Aug 12, 2011

Rahsia Murah Rezeki Dalam Quran


Rahsia Dan Tips Murah Rezeki bagi orang Islam tidahlah susah. Alah memberi petua dan tips yang sungguh mudah, seperti yang terdapat dalam Al-Quran. Ayat yang berkaitan rezeki banyak terdapat dalam quran. Paling penting siapa yang bertakwa pada Allah akan di murahkan rezekinya. Dalam quran perkataan Rezeki terdapat 118 kali di sebut. Ini bermakna Allah memberi rezeki pada kamu, jika kamu bertakwa pada Nya.

Surah Taha 20:132, yang bermaksud, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Surah Al Ahzab 33:31 yang bermaksud, "Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia"

Surah Saba 34:36 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)."
 
Dan banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan tentang rezeki dalam Quran. Lihat sini untuk kaji tentang rezeki yang terdapat dalam quran. http://quran.com/search?q=rezeki&page=1


Jadi pokoknya beriman dan takwa pada Allah dengan sebenar takwa, jauhkan dari perkara mungkar. Ini adalah janji Allah. Allah tak minta rezeki dari kamu tapi Allah yang beri rezeki pada kamu.

Amalan lain selain amal wajib, buatlah yang sunat, seperti selawat, zikir, baca surah al-waqiah, dan perbanyakan sedekah. Manakala amalan orang soleh ialah melakukan sunat tahajud.

Di pihak kita sebagai manusia, kita buka ruang untuk  rezeki masuk, seperti buka perniagaan barangan halal, produk berkualiti dan harga berpatutan, kerana 90% rezeki datang dari perniagaan. Tambah ilmu dan kepakaran dalam diri anda dalam bidang anda minat, InsyaAllah rezeki akan datang jika anda mahir dalam suatu bidang.

Itu sebahagian petua dan tips. Paling penting kita hendaklah bertakwa pada Allah, Allah akan memudahkan rezeki kita jika kita beriman dan takwa padaNya.

Amin amin amin 

1 comment:

  1. alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian :-)

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...