May 26, 2011

Cara Bayar Bil Online

Anda ada internet, ada laptop dan PC di rumah, kenapa masih lagi ke Pejabat Pos, TNB, Telekom, dan pejabat lain untuk beratur panjang membayar bil.

Semua itu akan membuang masa anda. Sedangkan membayar bil di internet secara online hanya ambil masa 1 atau 2 minit sahaja.

Bagaimana nak bayar online?

1. Perlu ada akaun Bank utama yang menawarkan sistem perbankan internet. Contoh bank yang ada perbankan internet ialah:

  • MAYBANK
  • CIMB
  • BANK ISLAM
  • BANK RAKYAT
2. Jika ada sudah ada akaun di bank di atas atau mana mana bank yang menawarkan perbank internet, tetapi belum aktif lagi perbank internet, sila pergi ke bank berkenaan dan upgrade kepada perbankan internet.

3. Pihak bank akan segera buat setting pada akaun anda, dan mereka akan bantu anda buat user name dan password untuk anda. Kemudian bila sampai di rumah anda perlu tukar password anda.

Contoh Bank Dan Link Bank

http://www.maybank2u.com.my/
http://www.cimbclicks.com.my/
Bank Islam Malaysia

Antara Perkhidmatan Yang Anda Boleh Bayar Di Rumah

Bil TNB
Bil Telekom
CelCom
Maxis
Astro
Bil Air
Bayar Zakat
Semak KWSP
Bayar Insuran
Bayar Ansuran Kereta
Bayar Pinjaman Rumah
Bayar PPTN

Dan banyak lagi, selepas ini anda tak perlu beratur lagi.

1 comment:

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...