Berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012, hukum perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (Individual Spot Forex) melalui Platfom Elektronik adalah HARAM kerana mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian.
Baca selanjutnya di - http://www.islam.gov.my/