Pages

May 4, 2012

Jalan berhantu Kilometer 114, Jalan Behrang-Tanjung Malim

Kemalangan maut yang meragut dua nyawa di jalan ‘berhantu’ di Kilometer 114, Jalan Behrang-Tanjung Malim di sini, 19 April lalu, menyebabkan penduduk sekitar semakin bimbang keselamatan mereka.
Kerisauan itu turut dikongsi penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), yang berulang-alik antara politeknik itu dan Bandar Behrang 2020 iaitu tempat rumah sewa mereka.

Difahamkan, beberapa kemalangan serius turut berlaku sebelum ini di laluan berkenaan yang hanya berada kira-kira 100 meter dari PSAS. Tinjauan mendapati laluan maut itu lebih berbahaya bagi pemandu yang datang dari arah Behrang terutama pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.

Justeru, penduduk dan pengguna berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera menangani laluan maut itu termasuk mencadangkan supaya PBT meluruskan jalan berkenaan.

Jika kerja meluruskan jalan memerlukan kos besar, mereka berharap PBT memasang lampu dan membuat papan tanda amaran kepada pengguna jalan raya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.