syarat mohon Pas Sempadan Malaysia Thailand atau border pass,
1. Tujuan
Dokumen
ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia
keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis,
Kedah atau Perak.
2. Tempoh Sahlaku
Enam
(6) bulan dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa
kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.
3. Syarat-Syarat Am
a. Dua (2) keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Maklumat kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun, namanya hendaklah dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu atau Bapa
c. Bukti menetap di negeri yang dinyatakan
Pemohon |
Syarat-Syarat |
Berumur 15 tahun ke atas |
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm b. Kad Pengenalan [MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)] c. Kad Pengenalan Penduduk Tetap (hanya untuk Penduduk Tetap keturunan Thai sahaja) d. Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 18 tahun ke bawah |
Berumur di bawah 15 tahun |
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm b. Sijil Kelahiran c. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)] d. Kad Pengenalan bapa / ibu / penjaga yang sah |
Jika pemohon diiringi oleh isteri |
a. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)] b. Kad Pengenalan Isteri [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)] c. Sijil lahir anak dan Kad Pengenalan anak jika berumur 15 tahun kebawah d. Dua (2) keping gambar berukuran 3.2 sm x 5.0 sm setiap orang e. Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan |
4. Bayaran - RM 10.00
border pass leh sampai mana yer..hatyai atau lebih sampai krabi
ReplyDeleteHaiyai tu tiada masalah, krabi tu dah tak boleh, tapi ada juga yang pi juga, lebih baik guna passport kalau nak krabi
ReplyDeleteKALAU LAHIR JE KT KELANTAN..DDK SELANGOR BLY MOHOM BODER PASS KE?
ReplyDeletealamat kelantan, rasanya boleh, cuba tengok IC alamat KL atau Kelantan, KL tak leh la
Deletekalau ic alamat jb mmg x bole la kan?
ReplyDelete