Sep 20, 2015

Cara mula niaga online atau internet

Cara mudah niaga melalui internet atau cara online. Berikut langkah yang perlu anda buat.

Alatan utama
1. Mesti ada talian internet . Sebaiknya broadband berbayar bulanan. Line laju satu kelebihan.
2. Mesti ada akaun gmail, akaun facebook, whatsspp dan media lain
3. Mesti ada akaun bank seperti maybank, cimb, bank Islam contohnya dan mohon perbankan internet dengan bank
4. Ada laptop
5.  Ada smartphone dan line internet

Produk apa nak jual
1. Bukan semua produk sesuai di jual online. Cari buat permulaan produk yang berat kurang 1kg dan unik
2. Produk tak mudah rosak dan tahan simpanan biasa
3. Produk yang anda minat dan faham latarbelakang produk tersebut
4. Produk mudah di bungkus dan tak mudah rosak
5. Produk buat sendiri, homemake, unik dan ori satu kelebihan dari peniaga yang lain
6. Ambil gambar produk dan beri keterangan produk. Gambar perlu jelas dan cantik. Upah jurufoto yang mahir jika perlu.

Promosi online
1. Melalui group facebook dan page facebook
2. Melalui blogspot. Buat blog agar orang boleh baca maklumat produk dengan jelas dan sertakan gambar
3. Beri kebaikan dan keunikan produk tersebut.
4. JANGAN terus menjual atau buat iklan di wall rakan fb tanpa kebenaran. Jangan over sangat menjual nanti orang meluat.
5. Bina kenalan dahulu dan share perkara positif dengan rakan media sosial anda.
6. Kaji harga anda dengan persaing yang lain
7. Respon cepat sebarang pertanyaan samada melalui whatsapp atau fb atau email.

Doa dan banyakan sedekah.

Moga anda dapat manafaat dengan tip ini.

Ikhlas daripada
Fauzi
www.jamtawafterkini.blogspot.com

cara mula niaga online, cara mula bisnes online, langkah mula niaga online, teknik mula niaga internet, tip niaga online, produk apa nak niaga online


Gambar hiasan sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...