Aug 12, 2011

Buah Kote Mamak

Orang Perlis memanggil buah ini sebagai BUAH KOTE MAMAK . Anda pernah makan buah ini ? Buah ni masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam.Kalau nak makan dipecahkan kulitnya, isinya kehitam-hitaman,berlapis2 macam asam keping,rasanya pahit2 manis.Kata orang tua2 bijinya boleh dibuat obat kencing manis. orang sekarang dah tak reti makan buah kote mamak walaupun mai dari kampung. kehadiran bunga kote dari pokok yang sama menandakan buah kote sudah sedia untuk dipetik.

Ia dikatakan berasal dari Kepulauan India. Di Malaysia, ia membiak liar di pinggir hutan dan jalan. Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga 50 meter. Ia dikategorikan sebagai buah-buahan bermusim iaitu di antara bulan Ogos hingga Oktober. Pokoknya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih dan keratan batang. Kebiasaannya isi buah ini dimakan mentah dan bijinya direbus untuk dijadikan penawar kepada penyakit kencing manis.

"Buah Kote Mamak : Buah ni memang hitam, keras, panjang, kalau jatuh kat tanah yang lembut biasanya ia akan terpacak. Mungkinlah dek sebab 'doctrine signature' sebegini yang menyebabkan ia di kenali sebagai Kote Mamak. Dikatakan biji dia diproses untuk dapatkan minyak, dan digunakan untuk mengurut 'anu..... supaya gagah dan terjaga. Kiranya Kote Mamak ni memang herba untuk lelaki le"...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...