May 30, 2011

Mentor 5 Erra Dan Salma Menang

Mentor 5 berakhir semalam 29 Mei 2011, dengan Mentor Erra dan Protege Salma menjadi juara. Separuh Akhir mereka duduk tangga ke 3, tetapi peringkat akhir mereka membuktikan mereka juara mentor ke 5. Tahniah. Hadiah 100 ribu setiap seorang dan protoge mendapat juga sebuah kereta


Erra dan Salma Juara Mentor 5


Erra Fazira

Hampir 15 tahun berada dalam dunia nyanyian dan lakonan, Erra Fazira bukan sahaja mempunyai 7 album solo semenjak tahun 1994 malah pernah menjadi finalis Anugerah Juara lagu, Anugerah Era dan juga Anugerah Industri Muzik.

Selain itu, Erra Fazira juga mencipta nama dalam bidang lakonan pada tahun yang sama dengan Filem Box Office, Sembilu. Erra Fazira pernah melakonkan pelbagai watak dalam lebih daripada 35 buah filem. Bukan itu sahaja, belia juga berkecimpung dalam pentas Teater.

Bakatnya di nilai apabila Erra Fazira memenangi pelbagai Anugerah melalui Filem Festival Malaysia, Anugerah Skrin dan juga Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Erra juga pernah di nobatkan sebagai Miss Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia dan Miss World 1992 di Botswana.


Salma

Kenapa Mentor?
Semestinya Salma menyertai Mentor kerana minat dalam bidang nyanyian

Harapan:
"Saya akan mengambil peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa saya bakal menjadi Juara Mentor. Terima kasih kepada Mentor saya, Erra Fazira kerana memberi saya peluang menjadi Protégénya"























































































No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...