Feb 23, 2012
Proton P3-21A ada internet 4G
PROTON Holdings Bhd (Proton) mejadi syarikat pertama negara ini yang mengeluar kereta dengan nilai tambah berupa perkhidmatan internet dalam kereta. Proton melancarkan kereta penumpang dengan kemudahan Internet rangkaian 4G bermula dengan model terbaru Proton P3-21A.
Serentak itu, Proton turut mengumumkan kesediaan perkhidmatan Internet dalam kebanyakan kenderaan dikeluarkan syarikat pada masa depan yang menggunakan kemudahan disediakan pembekal akses Internet 4G, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications).
Rangkaian Yes 4G kini mempunyai 65 peratus liputan di seluruh negara selain mempunyai akses kukuh di sepanjang 960 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur.
Iklan dan Info kereta di mudahjualbelikereta.com
Labels:
Kereta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampak macam kurang kena kedudukan ipad tersebut.. apa kata kalau letak galaxy tab yg lebih kecil saiznya .. mungkin lebih sesuai atau berpadanan dengan dashboard tersebut... Sekadar cadangan untuk menyesuaikan keadaan dalam kereta..
ReplyDeleteFrom,
Hasram