Jul 28, 2011

Keyword Mesra SEO Kenapa

Keyword Mesra SEO
Keyword ni adalah kata kunci jika dalam bahasa melayu di mana jika kita simpulkan apa yang ada dalam post  kita, dan ia akan bertumpu kepada satu BENDA UTAMA sahaja. Cuba bayangkan kenapa anda tulis sebuah artikel ? Baiklah sebagai contoh post anda mengenai “Politik 9 Julai″ dan anda pusing apa pun dalam post anda ia akan menceritakan berkenaan politik 9 julai tersebut. Jadi anda boleh selitkan “Video atau gambar mengenai politik 9 julai″ sebagai kata kunci anda. Anda juga boleh pecah kan kepada “Video, politik, gambar″ sebagai kata kunci. Jadi untuk mendapatkan keyword mesra SEO anda mestilah menjadikan diri anda sebagai orang yang sedang search dekat google dan bukan sebagai penulis semata-mata. Cuba fikir apa yang mereka akan taip dan cari di google dan itulah yang dinamakan sebagai keyword mesra SEO . Perkataan yang di taip di kotak Google Search ialah Keyword, Ia mungkin 1 perkataan, 3 perkataan atau 4 perkataan. Perkataan itu ialah Keyword atau Katakunci pada enjin carian.

Pentingnya keyword mesra SEO?

Rata-rata semua blogger tahu bahawa blog yang keyword mesra seo adalah blog yang tersenarai di dalam “Top 10″ page 1 Google. Jadi untuk mendapat tempat di situ pengguna blog haruslah memiliki keyword atau kata kunci yang mantap dan unik. Rajin-rajin la mengkaji tentang keunikan kata kunci mesra seo bagi mendapat tempat di Google. Saya percaya anda apabila search sesuatu di google anda tidak suka memasuki page 2 dan seterusnya bukan? Jika tidak menepati apa yang anda cari, anda akan menukar kata kunci yang lain pula. Jadi di sini jelas menunjukkan betapa pentingnya sesebuah keyword mesra SEO .

Teknik belajar keyword mesra SEO dan teknik SEO ini adalah menjadi asas yang penting bagi setiap blogger. Para blogger harus tahu bagaimana nak mendapatkan pengunjung setiap hari melalui post artikel yang disiapkan. Jangan mudah kecewa jika blog atau web anda tiada pengunjung, berusahalah untuk mendalami ilmu SEO dan cara mendapatkan keyword mesra SEO ini kerana semakin banyak pengetahuan anda mengenai SEO, semakin senang anda mendapatkan traffik yang tinggi untuk blog anda.

Dalam artikel ini saya menggunakan Keyword, "KEYWORD MESRA SEO" sebagai tajuk utama, dan paragraf pertama saya tekan dan ulang perkataan "keyword mesra seo" dan saya bold supaya lebih penekanan pada keyword itu.

Mungkin jika anda search, anda tak jumpa lagi blog saya, sebab masih rendah alexa rank atau google rank, tapi itulah panduan bagaimana menulis berdasar keyword yang sering orang cari.

1 comment:

  1. sangat menarik penulisan tuan ini.saya yg baru berblog akan menjadikan ia satu rujukan

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...