Jul 23, 2011

Biometrik mampu kesan pengundi hantu

Mampukah BIOMETRIK SPR ini ?
Pembangkang mahu isu pengundi hantu di selesaikan. Pengundi hantu tu apa, Apa yang saya faham pengundi hantu ialah orang yang mengundi 2 kali dalam sehari, mungkin pagi di kawasan A, kemudian petang di kawasan B. Bolehkah jadi macam tu, Pembangkang kata ada bukti nama bertindih di senarai pengundi. Sekarang SPR buat cadangan baru, ia mahu guna sistem biometrik dalam piliharaya akan datang, ada yang setuju,  ada pihak tak setuju. Sistem Biometrik mampu kesan orang yang sama mengundi kali kedua. Ini bermakna sistem biometrik dapat kesan pengundi hantu.

Nak kesan bagaimana ?

Bila pengundi datang ke tempat mengundi, ia akan diminta letak ibu jari ke alat scan, kemudian komputer akan kesan samada pengundi betul  atau tidak, gambar dan no kad akan keluar. Kemudian jika orang yang sama nak mengundi kali ke dua di tempat lain, ia juga akan di minta letak ibujari, dan komputer akan kesan orang tadi dah pun mengundi kerana butiran pada scan pertama akan maklumkan.

Mampukah SPR buat macam tu ?

Sistem ini perlu talian online yang cekap, kalau kawasan tiada liputan internet macam mana, misalnya luar bandar yang masih belum cukup liputan. Jika peruntukan PM untuk SPR mengambil kira kos penyedian infrastruktur internet yang cekap, saya yakin sistem biometrik ini praktikal. SPR tak boleh guna sistem data dalam CD atau harddisk, kerana biometrik perlu talian online mengesan pengundi 2 kali di kawasan lain, jika ada pengundi nak buat 2 x undi, dalam hari yang sama.

Kos memang tinggi!!!!

Kos meliputi programing, data, pengurusan, latihan kakitangan, talian internet seluruh negara, dalam bandar dan pendalaman. Ia juga melibatkan alatan dan teknologi. Berapa kos sistem biometrik saya tak tahu.

Harapan Rakyat

SPR perlu ambil pandangan perbagai pihak terutama BERSIH dan parti pembangkang dan NGO dalam wujud pilihanraya Bersih dan Adil. Sistem kena telus, cekap dan boleh di pantau pihak ketiga. Kalau ikhlas, jangan lindung-lindung, buat kerja ikhlas kerana Allah, Allah akan tanya apa yang dato buat semasa dato kerja SPR dulu.

Laporan Bernama
KANGAR 23 Julai - Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...