Aug 1, 2011

Negara Islam Dan Eropah Puasa Isnin

Negara Islam Dan Eropah Puasa Isnin 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan. Malaysia, Indonesia, singapura, mulai puasa hari Isnin 1 Ogos 2011, (Brunei pula selasa) Negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Arab Saudi, Lebanon, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Kuwait, Qatar dan Yaman, juga mula berpuasa hari Isnin. Selain itu seluruh Eropah juga berpuasa hari isnin. Syukur tahun ini umat Islam bersatu seluruh dunia menunai ibadah yang mulia ini.

PENOLONG Juruukur dari Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Mohamad Nizam Abdullah bersedia menggunakan teropong (theodolite) untuk melihat anak bulan Ramadan pada majlis Cerapan Hilal Ramadan di Menara Kuala Lumpur, hari ini. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi mengumumkan esok, 1 Ogos, sebagai permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia.


Dimalaysia tarikh melihat anak bulan di buat pada petang Ahad 31 Julai 2011, Manakala di Arab Saudi mereka melihat anak bulan pada 30 Julai 2011. Timbalan pengerusi Persatuan Astronomi Arab Saudi, Sharaf Al-Sufyani, berkata pihaknya mengadakan upacara melihat anak bulan petang semalam di bawah seliaan Mahkamah Agung. Mahkamah Agung adalah institusi khas yang diberi kuasa memutuskan tarikh permulaan puasa di Arab Saudi.

Beliau berkata, upacara melihat anak bulan juga dilakukan di Al-Hada, Taif. Di Bahrain, persatuan astronomi negara itu dalam kenyataan yang dikeluarkannya, juga melahirkan pandangan sama.
Bukalah puasa anda dengan kurma, kerana ia adalah sunnah dan kelebihan di situ

Selamat berpuasa kepada umat Islam seluruh dunia.Puasalah cara nabi berpuasa, bulan puasa bukan bulan pesta makanan tetapi bulan ibadat dan mengabdi diri pada Allah.

2 comments:

  1. Salam,,sja nak gtau yg Brunei puasa pada hari Selasa 2 Ogos 2011.

    ReplyDelete
  2. Terima atas pembetulan tersebut, saya dah edit. tapi kenapa brunei tak ikut sama puasa Isnin sedangkan geografi kita sama

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...