PERKAHWINAN, tegas Zul, sememangnya menjadi sebahagian daripada hidup setiap insan. Dia sendiri mempunyai hasrat untuk berkahwin dan memiliki anak, tetapi buat masa ini dia mempunyai keutamaan lain, iaitu mahu mengukuhkan kerjayanya terlebih dulu.
"Saya tidak pernah main-main sejak mengenali Abby kerana saya bukannya bercinta dengan budak sekolah. Sebaliknya saya memikirkan kedudukan yang masih lagi belum stabil. Saya masih mengejar peluang agar lebih dikenali dalam dunia lakonan. Mungkin saya memerlukan antara dua hingga tiga tahun untuk memastikan kedudukan kerjaya saya stabil dan kukuh.
“Kami tidak pernah meletakkan sasaran dalam tempoh berapa tahun perlu berkahwin. Saya bukan tidak mahu berkahwin kerana bimbang dengan gelaran bapa segera yang akan dipikul. Bagi saya terma bapa segera tidak pernah wujud, gelaran itu bukanlah satu masalah besar pun. Jika saya sudah buat keputusan untuk berkahwin, bermakna saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu,” kata Zul yang berjaya membawa lakonan berkesan dalam telefilem Sayang Abah yang disiarkan sempena Hari Bapa lalu.
Tiga tahun berkecimpung di dalam dunia lakonan, Zul melahirkan perasaan lega kerana watak yang ditawarkan memberi ruang kepadanya untuk memantapkan lagi mutu lakonannya. Biarpun mungkin populariti yang dikecapi agak perlahan, namun dia tetap berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini.
“Setiap kali mendapat tawaran berlakon, saya tidak suka main-main. Sebaliknya saya akan memastikan tawaran lakonan itu dilakukan dengan baik. Saya yakin jika kita menunjukkan kesungguhan, ia akan membuka peluang untuk menerima lebih banyak tawaran pada masa depan,” kata jejaka yang gemar ke gimnasium antara dua hingga tiga kali seminggu bagi meningkatkan stamina
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.