Jul 27, 2011

BERSIH dan Pembangkang Perlu Rasional

 Bersih, Ngo, Parti politik, harus rasional, beri peluang pada SPR buat pembaharuan, jangan hasut penyokong membenci SPR. SPR adalah rakan anda dalam urus piliharaya negara. Sabar dan rasional. Jangan bodoh dengan cerita bohong pada penyokong.


Parti-parti politik perlu menjalin hubu-ngan rapat dan selalu berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hubungan parti politik dengan SPR penting bagi penambahbaikan sistem pilihan raya sedia ada.

“Saya harap parti politik jangan jauhkan diri daripada SPR sedangkan mereka adalah klien penting kepada SPR.

“Tiada guna kita bercakap mengenai pembaharuan dalam pilihan raya jika mereka enggan duduk dan berbincang demi kebaikan bersama,” katanya pada sidang media selepas wacana Sinar Harian semalam.

Menurutnya, SPR bersikap terbuka untuk mendapat maklum balas daripada se:mua pihak dalam penambahbaikan pengurusannya.

:Wan Ahmad turut mengulas penubuhan komuniti dalam SPR yang akan dibincangkan dengan mendapat maklum balas daripada semua pihak.

“Apa yang penting kita mesti berhubung rapat dengan parti politik kerana mereka mempunyai kepenti-ngan dalam perkara ini.

“Justeru, kumpulan utama yang SPR perlu berhubung dan beri keyakinan adalah parti politik seperti perjumpaan Pas Selangor dan SPR pada minggu lalu yang membincangkan pelbagai isu,” katanya.

Beliau turut berasa kecewa dengan perhimpunan pada 9 Julai lalu kerana kegagalan perbincangan antara SPR dan Bersih 2.0.

“Saya pernah berbincang dan berjumpa beberapa kali dengan Bersih 2.0, (Datuk S) Ambiga dan Jawatankuasa Bersih 2.0, tetapi sebaliknya berlaku apabila perbincangan gagal dilaksanakan.

“Keadaan (kegagalan perbincangan) berlaku di luar dugaan SPR dan kesannya perhimpunan 9 Julai tetap berlaku,” katanya.

Wan Ahmad berkata, SPR sedia menerima dan berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan lain jika mengemukakan tuntutan yang sama.

“Pelbagai perkara dapat dilaksanakan jika pendekatan yang digunakan melalui saluran yang betul. Ini kerana untuk mewujudkan pembaharuan bukan boleh berlaku dalam sekelip mata, (tetapi) perlu melalui pelbagai peringkat,” katanya.

Sementara itu, Ambiga berkata, kegagalan perbincangan itu disebabkan tiada tindakan yang dilakukan SPR.

“Kita tidak nampak sebarang tindakan, terutama selepas apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan sebab itu perbincangan gagal.

“Saya berharap selepas hari ini (semalam), perbincangan dapat diadakan dan kita ingin melihat tinda-kan SPR. Ini kerana tiada guna terus berbincang, tetapi tiada tindakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...