Kemalangan maut yang meragut dua nyawa di jalan ‘berhantu’ di
Kilometer 114, Jalan Behrang-Tanjung Malim di sini, 19 April lalu,
menyebabkan penduduk sekitar semakin bimbang keselamatan mereka.
Kerisauan itu turut dikongsi penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah
(PSAS), yang berulang-alik antara politeknik itu dan Bandar Behrang 2020
iaitu tempat rumah sewa mereka.
Difahamkan, beberapa
kemalangan serius turut berlaku sebelum ini di laluan berkenaan yang
hanya berada kira-kira 100 meter dari PSAS. Tinjauan mendapati laluan maut itu lebih berbahaya bagi pemandu
yang datang dari arah Behrang terutama pada waktu malam kerana tiada
lampu jalan.
Justeru, penduduk dan pengguna berharap pihak
berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera menangani laluan maut
itu termasuk mencadangkan supaya PBT meluruskan jalan berkenaan.
Jika kerja meluruskan jalan memerlukan kos besar, mereka berharap PBT
memasang lampu dan membuat papan tanda amaran kepada pengguna jalan
raya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.