berasal dari peru dikatakan kaya dengan khasiat yang boleh bantu lelaki yang bermasalah hormon, sperma dan ketegangan zakar,

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...