Jul 2, 2013

punca lelaki tak subur

punca lelaki tak subur
punca lelaki tak subur. Untuk lelaki, punca utama masalah kesuburan adalah disebabkan testis yang tidak normal. Punca yang lain adalah seperti duktul tersumbat, masalah kelenjar aksesori yang menghasilkan cairan seminal, gangguan hormon, teknik hubungan seks yang kurang berkesan dan faktor psikologi. Masalah testis tidak normal berlaku apabila testis tidak turun ke skrotum dan jangkitan beguk merupakan punca utama infertiliti.
 
Punca lain yang dikenal pasti adalah seperti proses inflamasi yang berlaku daripada jangkitan atau kecederaan pada testis. Pengembangan vena varikosel dalam skrotum boleh mengurangkan bilangan dan motiliti sperma. Sesetengah bahan kimia dan ubat-ubatan boleh mengakibatkan kegagalan fungsi testis. 
 
Keadaan ini biasanya terjadi selepas penggunaan ubat yang dipanggil sitotoksik untuk rawatan kanser terutamanya kanser darah atau kanser kelenjar testis. Terapi kesan radiasi atau x-ray ke atas testis juga boleh menyebabkan infertiliti dengan merosakkan tubul seminiferous. 
 
Sperma tidak boleh dihasilkan apabila saluran duktus yang tersumbat. Hal ini terjadi akibat jangkitan gonorea, atau sesetengah lelaki memang dilahirkan dengan saluran duktus yang sempit. Kelenjar-kelenjar seperti kelenjar seks aksesori dan menyumbang ke arah pembentukan air mani. Sekiranya kelenjar-kelenjar ini turut dijangkiti, maka sperma tidak normal akan terhasil. Selalunya masalah kawalan hormon menyebabkan hormon perangsang folikel dan hormon peluteinan yang dihasilkan tidak mencukupi.
 
Hubungan seks yang tidak normal apabila penetrasi yang kurang berjaya, lelaki yang mati pucuk atau disfungsi ereksi dan bukaan zakar yang tidak berada dihujung. Masalah kawalan otot pada bahagian bawah zakar menyebabkan air mani diejakulasi ke dalam pundi kencing atau dikenal juga sebagai retrograde ejaculation. Masalah psikologi, masalah kesihatan atau stres juga mengganggu penghasilan air mani. Gangguan emosi boleh merencatkan penghasilan hormon dan pengaliran darah ke testis. 

Secara purata, amaun air mani yang diejakulasi oleh seorang lelaki sebanyak 1 hingga 4 milimeter. Biasanya lebih daripada 50 juta sperma yang terkandung setiap 1 milimeter. Sekiranya kepekatan sperma kurang daripada 20 juta per milimeter, peluang untuk hamil berkurangan. Selain itu, bilangan sperma yang mampu untuk bergerak juga sangat penting. Bagi lelaki yang subur, sekurang-kurangnya 50 % sperma yang mampu bergerak aktif. Semasa analisis air mani dijalankan, sperma yang bergerak dalam garisan lurus diperhatikan. Sekurang-kurangnya 25% sperma yang bergerak secara progresif. Aspek lain yang dilihat ialah morfologi sperma. Apabila dilihat dibawah mikroskop, sperma manusia yang normal mempunyak kepala bujur dan ekor. Sperma yang normal hendaklah merangkumi sebanyak 30% daripada keseluruhan sperma. Jika peratusan abnormal melebihi 75%, kualiti kesuburan akan merosot
 
Untuk itu jangan putus asa, ikhtiar lah, buat kajian dan berdoa, macam produk di pasaran, carilah yang di sahkan farmasi dan halal. 

Pernahkah anda tahu khasiat herba dari  peru, amerika selatan iaitu maca, ia telah lama digunakan disana sebagai bahan yang membantu lelaki dan wanita yang menghadapi masalah  tak subur dan tidak dapat anak. Maca ialah pokok yang banyak khasiat dan ia membantu banyak kes macam ini.

 

Kajian penggunaan maca dan tribulus dalam produk ProRight menunjukan kesan yang amat positif

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...