Jan 25, 2012

Cinta Muka Buku



Cinta Muka Buku adalah lagu yang menarik. Ia patut di beri perhargaan. Ia masuk AJL . Lagu yang dipertandingkan iaitu Cinta Muka Buku diragui kekuatannya dengan melihat kepada lagu serta liriknya yang mudah, ringan dan biasa saja berbanding 11 lagu lain seperti Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan, Anna Rafali & Altimet), Beribu Sesalan dan lain-lain.

Lagu Cinta muka buku, amat popular di youtube dengan lebih 5,463,431 juta menonton di Youtube. wow wow hebat.

Berita Harian melaporkan, Najwa Latif sedikit pun tidak goyah dengan kritikan seperti itu kerana baginya, setiap pendengar mempunyai pendapat masing-masing untuk menilai sesebuah karya seni itu.

“Saya terima semua komen itu sebagai positif dan pada masa sama juga memperbaiki diri serta karya saya. Saya percaya setiap individu mempunyai pendapat berbeza. Perihal mempersoalkan lagu itu, ia tidak membuatkan saya patah semangat.

“Saya pun tak sangka lagu Cinta Muka Buku dipilih layak ke final. Sebalik itu, pengalaman ini adalah satu yang seronok bagi saya kerana dapat berkongsi pentas dengan barisan penyanyi yang hebat-hebat belaka. Dengan usia saya yang baru 17 tahun ini, saya sudah ada pengalaman untuk berkongsi pentas dengan penyanyi senior dan ini membuatkan saya sangat gembira,” katanya.
Najwa berpendapat kekuatan lagu Cinta Muka Buku pada lirik yang mudah difahami dan senang dihafal walaupun hanya sekali dengar.

Penulis lirik lagu itu iaitu kakaknya, Ika turut berbangga dengan kejayaan adiknya serta lagu ciptaan mereka itu. Bagi Ika, mereka sama sekali tidak sedih serta patah semangat dengan kritikan orang ramai, malah lebih bersyukur dengan peluang yang diterima untuk beraksi di atas pentas yang berprestij itu nanti.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...