Jul 23, 2011

Apakah Sistem Biometrik Dalam Pilihanraya

Sistem biometrik digunakan Jabatan Imigresen di pintu-pintu masuk di seluruh negara sebagai kaedah menangani jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI). Hari ini di Kangar PM Najib mengumumkan Bajet untuk SPR bagi menggunakan sistem Biometrik dalam pilihanraya akan datang. Apakah sistem biometrik?. Sistem Biometrik ialah sistem komputer yang boleh mengesan cap jari samada tulen atau tidak, ia juga dapat mengesan samada pengundi itu mengundi 2 kali atau tidak. Jika kad  kad pengenalan dibawa orang lain, maka sistem akan kesan melalui cap jari pembawa, bermakna pembawa itu bukan pemilik kad pengenalan itu. Ini yang saya faham dengan sistem biometrik ini.

Abdul Aziz berkata, SPR tidak akan menggunakan dakwat kekal seperti yang diminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana tiada laporan menunjukkan ada pengundi mengundi dua kali di negara ini.
Malah, kata beliau, sekiranya perkara itu berlaku sekali pun penggunaan dakwat kekal itu tidak akan berupaya menyelesaikan masalah orang mengundi sebanyak dua kali.

Mengulas penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya, beliau berkata, pihaknya akan membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia tulen.

Menurutnya, pemegang kad pengenalan itu perlu meletakkan jarinya pada alat sistem tersebut dan maklumat yang terkeluar pada skrin perlu sama dengan kad pengenalan yang dibawa pengundi. Tambahnya, SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih sebelum mengeluarkan kertas undi.

“Melalui sistem ini pengundi berkenaan tidak boleh pergi ke tempat lain dengan membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi bagi kali kedua,” jelasnya.

Manakala Pembangkang Tolak Biometrik, apa ke hal ini ? apa alasan mereka..

Klik Gambar untuk besarkan, sila baca


Alasan pembangkang ialah :
  • Kos yang tinggi
  • Penyelenggaraan dan pengurusan
  • Boleh dimanipulasi oleh pihak kerajaan kerana tiada pemamtau pihak lain atau suruhanjaya bebas, bagi elak pengundi hantu
Pendapat saya :

Semua pihak harus duduk sama berbincang, semua perkara teknikal ini boleh di selesai jika ada kerjasama, kos bukan alasan, jika Bersih mahu pilihanraya bersih. Jika sistem ini praktikal, mengapa kita harus halang, kalau dakwat kekal, nak ambil air sembayang, sahkah, kerana halang air ke kulit. Jika Imigresen mampu kawal keluar masuk pintu masuk negara, maka sistem biometrik ini juga mampu juga mengawal pengundi hantu.

Kerajaan dan SPR kena telus, ajak pihak BERSIH jadi ajk pemamtauan sistem biometrik ini, ambil yang pakar IT, bukan pakar cakap banyak.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...