May 25, 2011

TANDA ANDA KENA SANTAU DAN RAWATAN SANTAU

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan. Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Sintom atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

CARA RAWATAN PERUBATAN SYIFA' AL-HIDAYAH:

1. Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin oleh penulis (dengan keizinan Allah s.w.t.) Pesakit perlu berjumpa dengan penulis untuk mengeluarkan racun santau daripada badan.
2. Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

C. Amalan minggu kelima dan keenam:

1. Surah Al-A'raaf ayat 136 hingga 150, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Yunus ayat 95 hingga 109, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.) 


Hj Lokman
http://www.alhidayah-medic.com/

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...