Dec 15, 2015

Makan dan melawat Tamalang dan tanjung po Satun Thailand

Cuti sekolah 13 Dis 2015 kami bertolak dari perlis ke wilayah satun thailand. Ambil jalan melalui pintu masuk Wang Kelian.

Beli insuran kereta di sempadan malaysia thai berhampiran Imigresen Thailand. Masuk kereta cari parking dan cop pasport atau border pass. Minta sepupu beli insuran lebih kurang RM37.00. Selepas siap insuran kereta kami buat pendaftaran masuk kereta dengan kastam thailand. (Balik kena serah balik borang tadi pada kastam thai dan sign di buku)

13 Dis 2015 makan di pekan setoi.  Selepas tu Ke Tamalang melawat kawasan melayu di thailand. Mereka banyak tinggal di seberang. Naik bot 10 bath. Ada bot juga dari langkawi ke Tamalang.

Balik bilik di Sabaidee resort berhampiran pekan cina Chann Long. Harga bilik 55bat. Murah dan selesa.

Lepas solat jamak kami ke pak bara. Makan malam di pak bara. Jarak dari sabaideeresort lebih kurang 30km. Makan di kedai muslim Nova. Sedap makanan. Paling sedap kerabu telur belangkas. Kami makan hidang. Order siakap masak stim 2 ekor, telur 2 pinggan, kerabu soohon, sayur campur 2 pinggan, ulam dan sambal 2 set, somtam dua pinggan dan nasi untuk 16 orang. Bayaran 2010bat. Duit malaysia lebih kurang rm224.00

Balik bermalam di sabaidee resort. Esok sarapan pagi di pekan cina chan luk dan beli belah di pasar. Isnin 14 Dis lenggang dan mudah parking. Ramai saudara beli perencah kemsom yang di buat siap. Selepas tu bergerak ke Ban Tam yong po atau Tanjung pauh atau po

Kami ke kedai  atau restoren Pak Tam di tanjung pauh. Kedai konsep tradisi terletak tepi pantai. Boleh berbahasa melayu. Tenang suasana. Makanan sedap. Ada surau kecil dan bilik air. Anda boleh mandi laut kerana air jernih. Pantai pasir siput.  Bersih dan boleh nampak langkawi.

Ban Tan Yong Po, Satun atau asalnya Kampung Tanjung Pauh, di daerah Setoi adalah kawasan pedalaman yang jauhnya kira-kira 60KM dari pintu pagar sempadan Wang Kelian. Bagi yang belum tahu, Setoi suatu ketika dahulu ditadbir oleh Kesultanan Islam Kedah.

Tanjung Pauh, sebuah kampung nelayan mula dijejaki oleh pencinta makanan, setelah kebanyakan orang dari Perlis dan Kedah mula meneroka kawasan ini selaras dengan kegilaan mengulas makanan di laman sosial. Ramai yang gemar mencipta nama sebagai antara yang pertama sampai di cerok ini. 

Dari perangkaan penduduk Thailand tahun 2014, Tan Yong Po atau Tanjung Pauh dihuni oleh 1’111 orang (231 keluarga). 97% penduduknya adalah Muslim manakala 3% adalah penganut Buddha. Hampir keseluruhan penduduk Tanjung Pauh bekerja sebagai nelayan dan penoreh getah.

Untuk sampai ke sini anda akan merentas kawasan paya bakau yang luas dan seterusnya ladang-ladang getah.  Jalan sudah dibina elok dan mudah sampai sini.

Suasana kampung macam di malaysia. Rumah perbagai jenis dan bentuk.

Tuan punya restoren di kenali penduduk dan pelancong sebagai pak tsm. Orangnya baik. Selepas makan beliau jamu kami kopi O tumbuk. Wah memang kau rasanya. Kopi ni percuma.

Sini makanan ala thai sahaja.  Menu sedap yang kami order siakap 3 rasa, kemsom, tomyam, sayur campur , 

 kerabu, Sotong goreng dan ayam goreng kunyit. Untuk 16 orang harga 2000 bat.

Restoran paktam tanjung pauh
Bersama paktam baju putih


Gambar atas kuala tamalang dan seberang sana majoriti orang islam dan hanya satu keluarga  cina. Sini asal usul keturunan keluarga hj bakar. 
gambar atas Sabaidee Resort
Bakau di pelihara baik oleh kerajaan Thailand. 
Bot tambang 10 bat ke seberang sana. Motorsikal boleh di bawa bersama


Oct 28, 2015

Rawatan barah paru paru dan kanser lain

Cara merawat kanser atau barah paru paru. Jangan lupa surah al qalam ayat 1-3. Ambik minyak habbatussauda. Byk dan kerap...

Antara kaedah mengubati kanser ialah dengan membaca :
1) fatihah 1 x
2) surah al-Ikhlas 4 x
3) Doa pengecil bengkak
4) surah al-qalam ayat 1-3
5) kapur kulit kerang
6) Rumput sambau
Baca pada air dalam mangkuk yg dicampur dengan kapur kulit kerang tadi... buat minum setiap hari dan setiap masa... dan sapukan di tempat yg sakit dengan menggunakan akar rumput sambau tadi...
Insya Allah.. cpt sembuh..

الل


هم يا مصغر الكبير.. ويا مكبر الصغير... صغر ما بي / به / بها  ..... يا ارحم الراحمين...

Akar rumput sambau tu celup kat air kapur kulit kerang yg telah dibacakan doa diatas dan sapukan pada bahagian tubuh yg kena barah tadi...

Dari group ustaz muhaimim


Selamat beramal

Sep 20, 2015

Cara mula niaga online atau internet

Cara mudah niaga melalui internet atau cara online. Berikut langkah yang perlu anda buat.

Alatan utama
1. Mesti ada talian internet . Sebaiknya broadband berbayar bulanan. Line laju satu kelebihan.
2. Mesti ada akaun gmail, akaun facebook, whatsspp dan media lain
3. Mesti ada akaun bank seperti maybank, cimb, bank Islam contohnya dan mohon perbankan internet dengan bank
4. Ada laptop
5.  Ada smartphone dan line internet

Produk apa nak jual
1. Bukan semua produk sesuai di jual online. Cari buat permulaan produk yang berat kurang 1kg dan unik
2. Produk tak mudah rosak dan tahan simpanan biasa
3. Produk yang anda minat dan faham latarbelakang produk tersebut
4. Produk mudah di bungkus dan tak mudah rosak
5. Produk buat sendiri, homemake, unik dan ori satu kelebihan dari peniaga yang lain
6. Ambil gambar produk dan beri keterangan produk. Gambar perlu jelas dan cantik. Upah jurufoto yang mahir jika perlu.

Promosi online
1. Melalui group facebook dan page facebook
2. Melalui blogspot. Buat blog agar orang boleh baca maklumat produk dengan jelas dan sertakan gambar
3. Beri kebaikan dan keunikan produk tersebut.
4. JANGAN terus menjual atau buat iklan di wall rakan fb tanpa kebenaran. Jangan over sangat menjual nanti orang meluat.
5. Bina kenalan dahulu dan share perkara positif dengan rakan media sosial anda.
6. Kaji harga anda dengan persaing yang lain
7. Respon cepat sebarang pertanyaan samada melalui whatsapp atau fb atau email.

Doa dan banyakan sedekah.

Moga anda dapat manafaat dengan tip ini.

Ikhlas daripada
Fauzi
www.jamtawafterkini.blogspot.com

cara mula niaga online, cara mula bisnes online, langkah mula niaga online, teknik mula niaga internet, tip niaga online, produk apa nak niaga online


Gambar hiasan sahaja

Aug 19, 2015

DOA UNTUK DATO SERI NAJIB


DOA UNTUK PEMIMPIN Dato Seri Najib dan pemimpin lain

Allah berfirman: {إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ} [الأنفال: 9] “Ingatlah ketika kalian memohon pertolongan kepada Rabb kalian kemudian Dia mengabulkan bagi kalian.” (QS. Al-Anfal: 9)  

 Karena itu mari kita sama-sama bersimpuh memohon kepada Allah setiap dalam sujud, setiap sebelum salam, dan setiap selesai shalat dengan doa di bawah ini:  

 اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَاءَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، وَاجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِناً مُطْمَئِنًّا وَسَائِرَ بِلَادِ الْمُسْلِمِيْنَ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ya Allah, jayakanlah Islam dan
 kaum muslimin, hinakan syirik dan kaum musyrikin, serta hancurkan musuh-musuhMu dan musuh-musuh agama ini. Ya Allah! Jadikan negeri ini aman dan tenteram, serta seluruh negeri kaum muslimin.

“Ya Allah, jadikanlah pemimpin kami orang yang baik. Berikanlah taufik kepada mereka untuk melaksanakan perkara terbaik bagi diri mereka, bagi Islam, dan kaum muslimin.

Ya Allah, bantulah mereka untuk menunaikan tugasnya, sebagaimana yang Engkau perintahkan, wahai Rabb semesta alam. Ya Allah, jauhkanlah mereka dari sahabat dekat yang buruk dan sahabat yang merosak.

Juga dekatkanlah orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik kepada mereka, wahai Rabb semesta alam. Ya Allah, jadikanlah pemimpin kaum muslimin sebagai orang yang baik, di mana pun mereka berada

Dengan rahmatMu wahai Rabb yang Maha merahmati.   اَللَّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ الدِّيْنَ، وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ عِبَادَكَ الْمُؤْمِنِيْنَ.

“Ya Allah! Menangkanlah siapa pun yang membela agama ini. Dan hinakan siapa pun yang menghinakan hamba-hambaMu yang beriman.”   اَللَّهُمَّ فَرِّجْ هَمَّ الْمَهْمُوْمِيْنَ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ، وَنَفِّسْ كَرْبَ الْمَكْرُوْبِيْنَ، وَاقْضِ الدَّيْنَ عَلَى الْمَدِيْنِيْنَ، وَاشْفِ مَرْضَانَا وَمَرْضَى الْمُسْلِمِيْنَ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. “Ya Allah! Hilangkan kesedihan siapa pun yang bersedih dari kaum muslimin. Lunasi hutang-hutang kaum muslimin yang berhutang.

Dan sembuhkanlah orang-orang sakit kami serta orang-orang sakit dari kaum muslimin.

Dengan rahmatMu wahai Rab yang Maha merahmati.” اَللَّهُمَّ آمِنَّا فِيْ أَوْطَانِنَا، وَأَصْلِحْ أَئِمَّتَنَا وَوُلَاةَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وَلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ وَاتَّبَعَ رِضَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. “Ya Allah! Jadikan kami merasa aman di tanah air kami.

Perbaikilah para pemimpin dan orang-orang yang memegang urusan kami. Jadikan pemimpin kami orang yang takut kepadaMu, bertaqwa kepadaMu, dan senantiasa mengikuti ridhaMu, wahai Rabb alam semesta.”   اَللَّهُمَّ وَفِّقْ وَلِيَّ أَمْرِنَا لِمَا تُحِبُّهُ وَتَرْضَاهُ مِنَ الْأَقْوَالِ وَالْأَعْمَالِ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ. اِللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَهُ بِطَانَتَهُ ياَ ذَا الْجَلَالِ وَاْلِإكْرَامِ.

“Ya Allah! Berilah kemudahan kepada pemimpin kami terhadap perkara yang engkau cintai dan redhai, baik dari perkataan maupun perbuatan. Wahai Rabb yang Maha hidup dan Maha menjaga. Ya Allah! Perbaiki  juga orang-orang yang ada di sekelilingnya.

JIKA PEMIMPIN KAMI INI LAYAK DAN RELEVAN UNTUK AGAMA MU DAN KAMI MAKA ENGKAU MUDAHKAN DAN ANGKATNYA MEMIMPIN KAMI

JIKA PEMIMPIN KAMI INI (najib) TIDAK LAYAK UNTUK AGAMAMU DAN UMAT DAN RAKYAT NEGARA INI, MAKA ENGKAU GANTIKAN DENGAN PEMIMPIN YANG LAYAK.

Wahai Rabb yang memiliki keagungan dan kemuliaan.” وَصَلَّى اللهُ وَسَلَّم َوَبَارَكَ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ.

“Semoga Allah senantiasa memberikan kepada Nabi Muhammad shalawat, salam, dan berkahNya.” Allahumma amin

Jul 7, 2015

Jam untuk hadiah atau hantaran kahwin

Jam tawaf Quds179 untuk wanita sesuai untuk hadiah atau hantaran kahwin . Realclockwise. Konsep putaran alam .

Jam tawaf QUDS179 UNTUK WANITA

1. Alloy case Oval 30mm x 35mm x 8mm thickness with rose gold-tone bazel set with crystals..

2. Oyster base dail rose gold-tone hands with Diamond dots and arabic numeral

3. Analog quartz Japan movement
4. stainless steel backplate
5. leather strap 16mm (red,white,brown)
6.warranty 1year

SESUAI UNTUK KOLEKSI PERIBADI, HANTARAN KAHWIN, CENDERAHATI ORANG TERSAYANG

RM250
Harga promosi

DAPATKAN SEKARANG
Whatsapp
0124147130
Fauzi

Lain lain koleksi jam tawaf dan kelebihan jam tawaf klik sini

Jul 5, 2015

KELEBIHAN JAM TAWAF: GAMBAR JAM TAWAF ALQASSAM IZZUDDIN

KELEBIHAN JAM TAWAF: GAMBAR JAM TAWAF ALQASSAM IZZUDDIN: GAMBAR JAM TAWAF ALQASSAM IZZUDDIN, hebat, mantap sehebat namanya, bukan senang nak dapat jam ini, SPEC JAM ALQASSAM IZZUDDIN BRIGADE KLIK ...

Jun 5, 2015

Ada gambar palsu berita gempa di ranau sabah

[05/06 09:19] +60 19-530 3519: Pegawai JKR maklumkan setakat ini gambar2 yng viral berkenaan jlnraya ranau TIDAK BENAR..

[05/06 09:20] +60 19-530 3519: JKR: Buat masa ini.. tiada kerosakan jalan sebegini dlaporkan.. bilik bencana alam JKR telah diaktifkan dengan serta merta di seluruh sabah.. makluman kerosakan dan penutupan jalan akan dmaklumkan dr masa ke semasa.. semua gambar yg disebarkan d whatapp adalah tidak benar..


Ranau 6.0 earthquake 5 june 2015

Alert area: 34 miles (54 km) ENE of Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia; 105 miles (170 km) W of Sandakan, Sabah, Malaysia; 135 miles (217 km) NE of BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei Source: U.S. Geological Survey

An earthquake with magnitude 6.0 occurred near Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia at 23:15:43.60 UTC on Jun 4, 2015. (This event has been reviewed by a seismologist.)




Gempa bumi di sabah 2015

Satu gempa bumi berlaku di sabah
Gambar dari kawan kawan yang dok di sabah
Teruk juga kejadian ini




MAKLUMAT AWAL GEMPA BUMI DI DAERAH RANAU.

Untuk maklumat awal satu gegaran gempa bumi telah berlaku di Daerah Ranau pada 5/6/15 jam 0715 hrs dan berlaku selama lebih kurang 30 saat dengan gegaran yg kuat.Setakah ini berapa premis perniagaan di pekan Ranau pecah cermin.Manakala kerosakan di IPD setakat ini kebocoran paip tangki air di belakang IPD.Pihak Bomba dan penyelamat telah dihubungi untuk pemeriksaan bangunan IPD.Perkembangan lanjut akan menyusul.

Sekian terima kasih YDH Dato'

DSP MOHD FARHAN LEE BIN ABDULLAH
KETUA POLIS DAERAH RANAU.

May 20, 2015

Contoh koperasi yang berjaya malaysia

Saya ingin kongsi cerita koperasi yang berjaya. Apa rahsia kejayaan koperasi berjaya dan apa aktiviti yang menyebabkan koperasi itu berjaya.

Di bawah ialah contoh koperasi ukhwah yang berjaya menjalankan bisnes mereka sepeperti menyediakan Kemudahan penginapan, pinjaman kewangan serta urusan mengerjakan umrah merupakan antara faedah yang berjaya disediakan Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH) kepada 50,000 ahlinya menerusi jaringan perniagaan yang dibina sejak 12 tahun lalu.

Selaras dengan moto UKHWAH iaitu 'Susah Senang Kita Sentiasa Bersama', koperasi itu sentiasa memastikan perniagaan yang diceburi memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Pengerusi UKHWAH, Datuk Mustapa Kamal Maulut berkata, koperasi itu diwujudkan untuk membantu golongan bumiputera menebus kembali pemilikan hartanah khususnya di ibu negara.

''Melalui pemilikan hartanah, bumiputera berpeluang lebih luas untuk menceburi bidang perniagaan terutama di tengah-tengah ibu kota yang kebanyakannya dimiliki oleh bukan bumiputera,'' katanya.

Menurutnya, UKHWAH menjana perniagaan hartanahnya melalui kecairan kewangan hasil yuran bulanan wajib dan yuran kebajikan ahli sebanyak RM18 setiap seorang dan daripada wang itu, koperasi kini memiliki aset bernilai RM200 juta.

''Hasil kutipan yuran bulanan ahli seramai 50,000 orang inilah kita memperolehi wang tunai RM900,000 setiap bulan. Ia membolehkan kita membeli hartanah dan memberi pelbagai bentuk faedah kepada ahli,'' jelasnya.

UKHWAH merupakan salah sebuah daripada 6,084 koperasi yang beroperasi di negara ini mengikut statistik tahunan gerakan koperasi sehingga akhir 2008 dengan jumlah aset bernilai RM55.730 bilion.

RAHSIA KEJAYAAN

Pencapaian UKHWAH pada hari ini memang patut dibanggakan oleh golongan bumiputera dan pasti ramai yang ingin tahu apakah rahsia sehingga ia menjadi sebuah koperasi yang berjaya pada hari ini.

Menurut Mustapa Kamal, kesepakatan pengurusan UKHWAH daripada peringkat ahli lembaga pengarah sehingga kakitangan bawahan mampu mencetuskan idea yang mencipta faedah khususnya kepada ahli-ahli koperasi dan juga masyarakat luar.

''Berdasarkan pelbagai lapisan usia dan latar belakang, kami memberi input yang difikirkan dapat memberi faedah kepada ahli.

''Faedah-faedah yang mendatangkan manfaat kepada ahli inilah yang mendorong lebih ramai orang untuk menyertai UKHWAH.

''Kesepakatan di kalangan ahli juga memainkan peranan penting dalam memastikan koperasi ini sentiasa teguh,'' jelasnya.

FAEDAH

Menurut Mustapa Kamal, di UKHWAH kebajikan ahli adalah keutamaannya.

Katanya, bersesuaian dengan maksud UKHWAH iaitu persaudaraan, matlamat koperasi itu bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi mahu berkongsi manfaat dengan ahli dan masyarakat luar .

Jelasnya, menerusi Kelab UKHWAH Care, banyak faedah menarik diterima oleh ahli antaranya kemudahan penginapan di ibu negara dengan kadar serendah RM10 sehari selain sewa kenderaan di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, ahli juga diberi kemudahan perkhidmatan tunda kereta, taska, tadika dan tuisyen untuk anak-anak, sumbangan khairat kematian RM1,000, sumbangan perkahwinan dan sumbangan perubatan.

Beliau memberitahu, kemudahan penginapan yang disediakan termasuk di salah sebuah apartmen mewah di Jalan Sultan Ismail di sini dan beberapa buah banglo mewah sekitar Lembah Klang.

''Secara tidak langsung ia merancakkan aktiviti pelancongan di kalangan ahli,'' jelasnya.

Dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik katanya, setiap permohonan oleh ahli untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan koperasi akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Menurutnya, koperasi juga menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada ahli menerusi produk UKHWAH Ekspres.

Tiada caj terselindung dikenakan kepada ahli, malah mereka mendapat jaminan keselamatan kerana pembiayaan pinjaman dilindungi insurans.

Selain itu jelas Mustapa Kamal, ahli boleh membuat pinjaman semula tanpa perlu menyelesaikan pinjaman awal dan tanpa had selang tempoh ditetapkan.

''Secara tidak langsung pinjaman peribadi ini dapat membantu masyarakat daripada menggunakan khidmat 'ah long' ketika mereka terdesak dari segi kewangan,'' ujarnya.

Seperti konsep Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang diwujudkan untuk kemudahan orang ramai mengerjakan haji, UKHWAH pula menyediakan khidmat tabung umrah untuk ahli-ahlinya dengan pakej harga istimewa.

Menurutnya, koperasi juga menawarkan kepada anak ahlinya sumbangan sekurang-kurangnya RM500 bagi yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

RESTORAN RAKYAT 1MALAYSIA

Mungkin sudah ramai yang mengetahui tentang kewujudan Restoran Rakyat 1Malaysia yang menawarkan segelas teh tarik dan sekeping roti canai dengan harga RM1.

Menurut Mustapa Kamal, restoran yang menawarkan set menu pada harga yang terendah itu adalah milik UKHWAH.

Restoran yang terletak di Jalan Medan Tuanku 1 di sini turut menawarkan pakej istimewa pada setiap Jumaat dengan memperkenalkan konsep 'ambil sendiri, nilai sendiri, bayar sendiri dan derma'.

Pada hari tersebut, pengunjung boleh menikmati sebarang makanan tengah hari dengan harga yang dinilai sendiri.

Duit yang dibayar itu pula akan dimasukkan ke dalam tabung yang dikenali sebagai Tabung Masyarakat Prihatin untuk didermakan kepada fakir miskin.

Mungkin ramai usahawan beranggapan konsep itu tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya konsep 'pemurah' itu adalah punca tarikan sebenar pengunjung ke restoran berkenaan sehingga memperolehi keuntungan besar.

Kini, dua lagi cawangan Restoran Rakyat 1Malaysia dibuka di Petaling Jaya, Selangor dan Taiping, Perak.

''Orang ramai juga dialu-alukan untuk membuka perniagaan berkonsepkan Restoran Rakyat 1Malaysia dan UKHWAH akan bertindak sebagai mentor kepada usahawan restoran itu,'' kata Mustapa Kamal.

 SASARAN

Mustapa Kamal memberitahu, UKHWAH mempunyai beberapa perancangan untuk memajukan lagi koperasi untuk kebaikan ahli-ahlinya.

Antaranya ialah memiliki hartanah bernilai RM300 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.

Selain itu katanya, UKHWAH merancang untuk menubuhkan bank yang akan memberi kemudahan dana untuk ahlinya.

Perancangan turut dibuat untuk melebarkan sayap perniagaan UKHWAH ke luar negara termasuk membuka restoran di Mekah dan Madinah.

''Memang menjadi sasaran UKHWAH untuk meningkatkan martabat Melayu dalam bidang ekonomi,'' katanya

Saya petik dari:

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0227&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm#ixzz3adGNiwlF 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Siapa minat jam tawaf klik link bawah
http://jamtawafterkini.blogspot.com

May 19, 2015

JAM TAWAF MEM OCEAN ADAM EVE ARABIC

Jam Tawaf IFTINAN MEM HIJRA ICARE QUDS: SPEC JAM TAWAF MEM OCEAN ADAM EVE ARABIC: SPeC JAM TAWAF MEM OCEAN ADAM DAN EVE ARABIC FONT sangat cantik, elegan sesuai untuk lelaki dan wanita, sesuai untuk hadiah atau hantaran ka...

May 14, 2015

hadi dan Haron sokong Najib Ramai tak faham

Pemimpin utama pas seperti hj hadi dan hj haron din memberi dokongan pada ds najib untuk jadi pm. Walaupun dr mahathir suruh najib letak jawatan.

Datuk najib di pilih cara pilihanraya dan biar rakyat yang tentukan hujah kedua pemimpin pas tersebut

Soalan yang berlegar legar mampukah najib atasi perbagai kemelut yang melanda. Soal 1MDB, Soal gst, hutang negara yang banyak dan reaksi rakyat yang marah pada kerajaan ketika ini.

Dr Mahathir kata beliau bimbang BN akan kalah pada pru akan datang. Mungkin dengan mengekalkan Najib sebagai pm umno dan BN akan turut lemah. Kemudian peluang ini di gunakan pas dan pakatan meraih sokongan rakyat.

Mana tahu masin mulut kedua tokoh pas di atas ada kebaikan untuk Pas kuasai  negara dengan roh yang baru dan islamik. Jauh dari rasuah dan kepimpinan berjiwa agama.

Sama sama kita lihat

May 12, 2015

Kepercayaan rakyat pada PM menurun

Retetan perbagai isu sejak kebelakangan ini pada pendapat saya telah menurun tahap kepercayaan rakyat terhadap pm Najib.

Realitinya bukan pembangkang sahaja tetapi ahli ahli umno dan komponen BN. Ramai mengeluh harga barang naik ekoran sistem gst. Walaupun dinafi kerajaan barang akan turun, tetapi realitinya peniaga menyebut harga naik  juga kerana pembekal naik harga.

Isu syarikat yang di sokong kerajaan iaitu 1MDB dengan perbagai isu pelaburan dan ketidakcukupan dana untuk modal pusingan telah menjejaskan pm dato seri najib.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir antara yang lantang kritik najib mengenai  1mdb yang dikata tidak cekap dalam pengurusan.  Ramai penyokong tun M sependapat dengan tun agar najib berundur.

Ini sudah tentu Tun yang matang berpolitik lebih tahu, jika isu tidak ditangani segera BN akan hilang sokongan.

Banyak lagi isu yang berlegar di media sosial dalam perbagai persepsi telah menurun tahap kepercayaan rakyat pada beliau. 

Isu tabung haji misalnya telah memberi kesan tahap kepercayaan penyimpan terhadap tabung haji yang beli tanah 1mdb pada harga yang sangat mahal. Walau tanah yang dibeli TH telah dijual balik, namun persepsi terhadap kerajaan yang urus TH menurun.

Punca utama ialah 1MDB . 1MDB hadapi masalah kewangan dan kini disiasat. Saya harap ia disiasat telus. Bukan disiasat sebahagian sahaja. Lakukan bedah siasat dalaman dari A hingga Z

Apa yang perlu di buat ialah muhasabah balik. 

May 3, 2015

Jam Tawaf untuk kanak kanak

Jam tawaf untuk kanak kanak. Syarikat hijra timepiece telah mengeluarkan jam tawaf junior khas untuk kanak kanak
Jam ini sesuai untuk meningkat kecergasan otak  kanak kanak. Sesuai untuk anak anak yang IQ kurang cerdas.
NEW Hijra junior series
Retail price : RM70  termasuk pos seluruh Malaysia
Ada 3 warna ketika ini. BIRU , PINK , HITAM
Specsifikasi hijra junior
♦analog japan quartz
♦Rumi index
♦Silicone band
♦3ATM water resistant
♦3 months warranty
Cara tempahan
Sms / whatsapp / telegram SEKARANG
0124147130
FAUZI
FB   JAM TANGAN UNIK

Jam tawaf hijra junior






Kelebihan dan kenapa pilih jam tawaf

Mar 14, 2015

Jam tawaf diamond ARABIC COLOR SILVER & GOLD

Jam tawaf diamond ARABIC
COLOR SILVER & GOLD

MODEL
==========
Diamond siver jawi lelaki
Diamond siver jawi wanita
Diamond Gold jawi lelaki
Diamond Gold jawi wanita


Spec jam
_________
Size diameter muka jam
Lelaki, 29.5mm
Perempuan, 18mm
Atm, 5 atau 50m dalam air
Cermin jenis, diamond cut mineral glass
Tali/case, solid alloy
Kunci tali, butterfly clip
Enjin, miyota japan
Waranty, 1 tahun



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...