May 30, 2012

cara hidup sihat yang Rasulullah amalkan


Antara beberapa cara hidup sihat yang Rasulullah amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh


Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan


Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah

di hati.

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf


Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

May 20, 2012

Datuk Fauzi Shaari Sertai PAS

Datuk Fauzi Shaari masuk pas 2012
Bekas pesara pegawai kanan polis, Datuk Fauzi Shaari akan menyertai PAS esok, satu nama besar pertama untuk mendaftar dengan pihak PAS yang telah memulakan kempen untuk merekrut angka penubuhan utama untuk membantu sehingga sokongan pengundi menjelang menjulang pemilihan.
Fauzi, yang pernah menjadi ketua siasatan jenayah, jawatan ketiga tertinggi dalam tenaga, dikhabarkan akan menyertai PAS sebulan lalu bersama-sama dengan bekas Bukit Aman komersial jenayah penyiasatan Ketua Datuk Ramli Yusoff dan menteri Kabinet ex-Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir .
Ramli dan Abdul Kadir, yang merupakan timbalan presiden Amanah, sebuah NGO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, telah menafikan bahawa mereka telah menyertai PAS walaupun kedua mempunyai tanah Umno baru-baru ini selepas menuduh pihak yang masih berhadapan dengan politik wang.
Fauzi, yang bersara dari pasukan polis kira-kira dua tahun lalu, kekal di bawah radar.
Tetapi The Malaysian Insider telah belajar bahawa bekas Selangor dan Ketua Polis Sarawak rasmi akan menyertai parti itu dalam satu majlis malam esok di kampungnya Larut, Perak.
Organ parti Harakah juga melaporkan pagi ini bahawa anggota polis yang ex-top akan menyerahkan borang keahlian kepada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis "Grand Pengisytiharan" esok dengan Pakatan Rakyat (PR) pemimpin yang hadir.
"Ia adalah Datuk Fauzi Shaari tetapi saya tidak dapat mengesahkan jika dia telah dihantar dalam borang keahlian," PAS penyelidikan Ketua Dzulkefly Ahmad memberitahu The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa timbalan presiden, Mohamad Sabu adalah perhubungan parti itu dengan yang berusia 61 tahun.
"Ini mesti menjadi Datuk Fauzi Shaari," kata satu lagi anggota polis bersara kanan, sambil menambah bahawa perkataan seorang anggota polis, terkenal kerana usaha beliau dalam naib busting, bersetuju untuk bertanding pilihan raya di bawah PAS telah mengedarkan untuk minggu sekarang.
The Malaysian Insider juga melaporkan bahawa PAS mahu Ramli dan Abdul Kadir untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang mesti diadakan dalam tempoh setahun.
Ramli telah secara konsisten mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan-dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap Peguam Negara.
Pemimpin-pemimpin PAS yang bercakap kepada The Malaysian Insider yang mengesahkan bahawa "overtures" dan "jemputan" tidak rasmi telah dibuat kepada kedua-dua dari segi untuk menyertai PAS, tetapi tidak Abdul Kadir tidak Ramli telah membuat keputusan berhubung perkara itu.
Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad berkata individu itu akan memberi penerangan terperinci tentang jenis jenayah yang dilakukan oleh kerajaan BN pada masa lalu.
"Mereka adalah dari sistem. Ini adalah orang-orang yang kini kritikal sistem, setelah sebelum ini penyokong. Setelah melihat kelemahan, mereka sanggup untuk keluar terbuka untuk demonize sistem yang sama, "katanya kepada The Malaysian Insider.
Abdul Kadir juga mengesahkan bahawa kedua-dua PAS dan PKR telah "cadang" bahawa beliau menyertai mana-mana pihak sebelum pemilihan kebangsaan, tetapi berkata bahawa dia "telah tidak membuat keputusan" untuk menyertai sebuah parti politik seperti yang belum.
Bekas ahli majlis tertinggi Umno itu berkata bahawa dia telah menghadiri satu PAS ceramah setakat sebagai penceramah jemputan, dan akan terus menghadiri ceramah Pakatan Rakyat (PR) dan program


Sumber asal dalam English - KLIK SINI

May 15, 2012

Fasha Sanda Mengandung

Fasha Sanda Mengandung. Tarikh berita ini di tulis, Fasha baru seminggu mengandung. Ini bunting pelamin ni, hebat hebat sungguh Fasha dan suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36. Tahniah kami ucapkan

Hari ini Harian Metro, melaporkan Fasha Bunting Pelamin

Alhamdulillah semuanya rezeki dan saya sendiri tidak pernah menyangka ia terlalu awal buat kami berdua. Saya sebenarnya tidak tahu sehingga membuat pemeriksaan pagi tadi (semalam) di klinik di Ampang bersama pembantu peribadi dan kemudiannya doktor mengesahkan ujian air kencing positif yang mana saya sah mengandung.

“Suami sendiri terkejut kerana tidak menyangka menerima berita ini. Jika benar apa yang dikhabarkan kepada kami berdua ini, ia adalah rezeki dan doa kami berdua akhirnya terjawab untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin.

“Namun saya masih perlu menjalani ujian seterusnya bagi mengesahkan sekali lagi yang saya benar-benar mengandung,” katanya.

sumber HM

May 4, 2012

TANDA TANDA BN KALAH PRU13

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo.

Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

Jalan berhantu Kilometer 114, Jalan Behrang-Tanjung Malim

Kemalangan maut yang meragut dua nyawa di jalan ‘berhantu’ di Kilometer 114, Jalan Behrang-Tanjung Malim di sini, 19 April lalu, menyebabkan penduduk sekitar semakin bimbang keselamatan mereka.
Kerisauan itu turut dikongsi penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), yang berulang-alik antara politeknik itu dan Bandar Behrang 2020 iaitu tempat rumah sewa mereka.

Difahamkan, beberapa kemalangan serius turut berlaku sebelum ini di laluan berkenaan yang hanya berada kira-kira 100 meter dari PSAS. Tinjauan mendapati laluan maut itu lebih berbahaya bagi pemandu yang datang dari arah Behrang terutama pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.

Justeru, penduduk dan pengguna berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera menangani laluan maut itu termasuk mencadangkan supaya PBT meluruskan jalan berkenaan.

Jika kerja meluruskan jalan memerlukan kos besar, mereka berharap PBT memasang lampu dan membuat papan tanda amaran kepada pengguna jalan raya.

May 1, 2012

VIDEO ANWAR BAGI ARAHAN REMPUH BERSIH 3

VIDEO ANWAR BAGI ARAHAN REMPUH DALAM perhimpunan BERSIH 3 28 apr 2012. Kata Tun Mahaszir, Bersih yang kotor bercadang tumbang kerajaan melalui cara yang tak sah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...