Jan 26, 2012

Video Cara Buat Bonsai

Video Cara Buat Bonsai
Video di bawah mampu mengajar anda cara buat bonsai. Secara ringkas cara dan persiapan membuat bonsai ialah seperti berikut:

Langkah pertama yang perlu dilakukan peminat bonsai ialah cari dan pungut pokok biasa (jangan pokok tauge!) yang dianggap sesuai untuk dikatikkan. Pokok yang menonjolkan keindahahan pertumbuhan seperti di alam semulajadi perlu diberikan keutamaan. Misalnya pokok cemara, jeliti, kesinai, dan sebagainya.

Peralatan yang diperlukan ialah sudip, cangkul, gergaji, pemangkas, gunting Jepun, karung plastik atau guni, dawai, benang, bekas semburan air dan tali, (bergantung, mungkin kurang atau lebih) Kelengkapan ini digunakan semasa menggali dan membawanya pulang.

Pasu juga menjadi salah satu faktor yang menyerlahkan pokok yang dikatikkan. Lantaran dengan itu, pastikan pasu memiliki sekurang-kurangnya satu lubang pengaliran air supaya tanah tidak mengekalkan kelembapan berterusan. Air yang bertakung menyebabkan akar pokok mudah diserang penyakit dan mengalami pereputan.

Secara jujurnya mempelajari kemahiran menanam dan menjaga bonsai memerlukan minat yang mendalam sebabnya kita harus tahu keperluan bonsai seperti udara, air dan cahaya matahari.


Cara membuat bonsai,


Video 2


Video 3

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...