Jul 24, 2011

Apakah Sistem Biometrik

Apakah sistem biometrik, Agensi mana yang dah guna sistem biometrik, kini heboh apabila SPR cadang guna sistem biometrik dalam pilihanraya, Pembangkang kata sistem biometrik meragukan dan ada kepentingan politik. Spr kata ia mampu mengatasi pengundi hantu. Jadi apakah sistem biometrik spr itu?
Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut. Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan, anak mata, suara, muka, pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA), keystroke, tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.

Di peringkat global, penggunaan teknologi biometrik telah meningkat terutamanya dalam bidang keselamatan dan forensik bagi tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti seseorang individu. Contohnya, semua lapangan terbang di Amerika Syarikat menggunakan sistem pengenalan biometrik yang mengandungi gambar serta cap jari pelawat-pelawat asing. Negara Jepun pula banyak menggunakan kaedah urat saraf (vein) bagi sistem kedatangan di pejabat/syarikat dan sistem maklumat peribadi di institusi-institusi pendidikan serta kesihatan.

Di Malaysia, teknologi biometrik juga telah dimanfaatkan oleh banyak agensi Sektor Awam dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan mereka. Antara aplikasi yang menggunakan teknologi biometrik adalah MyKad sebagai dokumen pengenalan warga Malaysia dan Automated Fingerprint Identification System (AFIS) bagi mengenal pasti identiti warga Malaysia melalui pengesanan cap ibu jari.

Teknologi biometrik
yang menggunakan cap jari juga digunakan bagi Sistem Pasport, Sistem Biometrik Pengesanan Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Biometric Fingerprint Identification System (BIOFIS) untuk mengesan penjenayah. Terdapat juga agensi-agensi yang menggunakan biometrik untuk akses masuk bangunan pejabat.

Dapatkan dokumen ini dalam bentuk  pdf.

Sistem yang akan di perkenalkan ini mampu mengatasi masalah pengundi hantu, undi 2 kali, daftar pemilih yang bertindih.

2 comments:

  1. cuba hang terangkan kenapa pembangkang xsuka sistem ni..sry aq tak terikut ngan politik msia yang ni,harap bley xplain

    ReplyDelete
  2. Pembangkang kata tak telus, tak selamat, tak praktikal. apa pun kita tunggu sistem dulu, mereka akan ambil kira pandangan kita semua, harap begitulah.

    SPR akan dikutuk hebat selepas ini, jika ia gagal dalam sistem ini.

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...