Aug 15, 2013

Kenyataan Najib mengenai isu berdarah Mesir

Kenyataan Najib mengenai  isu berdarah Mesir
Kenyataan Najib mengenai  isu berdarah Mesir. SUBANG JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan bimbang dengan laporan keganasan ke atas penunjuk perasaan di Mesir.
Beliau pada masa sama meminta pihak berkuasa di negara itu supaya melaksanakan sekatan sewajarnya.
“Sebarang korban awam adalah amat dikesali.

“Kami menggesa semua pihak menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha mencari penyelesaian secara aman,” katanya.
Kenyataan itu disiarkan menerusi akaun Facebook beliau kira-kira 11.40 malam ini.

Mesir dilanda keganasan hari ini selepas lebih 40 penyokong presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi maut setelah bertempur dengan pihak berkuasa.

Pertempuran tercetus setelah pihak berkuasa menjalankan operasi menyuraikan penyokong Mursi yang berkhemah di sepanjang jalan utama di Kaherah.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir, 200 orang telah ditahan termasuk 50 0rang di Dataran Rabaah dan 150 orang di kawasan Dataran Nahda berhampiran kejiranan Giza.
Pihak berkuasa Mesir bagaimanapun berjaya mengambil alih Dataran Nahda yang sebelum ini dikuasai oleh penyokong Mursi.

Pihak berkuasa turut mengadakan sekatan dan mengalihkan semua khemah penyokong yang berada di kawasan dataran itu serta menutup semua laluan ke situ.

maklumat semasa mesir kini

Saya harap PM akan keluar kenyataan KERAS KUTUK KERAJAAN TENTERA KETIKA INI


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...