|
Pintu masuk bukit ke Thailand, Bukit kayu hitam, dihadapan cop passport malaysia dan Thailand |
Pengalaman kali pertama masuk thailand dengan kereta sendiri, adalah topik yang saya ingin kongsi dengan saudara saudari semua hari ini. Bertolak 4 Feb 2012 dari Perlis ke Bukit kayu hitam jam 8.30 pagi. Sampai di Bukit Kayu Hitam jam 9.15 pagi. Kami pi dengan kereta sendiri sebanyak 3 buah buah.
Cadang nak ke Hat yai dan Songhla. sebelum nak masuk siap dulu border pass - lihat syarat pass sempadan malaysia thailand
Membeli Insuran di Cangloon Kedah
Kami bawa kereta sendiri, jadi kena beli insuran thailand, kami ambil 9 hari dengan harga RM15.00. Nak pi 2 hari sahaja. Geran Original kami bawa sekali, cuma semasa beli insuran bagi yang photostat sahaja.Agen insuran ada kat travel atau kat duty free. mereka akan pasang papan tanda jual insuran, salah satunya
Naluri Aman Duty Free, kat sini ada agen jual insuran kereta ke thailand
Sampai di Bukit Kayu Hitam
Bila memasuki Border Thailand, kami pi cari parking, 3 orang di tugaskan cop pas sempadan. (Pas Sempadan untuk negeri yang sempadan dengan Thailand sahaja). Waktu cuti sabtu dan hari cuti lain memang ramai masuk Thailand. Hari kami masuk, hampir 80 buah bas beratur di pintu masuk sempadan. Kereta sendiri memang banyaklah. Imigresen thailand di serbu rakyat Malysia. Penuh sesak. hampir 2 jam kami menunggu.
Lepas Cop Border Pass, kami pi lapor kenderaan di Kastam Thailand, bawa geran kereta dan insuran Thailand yang di beli tadi. Puak kastam siam, biasa mereka minta duit kopi antara 10 baht dan 20 baht (kira-kira RM1.00 dan RM2.00 duit kita).
Hari cuti memang sesak pintu sempadan
Denda RM200 oleh Kastam Thailand
Ni padahnya bila beli kereta 2nd. Kita tak tahu rekod kereta kita oleh pembeli awal atau tuan awal kereta itu. Nak jadi cerita sepupu saya yang dok KL, balik dan join kami sekali ke Hat Yai pada hari tu. Kereta dia kena tahan oleh kastam siam, bila pemilik awal tak lapur bila keluar dari Thailand. Jadi bila kami masuk semula kereta kena tahan. Puak kastam kata kena kena bayar RM200. kalau tidak, tak boleh masuk.
Dalam surat kastam siam memang ada cop merah, sila lapor atau serak surat kastam bila nak keluar dari thailand. Tuan kereta kena sign dalam buku rekod kastam. Jadi bila nak bawa kereta sendiri tuan kereta sepatutnya pergi.
HP tiada line bila di Thailand
Maxis ke Celcom ka, semua tiada line. Jadi kami terpaksa guna prepaid thailand, no bermula 075 xxxxxxx . mengikut lokasi. saya lupa aktif perayauan antarabangsa untuk maxis.
Dalam perjalanan ke Hatyai
Pukul 11.30 pagi baru bertolak ke Hatyai, Jalan 2 lorong kiri dan kanan, kira selesa, kiri kanan suasana macam di kedah dan perlis, Penunggang motorsikal mereka pakai topi kaledar, pembonceng tak pakai topi, kadang kadang kedua-dua tak pakai. itu suasana pemamdu motor di Thailand. Sepanjang perjalanan pergi dan balik dan semasa 2 hari disana hanya 2 kemalangan sahaja yang kami lihat.
Di Hatyai
|
Bandar Hatyai, hotel di hadapan, sistem jalan kebanyakan one way |
Kami ambil hotel Yong Dee, terletak di pusat bandar Hat Yai. Sewa 1 malam RM65.00 untuk satu bilik, kami tempah 4 bilik. Bilik ok, bersih, ada TV, 2 katil besar, bilik air pun bersih. Harga pun ok. Kebetulan kami tempah awal melalui kawan kami yang sudah ada di sana sejak awal lagi. Musim cuti memang ramai orang Malaysia masuk.
Lepas Qasar Zohor, Jamak dan Qasar Asar, kami bertolak ke Songhla, perjalanan dalam 40 minit. Singgah beli makanan ringgan dan baru ke songhla. Cantik pemandangan bila melalui jambatan di songhla. Lepas pusing pusing, kami cari gerai makanan Islam. Gerai pertama penuh dengan pelanggan, gerai kedua ok tak ada orang. Lihat tuan kedai pakai kepiah putih, saya bagi salam, dia jawap sambil tersenyum. Tak tau cakap Melayu, pelayan dia bolehlah sikit-sikit cakap Melayu. Tukang masak pakai tudung.
Kami order Kem Som siakap (masak asam pedas), kerabu mempelam, Tomyam, kerabu belangkas, sayur campur, nasi putih, untuk 14 orang makan. Makanan ok sedap, cuma kem som pedas sangat. Harga RM240.00 (boleh tahan juga harga). sederhana lah.
|
PENULIS MAKAN NASI, DAN KEMSOM DI SONGHLA, KEDAI ORANG ISLAM, KENA PILIH KEDAI |
Di Songhla dan Hatyai ramai juga orang Melayu Islam yang berniaga, cuma bahasa mereka. Ada juga yang pandai cakap melayu.
Malam di Pasar Terapung Hatyai (Floating Market Hatyai)
|
Pasar Terapung Hatyai (Floating Market Hatyai), makanan akan di masuk dalam bekas unik di atas, bekas tu boleh bawa balik |
Ini lokasi perniagaan yang agak unik. Wanita Islam berniaga atas perahu, konsep macam pasar terapung di bangkok, tapi di hatyai Perahu cuma tak bergerak. Peniaga berada dalam perahu kayu dan pelanggan berada atas pelantar kayu sepanjang sungai. Pembeli akan order, penjual akan memberi makanan yang di tempah guna bakul yang di letak hujung galah buluh. Pembeli ambil makanan dan letak duit dalam bakul.
Kalau nak pi cari, Pasar Terapung Klong Hae Market yang dibuka dari pukoi 2 petang hingga 10 mlm dari hari Jumaat hingga Ahad.
Makanan perbagai jenis dan unik serta sedap. Ais kacang dalam mangkok ayam, mangkok siput, mangkok itek dan juga buluh. Bekas tadi boleh bawa balik sebagai cenderamata. Makanan sedap. Misalnya pegat pisang salai, ubi salai di letak dalam daun pisang yang di bentuk macam kapal. Memang unik makanan di sana. Minuman dalam buluh, straw pun buluh. wow unik.
Dibuka pada hari Jumaat, sabtu dan Ahad. Kalau sampai hatyai, selepas letak bag di hotol, kalau tak tahu jalan, boleh ambil kereta awam di panggil tut tut.
Malam di hatyai
Malam saya dan kawan-kawan lepak di salah satu jalan di bandar hatyai. Makan Lai Chee Kang, hoi sedap, 10 bahan dimasukan, anak dara manis melayan kami, Pakai tudung, sikit sikit boleh cakap melayu. Malam tu orang Malaysia hampir 50%, ramai yang jumpa speaking melayu, kira ok juga. makanan unik, tapi kena lihat siapa yang jual, kebanyakan wanita yang niaga. Kami pilih gerai bergerak yang peniaga orang melayu.
Malam suasana meriah macam pesta, ramai pelancong Malaysia beli belah. Makanan lain, macam malaysia juga, ayam goreng, udang goreng, pulut durian, teh tarik, kacang, ais kacang, dan sebagainya.
12 malam waktu Malaysia kami balik hotel berehat, waktu thailand lewat 1 jam, maknanya kalau kita 12 malam, mereka 11 malam.