Jadi apakah sistem biometrik mengikut bahasa sains teknologi
Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut. Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan, anak mata, suara, muka, pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA), keystroke, tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi. Baca lanjut sini
Apa yang saya faham sistem biometrik
Kalau dalam piliharaya, ia dapat elak pengundian hantu, atau undi 2 kali atau 3 kali, Caranya, anda undi di lokasi A, dah sah, tetapi jika anda cuba undi di lokasi lain, sistem akan bagi tau anda dah undi di lokasi A. Misalnya anda bawa mykad orang lain, anda diminta scan, kemudian sistem akan beritahu, cap jari anda tak sama dengan cap jari dalam mykad.
SPR akan membuat pengumuman nanti bila sistem biometrik pilihanraya dah siap, kita tunggu keputusan ujian, demo mereka nanti, sebelum nak laksana kena uji dulu, semua pihak akan di jemput dan menilai.
Isu dan Masalah
- Kos yang tinggi di peringkat permulaan pelaksanaan, tetapi akan mengurang kos untuk jangkamasa panjang.
- Perlu sistem internet di semua pusat mengundi, apakah semua tempat mengundi sediada ada akses internet atau broadband. Kos ini perlu ambil kira.
- Membersih pemilih yang mempunyai nama bertindih di lokasi berlaian.
- Sistem pangkalan data perlulah selamat dan high security dan tak boleh ceroboh
- Kena ada badan bebas pantau pengurusan dan pelaksanaan sistem biometrik
- Sistem kena ikhlas, telus dan tahap keselamatan tinggi
KOMEN PEMBANGKANG PULA
Pembangkang pun masih lagi kabur, sedangkan SPR belum lagi mengadakan DEMO Sistem pada mereka, yang bercakap tu bukan pro IT dan komputer.
Pada saya kedua pihak SPR dan Pembangkang kena lapang dada. Jika sistem memberi manafaat pada negara dan rakyat, kenapa membantah. Kita tunggu ujian sistem nanti
biometrik dikawal sepenuh o komputer(ada server) utk undi 2x padam atau setkan dalam server sekian2. kalau data dlm imigresen boleh dipadam(altantuya), biometrik pn boleh berlaku. ini semua peratuan politik. sistem baik tp manusia jahat
ReplyDeleteBiometrik ialah sistem laluan masuk sahaja untuk mengundi, Data cap jari adalah dari data Jabatan Pendaftaran Negara.
ReplyDeleteMengundi seperti biasa, guna borang dan pangkah. kiraan undi macam biasa juga, cuma sistem biometrik ini mudah kesan , kalau kalau ada yang nak cuba undi 2x.
Menurut SPR mereka akan panggil semua parti politik untuk lihat demo dan ujian sistem, pihak pakar komputer luar juga akan di panggil.
Itu pendapat saya